Monday, February 28, 2011

al-Fatihah



Akhbar hari ini memperkatakan mengenai lebih 80% Pelajar Sekolah dan IPT tak faham makna al-Fatihah. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan tapi lebih kepada menyedihkan kepada sebuah negara yang dianggap sebagai negara islam terbaik di dunia. Itu baru pelajar belum lagi ibubapa mereka, apa nak dimalukan hakikatnya rata-rata kita yang sembahyangpun tak faham makna setiap apa yang kita baca, dahlah begitu tak mahu pula berusaha untuk mempertingkatkan mutu ibadah yang menjadi tiang agama itu. Tu belum lagi diambil kira dari segi kesempurnaan pembacaan terutama dari segi hukum tajwidnya.

Tak perlu nak menuding jari meletakkan kesalahan ke bahu orang lain, kita semua bertanggungjawab sepenuhnya kepada kegagalan ini. Sistem pendidikan, institusi keluarga dan masyarakat wajib digembeling bersama untuk mengatasi masalah besar ini.

Nampaknya kenalah diadakan pula Akademi al-fatihah pulak selepas ini , masalahnya siapa le nak peduli? Aduhai...masalah al-fatihah bukan masalah kecil!!!

Tuesday, February 22, 2011

Bihun Kari Kuah Kicap


Tak berapa lama dulu aku singgah ke gerai Food Court di Green Town Mall sendirian untuk menikmati Bihun Kicap Kuah Kari kegemaranku. Aku menikmati makanan itu sepenuhnya, mengunyah perlahan-lahan berkali-kali sebelum menelann untuk merasai keenakannya. Ermmm ...puas.

Tiba-tiba muncul ibu muda dalam lingkungan 30an dan dua anak lelakinya yang aku agak berumur 4 tahun dan 9 tahun duduk di meja sebelah kananku. Semangkok kari dengan beberapa biji bebola ikan dan sepiring bihun berkicap dicurahi kuah kari juga segelas air sirap. Entah mengapa sejak dari mula aku begitu tertarik dengan mereka, pakaian dan perlakuan aku dapat mengagak bahawa mereka itu bukan dari kalangan yang berada atau sekurang-kurangnya berduit. Sikecil dengan lahap menyudu bihun sedang ibunya berkongsi kuah kari dan bebola ikan itu dengan siabang. Air sirap diminum bertiga. Sahlah mereka tak mampu.

Justeru aku berperang dengan perasaanku sendiri, terasa nak ku belikan dua pinggan lagi Bihun Sup Kuah Kari tu. Masalahnya bagaimana nak ku serahkan kepada nya. Bagaimana kalau dia kata "terima kasih je le kami tak lapar, sengaja beli sepinggan ni", bagaimana kalau dia taknak terima walaupun memang memerlukannya, bagaimana dan bagaimana.

Aku terus makan tapi tak selazat tadi sambil mata masih mencuri-curi pandang kepada mereka. Tiba-tiba "Adik dah taknak lagi bihun ni kan, bagi abang ye" aduhai tersentap sekejap denyut jantungku ni. Luluh hatiku melihat siabang makan baki bihun yang dah tak seberapa. Telahan ku ternyata benar.

Alangkah baiknya kalau tadi aku tidak banyak membuang masa berdolak-dalik dengan perasaan sendiri, alangkah baiknya kalau aku terus saja membeli dan menyerahkan kepada mereka. Tentu aku akan merasa amat gembira melihat siabang menyuap bihun itu dengan lahap, hatinya suka. Tak kisahlah kalau mereka tak terima sekurang-kurangnya aku telah melepaskan beban perasaan ku ini. Namun kerana kedangkalanku sendiri bayangan mereka terus menghantui. Mudah-mudahan aku akan diketemukan dengan mereka semula supaya aku tidak teragak-agak lagi berbuat kebajikan. Semoga Allah mengampunkan aku.

Monday, February 21, 2011

Assalamualaikum sahabat...


Betul kata orang, paling sukar adalah untuk memulakan semula sesuatu. Setelah hampir 2 bulan takde sebarang entry aku tak ubah macam sikucing yg enggan bangun dari tidur yang nyaman dan panjang.



Perjalanan kehidupan adalah ibarat menggunakan laluan di hutan, jika kita tidak merentasinya selalu ia akan hilang ditutupi oleh tumbuhan dan kita akan hilang jejak.



Namun rindu kepada sahabat blogger menggerakkan hati dan jasad untuk terus berkarya. Begitu hebat pengaruh kasih sayang!