Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan yang santai



Alhamdilillah, lip lap lip lap tak terasa sudah tiga hari Ramadhan mendampingi kita. Nampaknya bulan puasa tahun ini amat santai. Cuaca yang nyaman tidak terlalu panas dan hujan hampir setiap petang menyebabkan letih dan lapar tidak begitu terasa.
Apatah lagi kelonggaran bagi kakitangan kerajaan balik awal setengah jam dari biasa menambah seronoknya menjalani ibadat puasa tahun ini. Satu yang herannya ialah kenaikan harga makanan tidak mengurangkan pengunjung di Pasar Ramadhan. Apapun tiada yang lebih sedap dari juadah yang dimasak sendiri bukan saja murah, sedap malah terjamin kebersihan dan kualiti bahannya.

Ramadhan! bulan penuh barakah dan bulan kembali kepada diri!
ermmm nak rehatkan badan sat ..................................

Tuesday, April 29, 2008

Forbidden City


Diseberang jalan Tian An Men Square terletaknya Forbidden City. Kami melalui jalan bawah tanah untuk sampai ke kota larangan yang menyimpan seribu kisah dan rahsia silam.

Dikatakan kota ini dibina dari sumber asli alami tanpa penggunaan bahan kimia. Keseluruhan binaan di dalam kota tersebut akan dicat setiap dua tahun sekali bagi mengekalkan keindahan dan ketahannya. Sejak dibina melebihi 500 tahun dahulu telah berlaku dua kali kebakaran besar. Malah semasa lawatn kami kebanyakan binaan di dalam kota ini sedang dalam proses pembaikpulihan. Sekurang-kurangnya dua hari diperlukan bagi menjelajah kesegenap penjuru kota, melihat dan menikmati kehalusan senibina disamping mendengar pelbagai cerita suka, duka, tragedi dan sebagainya. Semakin lama dan jauh meneroke semakin banyak kisah yang tersingkap. Seramai 2 juta askar ditugaskan mengawal keseluruhan kompleks ini dan pada malam harinya beratus-ratus ekor anjing garang dilepaskan bagi mengekang kemasukan musuh serta penceroboh. Tapi itu dulu, hari ini kita masih dapat melihat begitu ramai askar yang berkawal tetapi hanya untuk mempastikan keselamatan jutaan pelawat yang datang saban hari. Hari ini kehebatan kota larangan dan kisahnya telah lama tersimpan dalam kenangan dan akan diulang cerita setiap hari kepada pelancong. Benar atau tidak terserah kepada pemandu pelancong yang mengiringi kita, akan tetapi yang pasti setiap kali cerita itu diperdengarkan kepada kita, mata kita akan terbeliak dan mulut melopong, oooooh! alangkah!

Monday, April 28, 2008

Aku syukur kepadaMU


Seringkali dalam kehidupan, kita jarang bersyukur kerana masih tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Menafikan nikmat hidup kalau asyik membandingkan dengan orang yang lebih segala-galanya dari kita. Jarang kita bandingkan diri kita dengan yang kurang berada, cacat dan dungu.

Sejak dua menjak ni aku fikiranku agak terganggu, berita mengenai tiga orang bekas rakan sekolej yang mengidapi penyakit barah pada tahap ketiga amat mendukacitakanku.
Mereka dalam derita dan berjuang untuk terus hidup.

Alangkah bertuahnya aku ini yang masih bebas dari semua penyakit-penyakit yang menakutkan. Aku masih sihat walaupun semakin tua saban hari, aku tidak melarat walaupun tidak kaya, aku tidak cacat walaupun tidak secantik bidadari, aku tidak gila wakaupun tidak genius, kehidupanku penuh dengan kasihsayang dan bahagia seadanya. Satu perkara yang paling penting aku dilahirkan sebagai seorang ISLAM dan sentiasa diberi ruang untuk mempertingkatkan kualiti keislamanku. Betapa biadapnya aku kepada Maha Pencipta kalau tidak bersyukur...

Thursday, April 24, 2008

Rindu



Apakah yang paling menyakitkanperasaan selain dari menanggung kerinduan. Hati menderita, meronta untuk bertemu, bermesra dan bersama macam dulu-dulu tapi itulah bak kata orang dekat tapi jaub jauh tapi dekat. Rindu yang menyebabkan kalau tak nampak orangnya nampak bumbung rumahpun jadilah, rindu yang menyebabkab kalau ade gambar orang yg dirindu maka renyuklah jadinya di tatap dan dikucup. Itu kalau rindu pada yang masih hidup, walau jauh, walau lama mana berpisah namun lambat laut dengan keizinanNYA kita akan bertemu lagi, Insyaallah, dan kerinduan itu akan terubat. Akan tetapi kalau kerinduan itu pada yang telah tiada, telah pergi jauh ke alam lain lalu apakah yang terdaya kita lakukan melainkan berdoa dan berdoa agar rohnya sentiasa dirahmati ALLAH. Alangkah sakitnya merindu...Pada siapa tempat mengadu? Sudah tentu kepadaNYA jua. Pohon kesabaran dan kekuatan iman!

Saturday, September 29, 2007

Nuzul Al Quran


Diam tak diam dah 17 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini, semalam sambuatan Nuzul Al Quran diadakan bukan saja di seluruh Malaysia malah seantero dunia Islam. Muslimin bersyukur dan berbangga kerana dengan kedatangan Nabi Muhammad S.A.W yang dianugerahkan Al Quran yang juga merupakan mukjizat terbesar, baginda telah meninggalkan kitab panduan iaitu wahyu dari Allah S.W.T dan Sunnahnya sebagai panduan untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat.

Marilah kita mempertingkatkan lagi amalan kita dengan penuh ketaqwaan dan tulus ikhlas kita kepada Allah Subhanahu Wataala lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mubarak ini, dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi diri kita dari segala apa jua yang dilarang. Semoga kita mendapat Inayah dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wataala jua di dunia dan di akhirat.

Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai “Nuzul Al-Quran”. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :-

Tafsirnya :

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”.

Kita sebagai umat Islam memang sewajarnya memperingati peristiwa ini dengan rasa penuh syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana telah memilih kita di kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diturunkan kitab suci Al-Quran.

Dengan turunnya Al-Quran ke atas Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bererti memancarnya cahaya sinar wahyu Allah Subhanahu Wataala ke alam ini yang menerangi kegelapan dunia Jahilliah.

Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan untuk memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan yang lurus yang diredhai Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat 1 :-

Tafsirnya :

“Alif, Lam, Raa, ini adalah kitab Al-Quran kami turunkan dia kepada mu wahai Muhammad, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita ( kufur ) kepada cahaya iman dengan izin Allah yang kuasa lagi Maha terpuji.

Muslimin yang diberkati Allah,

Untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat, Al-Quran telah cukup lengkap dan sempurna memberikan panduan, asal saja kita mahu mengamalkan isi yang terkandung di dalamnya. Disamping itu juga Al-
Quran menjadi ubat penawar, sesungguhnya menjadi rugi dan binasalah sesiapa yang tidak mahu berpegang kepada Al-Quran dan beramal dengan ajaran Al-Quran. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Israa’ ayat 9:-

Tafsirnya :

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul ( Agama Islam ) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".

Muslimin yang diberkati Allah,

Disamping memperingati Nuzul Al-Quran ini, maka selaku orang yang mengaku beriman dengan kitab Allah itu, kita hendaklah berazam bukan sahaja untuk sama-sama memelihara Al-Quran akan tetapi kita hendaklah juga memepertingkatkan keimanan kita dengan menjadikan diri kita sebagai ahli Al-Quran. Jangan ianya dijadikan sebagai perhiasan di rumah-rumah sedangkan ianya tidak pernah dibaca.

Di antara kelebihan ke atas orang yang membaca Al-Quran itu ialah :-

1. Ganjaran satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, dan juga dikatakan akan mendapat ganjaran sebatang pokok di syurga.

2. Akan selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

3. Pada hari kiamat Al-Quran menjadi pembela.

4. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

5. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

6. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan
Salihin.

7. Jika dibaca di dalam rumah akan memberi cahaya kepada rumah itu.

8. Seutama-utama manusia ialah mempelajari, mengajar dan menghayati
ajaran Al-Quran.

9. Mempelajari dan membaca Al-Quran akan mendapat keberkatan dan
keharmonian hidup.

Oleh itu jadikanlah amalan membaca Al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini akan tetapi sebagai amalan harian kita selaku umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mudah-mudahan kita mendapat ganjaran dan kelebihan dari Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang pernah dijanjikan.

Tafsirnya :

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu mambaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terangan, mereka dengan amalan yang demikian mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.


Dengan Ehsan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid Brunai Darul Salam

Sunday, September 23, 2007

Kenangan


Kepada kawan-kawan sewaktu di sekolah rendah dan menengah, Terlalu sukar untuk kita bertemu lagi. Namun kemanisan yang pernah kita lalui dulu tetap bersemadi diingatan. Sesekali tika waktu begini ku titipkan rindu yang hangat dan doa yang berpanjangan, agar kalian sentiasa dalam kebahagian dan berjaya dalam kerjaya dan hidup berkeluarga. Semoga suatu hari bernama esok siapa tahu berkat Ramadhan ini dengan izinNYA kita pasti bertemu. Salam kasih sayang yang luhur dariku!

Wednesday, September 19, 2007

"Tian An Men Square"

Hari kedua di Beijing dimurnikan dengan solat suboh jam 4.25 pagi, suatu pengalaman yang baru justeru kalau di Malaysia saat begini masih dibuai mimpi sedangkan di sini alam sekeliling telah cerah seakan jam 7.00 pagi. Memandangkan jadual lawatan bermula jam 8.30 pagi waktu tempatan, setelah menikmati keajaiban kekuasaan Allah aku menyambung tidur semula.

Sarapan di hotel bertaraf **** itu sungguh mendukacitakan kerana tidak menyediakan makanan halal. Penyudahnya aku hanya menjamah dua butir telur masak dan secawan teh panas yang dicatu. Hotel milik pemerintah komunis katakan, sabar sajalah jawabnya.
Tepat jam 8.30 kami bertolak ke "Tian An Men Square" (City Square) yang didakwa sebagai dataran yang terluas didunia. Oleh kerana jumlah pelancong yang sememangnya amat ramai kami terpaksa menapak kurang lebih satu kilometer dari tempat kami diturunkan untuk ke sana. Setelah melalui terowong bawah tanah kami membelah cuaca pagi yang cerah, nyaman tapi agak berjerubu menuju destinasi.


Laluan pejalan kaki menghala ke "Tian An Men Square"


Dikatakan hampir setiaphari beginilah ramainya pelancong yang datang ke sana

Lihatlah betapa luasnya dataran ini pandangan menghala ke "Forbidden City"
Tugu peringatan yang dibina untuk memperingati peristiwa berdarah di "Tian An Men Square" dan tanpa dijangka kini menjadi antara tarikan kepada pelancong seluruh dunia ke Beijing


Pandangan dari tengah dataran

Tuesday, September 18, 2007

Kungfu Theater


Bangun dari tidur yang amat pulas kami bergegas menaiki bas menuju ke Kungfu Theater.
Keluasan bandaraya yang dinamik dengan kepadatan penduduk 13 juta orang menjadikan perjalanan ke destinasi tersebut memakan masa hampir setengah jam.



Di luar panggung sudah sesak dengan bas-bas pelancong dari merata dunia dan dengan berasak-asak kami melalui pintu utama memasukinya. Oleh kerana kami memilih untuk tidak menyaksikan aksi ngeri kungfu, oleh itu kami disajikan dengan pertunjukan akrobatik Cina yang sememangnya tidak dapat dinafikan amat hebat dan mengkagumkan. Malangnya jarak tempat duduk yang agak jauh dari pentas menyukarkan usaha untuk merakamkan gambar yang jelas.


Aksi-aksi Tarian Singa, Tarian Payung, tarian atas meja, kecekapan melambung mangkok ke atas kepala, Tarian Bendera, berbasikal di atas seutas tali, lompat gelong dan akhirnya aksi berbasikal beramai-ramai tanpa disedari telah meragut masa 2 jam kami dengan begitu cepat sekali.


Keluar dari panggung hari sudah gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.00 mlm. Lantas rombongan kami terus ke Restoran Islam Judehuatlan untuk menikmati makan malam.


Berdiri di luar Restoran Judehuatlan adalah pemandu pelancong kami yang fasih berbahasa Indonesia Encik Alex yang lemahlembut tapi begitu tegas dengan jadual aturcara lawatan.


Keadaan dalam restoran sementara menunggu hidangan

Saturday, September 15, 2007

Bang Fu Chun Pearl Store

Keluar saja dari gerbang "Summer Palace" kami terus menyeberang jalan kesebelah kanan taman ke "Bang Fu Chun Pearl Store" sebuah kilang pengeluar mutiara milik pemerintah. Tiada apa yang menarik kecuali taklimat mengenai asal usul kejadian mutiara dan kaedah memprosesnya hingga menjadi barang hiasan wanita yang digilai.
Harga yang ditawarkan tidaklah semurah mana mungkin kerana hasil pendapatan dari jualan mutiara akan disalurkan kepada kerajaan.

Di depan kilang mutiara sebuah replika tiram gergasi


Kira-kira sejam kami di kilang mutiara, hari sudah semakin panas dam kami dibawa ke Rstoran muslim "Dong Lai Shen" untuk mengisi perut yang sememangnya sedang lapar dan membasahkan tekak yang dahaga.

Selepas menjamu selera dengan menu yang amat berbeza dengan juadah melayu, sudahlah tidak pedas malah tawar, kami dibawa ke hotel penginapan untuk "check in". Sebaik melepaskan lelah separuh hari berjalan tadi kami segera membersihkan diri untuk bersembahyang dan merehatkan tubuh sebelum tertidur keletihan.

Thursday, September 13, 2007

MARHABAN YA RAMADHAN

Alhamdulillah, akhirnya kita dapat bertemu lagi bulan Ramadhan Al Mubarak yang didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan untuk kita mempertingkatkan amalan dan berbuat kebajikan. Bulan yang penuh dengan keredhaan, keampunan dan dijauhkan dari panasnya azab api neraka bilamana ibadat puasa kita sempurna.

Marilah bersama kita makmurkan Ramadhan ini dengan penuh keikhlasan dan kesedaran kerana siapa tahu tahun hadapan kita mungkin tidak dapat menjalankan ibadat ini, justeru berbuatlah yabg terbaik seolah-olah ini Ramadhan kita yang terakhir.

Alangkah seronoknya dapat bangun mendirikan sepertiga malam dengan sembahyang-sembahyang sunat, bersahur, bertadarrus, berbuka dan berterawih. Satu-satunya bulan yang menawarkan pakej ibadat yang terhebat. Justeru jom rebutlah peluang setahun sekali ini, rebutlah untuk meimarahkan RAMADHAN!

Monday, September 10, 2007

1 2 3 cubaan 1 2 3 cubaan

Syukur Alhamdulillah akhirnya setelah kurang lebih 4 bulan bersabar dan bergelut dengan komputer vision window 98 akhirnya hari ini dapat gak aku komputer baru dengan kapasiti yang lebih tinggi dan tentulah sepatutnya terlebih canggih.

1 2 3 cubaan 1 2 3 cubaan, testing testing testing

Monday, August 20, 2007

Summer Palace


"Summer Palace" mula dibina pada zaman Dinasti Qianlong olehMaharaja Qing pada tahun 1751. Pernah dibakar oleh tentera Peranchis dan British pada tahun 1860 tetapi telah dibaikpulih oleh Maharani Cixi untuk dijadikan tempat bersantai.

Dibelakang tu adalah gazebo berbentuk Pagoda tempat pengunjung bersantai sambil menghirup udara yang segar ditambah dengan pemandangan yang indah lagi mendamaikan. Jembatan itu pula "Seventeen Arch Bridge" atau "Shiqi Kong Qian" dinamakan sedemikian sempena 17 gerbangnya yang tegap dan cantik. Sejauh 150 meter menyambungkan tebing sebelah timur ke "South Lake Island". Jembatan ini mempunyai 500 ukiran singa berbagai bentuk untuk membuktikan betapa halus dan uniknya seni ukiran batu di zaman pemerintahan Dinasti Qing.

"Seventeen Arch Bridge"




Melakar kenangan di pintu masuk jembatan




Ini adalah gerbang masuk ke "South Lake Island" atau "Nanhu Dao" yang terdiri dari Hall of Embracing the Universe, Dragon King Temple, Hall of Foresight , Tower of Moonlit Ripples dan Chamber of Heartfelt Contentment



Lihatlah betapa luasnya tasik dan cantiknya pemandangan diseberang sana yang dapat dinikmati sewaktu bersantai di gazebo tu.



Gondola yang boleh disewa dengan bayaran 20 yuan atau RM10.00 sahaja untuk menikmati keindahan tasik di seluruh kawasan taman







Pandangan dari depan gazebo menghala ke pintu keluar masuk "Summer Palace"

Saturday, July 28, 2007

Beijing - China sebuah catatan perjalanan

Sebenarnya aku tidak berniat untuk melancong ke negara China pada tahun 2007 tetapi bila seorang kawan mengingatkan bahawa tahun ini adalah peluang terakhir untuk ke sana dengan anggaran perbelanjaan membeli belah yang amat murah berbanding semasa dan selepas berlansungnya "Beijing 2008 Summer Olympic Games" nampaknya kami tiada pilihan lagi. Perancanganku untuk meneroka Beijing bermula dari bulan Mac lagi malangnya disebabkan beberapa masalah dipihak agensi pelancongan dan kami sendiri maka tarikh pemergian tertunda beberapa kali hinggalah akhirnya pada 14 Jun jam 1.10 pagi kami berangkat ke sana dengan pesawat MAS dan selamat mendarat pada pagi 6.47 pagi hari yang sama. Beijing dan Malaysia adalah terletak pada zon waktu yang sama.













Bergambar di KLIA sementara menunggu saat keberangkatan.




Balai ketibaan di Lapangan Terbang Beijing. Besar dan cantik tapi tidaklah sehebat KLIA terutama dari segi kebersihan dan layanan di kaunter.
Sebaik saja selesai urusan keluar dari lapangan terbang kami terus menaiki bas persiaran untuk dibawa ke "Summer Palace" atau "Kumming Lake". Ini adalah pintu gerbang masuk ke taman tersebut.

Thursday, July 26, 2007

Serba salah


Hari ini pertama kali aku engkar dengan arahan bos. Selamba kodok je aku pohon untuk tidak menghadiri mesyuarat pembangunan jam 9.00 pagi dengan alasan nak habiskan kerja. Bos aku yang masih muda awal tiga puluhan dan hensem tu terkebil-kebil tak terkata apa-apa. Geli hatipun ada kesihanpun ada. Aku dah bosan nak menghadiri mesyuarat, berjam-jam berbincang, bertekak dan berborak penyudahnya minum-minum atau makan-makan. Hasilnya kerja aku makin tertunggak, mana nak buat kertas kerja, mana nak deraf surat, mana nak buat pendaftaran "online" dan macam-macam lagi. Namun esok lusa tak mungkin aku dapat mengulangi kedegilan tu lagi. Serba salah sungguh kalau jadi kuli ni.
************************************************************************************
Hari ni sahabat aku MM kirim sms lagi, marah-marah dan ade nada merajuk. Dia kata aku sombongle, tak ingatkan kawanle, dah dapat kawan barule dan macam-macam lagi hanya kerana aku tak sempat balas sms dia sejak dua menjak ni. Lagi sekali aku buat lawak kodok ngan dia masa balas sms tu "sape suruh kau hantar sms tu, nape lak aku wajib balas. nak merajuk, merajuk le aku tak reti nak pujuk kau pujukle diri kau sendiri, hahahaha". Lepas tu dia diam berjam-jam lamanya. Kesian aku melimpahruah tapi rasa kelakarpun ade. Ni macam punya manusiapun ade dalam dunia. Dia yang pelik atau aku yang melampau. Penyudahnya aku tetiba jadi sang pemujuk. Serba salah sungguh kalau ade kawan yang sensitif tahap tenat!

Wednesday, July 25, 2007

Indahnya Pulau Redang

Perjalanan sepanjang malam dengan bas yang amat memenatkan itu dari Ipoh ke Trengganu hilang sekelip mata sebaik saja turun dari bot. Keindahan pemandangan flora dan fauna di Pulau Redang sukar digambarkan dengan kata-kata. Ia lebih cantik dari apa yang dilihat dalam gambar. Kedudukan yang "Isolated" dan "Privacy" menjadi tarikan utama pelancong terutama dari luar negara.Keindahan pemandangan ke laut lepas dan pantai yang landai serta amat bersih begitu terserlah.
Keindahan laut sekeliling Pulau Redang yang bersih dan membiru. Bot-bot membawa pelancong untuk aktiviti menyelam.

Bergambar di hadapan hotel penginapan yang terletak di atas bukit. Bersiap untuk pergi mandi laut.

Atas bot sebelum menyelam. satu pengalaman yang amat menyeronokkan, dikelilingi perbagai jenis ikan yang jinak tapi sukar ditangkap.







Monday, July 09, 2007

Thursday, May 17, 2007

Aku terimalah seadanya

Kata orang tak dapat apa yang dicinta maka cintailah apa yang kita ada. Aku belajar menerima apa yang ku hadapi dengan hati yang terbuka, aku cuba mencari yang indah-indah dan muluk di sini, aku cuba memejamkan mata dari melihat yang menyakitkan hati dan jwa, aku juga cuba memekakkan telinga dari mendengar yang mungkin menjejaskan usahaku untuk merasa bahagia di sini. Dengan keadaan yang lebih bersedia dan redha, aku dapat rasakan bahawa kini aku lebih tenang dan mudah menerima transfomasi ini. Kini aku faham bahawa kalau kita menerima apapun dengan seadanya banyak kekusutan akan terungkai dengan sendiri dan masalah semakin menjauh. Aku terimalah semuanya dengan seadanya.....

SABAR JE LAH

Ini entry yang pertama selepas menjauhkan diri sejak Februari lalu, banyak kerja dan peristiwa dalam kehidupan yang menuntut perhatian. Rindunya pada rakan-rakan blogspot.com. Semua bermula bila aku menukar setting blog ni lepas tu banyak maklumat yang hilang. Bila nak masuk blog ade saja yang menghalang sudahnya blog ni kering beberapa bulan tanpa sebarang cerita dan berita. Semoga hari ini aku dapat membuat come back yang berterusan. Insyaallah.

***************************************************************************************

Macam tak percaya je dalam tiga minggu ini aku bertukar ke tiga pejabat. 27 April lalu ke Pejabat pendaftar Pertubuhab lepas tu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 8 Mei dan di sini Pejabat Pengarah Tanah dan Galian sejak 11 mei lalu. Tak tau nak gambarkan perasaan ni, marah, kecewa atau gembira. Semua terjadi atas kesilapan manusia kuyang urang bertanggungjawab dan aku adalah mangsa kepada kesilapan yang sememangnya tidak patut terjadi. Apapun aku bersyukur atas kenaikan pangkat ini. Alhamdulillah syukur nikmat.

Wednesday, February 07, 2007

Sayur Turi



Tanpa disedari aku tersebut mengenai keenakan menjamu selera dengan Sayur Turi Masak Lemak Keledek. Bila dak Noush anak Melayu made in London tu bertanya semula apakah dia sayur turi tu, aku terfikir bahawa mungkin bukan Noush saja yang tak mengenal Turi atau Geti tu malah entah-entah ramai lagi anak melayu yang lahir dan membesar di bumi Malaysia ni tak juga mengenalnya.





Bukan masalah besar sebenarnya kalau tak kenal rupa dan rasa sayuran apalagi pokok-pokok herba warisan nenek moyang tu justeru kita susah terlalu memanjakan tekak dengan hidangan sayuran luar negara yang kunun dianggap berstatus tinggi kerana ia makanan orang putih, hahahaha. Hakikatnya ada banyak sungguh sayuran yang tumbuh di dunia sebelah sini yang enak dan berkhasiat dimasak apatah lagi dimakan begitu saja.



Noush, untuk menambah pengetahuan sayur turi tu diambil dari pokoknya yg agak tinggi, daunnya macam daun kari dengan bau yang agak kuat, biasanya diambil daun yang masih lembut, dipisahkan dari tangkainya atau disimpul supaya mudah dimakan. Nampaknya tiada gambarnya yang jelas kecuali gambar di atas yang pertama tu.
Rata-rata sayur turi dimasak lemak keledek dengan udang kering atau ikan bilis. Ada juga yang masak asam rebus, bubuh air asam jawa, cili kering, ikan bilis dan garam secukup rasa. Rasanya yang sedikit pahit kekadang tidak disenangi tapi kalau selalu dicuba yang pahit tulah yang menambah selera. Turi juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan tradisional. Pokok turi semakin sukar ditemui walaupun kita pergi ke pedalaman namun sesekali masih boleh dibeli di Pasar tani. Ok Noush kalau tak puas hati kenalah balik Malaysia!