ANJUNGLARA
"MAKA NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN" Surah AR RAHMAN
Saturday, September 21, 2013
Menunggu buah yang tak gugur
Kesabaran ada hadnya, jika peluang dan ruang telah diberikan berulang kali namun tidak juga mendatangkan hasil dan perubahan maka eloklah ditinggalkan sahaja manusia seperti ini, jangan bagai menunggu buah yang tidak gugur nanti kot kot lama sangat menanti kita pulak menjadi batu hahahahahah
Thursday, May 02, 2013
Kampung nan damai
Perkampungan yang indah di Albes Mancelles, Peranchis.
Saya selalu menginginkan kembali sesekali ke persekitaran kampung yang damai, bersih dan hangat dengan kemesraan dan semangat persaudaraan penduduknya. Malang sekali kampung tempat saya membesar dulu telah bertukar menjadi sebuah bandaraya seperti bandar bandar lain di dunia ini, sesak dengan bangunan, jalanraya berselirat dengan lalu lintas bersimpang siur jauh dari ketenangan. Justeru sesekali terpaksa saya pergi ke daerah lain di dunia ini untuk menikmati suasana yang diimpikan.

Thursday, December 01, 2011
Hijrah
Masih tak terlalu lewat kan untuk mengucap selamat menyambut Tahun Hijrah 1433 yang baru 5 hari bersama kita. Syukurlah sekarang ini masyarakat sudah lebih peka dan cerdik, menyambut kedatangan tahun hijrah bukan sekadar dengan ucap selamat tetapi mengambil iktibar disebalik asal usulnya. Pengorbanan dan dukalara serta cabaran yang dihadapi oleh Baginda Rasulullah S.A.W pantas mengundang rasa simpati yang amat sangat.
Ketabahan baginda dalam menangani setiap masalah, kehebatan baginda menangkis semua cabaran dengan doa dan keyakinan kepada Allah tanpa rasa ragu dan putus asa. Inilah antara ciri-ciri kekuatan peribadi baginda yang mesti kita contohi tapi jarang dipeduli. Seringkali bila kita mengambil keputusan untuk berhijrah samada dalam kerjaya atau cara hidup, kekadang kita masih teragak-agak dengan keputusan yang diambil, melakar kemungkinan yang bukan-bukan tidak percaya bahawa apa yang kita buat sebenarnya datangnya dari ketentuan Allah. Justeru bersenanghatilah, jangan berdukacita, kalau sudah nekad melangkah ke destinasi baru teruskan dengan ilmu, istiqamah dan doa tanpa rasa jemu. InsyaAllah, DIA sentiasa bersama kita!
Saturday, November 19, 2011
Cakap biar serupa bikin
Bukan mudah menjadi ketua disesebuah pejabat atau jabatan. Ketua merupakan "role model" , manusia yang sepatutnya mempunyai akhlak yang terbaik dan menjadi ikutan kepada mereka yang dibawah jagaannya Akan tetapi kalau ketua sendiri dah tak betul, pandai mengarah saje tanpa panduan dan bimbingan maka macamana kakitangan bawahan nak hormat. Keluarlah berpuluh-puluh pekeliling , surat pekeliling dan surat arahan, Kalau ketua sendiri tak patuh maka jangan salahkan mereka yang dibawah jagaan melanggarnya.
Janganlah sebab kita ketua lalu tidak terikat kepada peraturan dan undang-undang, mengarah ikut sedap mulut tanpa mengkaji buruk baik dan implikasi kepada pejabat dan kakitangan. jangan marah kalau kakitangan memonteng kalau kita sendiri selalu sangat tak nampak muka di pejabat.
Contohilah falsafah kepimpian Rasulullah S.A.W dan keempat-empat Khalifah baginda. Sesekali dengarlah pandangan atau buah fikiran kakitangan bawahan kerana walaupun tidak berpelajaran tinggi tidak bermakna mereka tidak punya idea yang bernas. Ingatlah sebagai ketua kita selalu diperhatikan jadi janganlah cakap tidak serupa bikin!
Monday, November 14, 2011
Kekurangan itu satu kelebihan
Pelukis ini belum tentu dapat melakarkan lukisan seindah itu sekiranya dia masih mempunyai kedua-dua tanganya.
Kita seringkali menganggap kecacatan merupakan musibah, kekurangan yang memalukan. Pernah seorang sahabat baikku menyembunyikan anaknya yang mengidap Down Syndrome dan selepas 15 tahun ku ketahui dari orang lain. Apa yang hendak dimalukan, hanya manusia yang rendah budi pekerti dan tidak memahami akan hikmah disebalik kejadian yang Allah cipta akan memandang serung kepada mereka yang cacat.
Tanpa kita sedar mereka yang buta telah terselamat dari melakukan dosa mata begitu juga mereka yg cacat pendengaran tidak perlu mendengar kata umpat yang membingitkan telinga saban hari, dan berbahagialah mereka yang bisu kerana tidak pernah menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tidak mengata tidak mencemuh.
Berapa ramai yang berjaya dalam kehidupan dan kerjaya walaupun dilahirkan cacat atau menjadi cacat akibat kemalangan dan sebagainya. Bersangka baiklah kepada Allah mudah-mudaha rahmatNYA akan melimpah ruah. Bertimbangrasalah kepada golongan yang sedemikian agar dengan berbuat begitu kualiti peribadi kita akan meningkat dan kemuliaan diri bertambah serta disayangi segala makhluk di dunia mahupun akhirat

Friday, November 11, 2011
Berhati-hati...
Terkejut betul mengalahkan beruk yang disergah tuannya bila mendapat tahu pasangan suami isteri beranak empat di kawasan kejiranan kami yang telah lebih 20 tahun bernikah bercerai gara-gara sang isteri telah tergoda dengan lelaki lain yang didakwa lebih romantis dan hebat berbanding dengan suaminya. Semuanya gara-gara perhubungan yang terjalin melalui laman sesawang Facebook. Dia sanggup meninggalkan anak-anak demi cinta yang belum tentu kesudahannya. Dia sanggup meninggalkan suami yang diberitakan amat pemalu dan jarang sekali bercakap dengan rakan sejawat yang perempuan apatahlagi yang tidak dikenali. Dia sanggup meninggalkan anak-anak dibawah jagaan suami demi cinta. Mudah-mudahan dia telah membuat keputusan yang betul dan Allah membimbingnya. Namun apa yang penting di sini kita harus memelihara diri dari menyalahgunakan teknologi yang ada. Apapun yang dilakukan sentiasa ingat sempadan adat, undangundang dunia apatahlagi hukum agama,, ikut hati mati, ikut nafsu lesu dan ikut nafas kan terbabas.
Thursday, November 10, 2011
Lihatlah betapa indahnya suasana di anjung rumah yang dilestarikan dengan pelbagai tanaman flora dan sayuran. Sejuk dimata damai dirasa. Tiada siapa dapat menafikan bahawa sukar sekali kita menemukan mereka yang memanfaatkan kawasan yang ada di sekeliling rumah. Walaupun tidak seluas seperti dalam gambar di atas namun jika bijak diolah dan rajin dijaga sudah tentu ia akan menggamit mata memandang dan menenangkan jiwa disamping menyumbang kepada memakmurkan alam yang semakin tua ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)