Saturday, July 28, 2007

Beijing - China sebuah catatan perjalanan

Sebenarnya aku tidak berniat untuk melancong ke negara China pada tahun 2007 tetapi bila seorang kawan mengingatkan bahawa tahun ini adalah peluang terakhir untuk ke sana dengan anggaran perbelanjaan membeli belah yang amat murah berbanding semasa dan selepas berlansungnya "Beijing 2008 Summer Olympic Games" nampaknya kami tiada pilihan lagi. Perancanganku untuk meneroka Beijing bermula dari bulan Mac lagi malangnya disebabkan beberapa masalah dipihak agensi pelancongan dan kami sendiri maka tarikh pemergian tertunda beberapa kali hinggalah akhirnya pada 14 Jun jam 1.10 pagi kami berangkat ke sana dengan pesawat MAS dan selamat mendarat pada pagi 6.47 pagi hari yang sama. Beijing dan Malaysia adalah terletak pada zon waktu yang sama.













Bergambar di KLIA sementara menunggu saat keberangkatan.




Balai ketibaan di Lapangan Terbang Beijing. Besar dan cantik tapi tidaklah sehebat KLIA terutama dari segi kebersihan dan layanan di kaunter.
Sebaik saja selesai urusan keluar dari lapangan terbang kami terus menaiki bas persiaran untuk dibawa ke "Summer Palace" atau "Kumming Lake". Ini adalah pintu gerbang masuk ke taman tersebut.

Thursday, July 26, 2007

Serba salah


Hari ini pertama kali aku engkar dengan arahan bos. Selamba kodok je aku pohon untuk tidak menghadiri mesyuarat pembangunan jam 9.00 pagi dengan alasan nak habiskan kerja. Bos aku yang masih muda awal tiga puluhan dan hensem tu terkebil-kebil tak terkata apa-apa. Geli hatipun ada kesihanpun ada. Aku dah bosan nak menghadiri mesyuarat, berjam-jam berbincang, bertekak dan berborak penyudahnya minum-minum atau makan-makan. Hasilnya kerja aku makin tertunggak, mana nak buat kertas kerja, mana nak deraf surat, mana nak buat pendaftaran "online" dan macam-macam lagi. Namun esok lusa tak mungkin aku dapat mengulangi kedegilan tu lagi. Serba salah sungguh kalau jadi kuli ni.
************************************************************************************
Hari ni sahabat aku MM kirim sms lagi, marah-marah dan ade nada merajuk. Dia kata aku sombongle, tak ingatkan kawanle, dah dapat kawan barule dan macam-macam lagi hanya kerana aku tak sempat balas sms dia sejak dua menjak ni. Lagi sekali aku buat lawak kodok ngan dia masa balas sms tu "sape suruh kau hantar sms tu, nape lak aku wajib balas. nak merajuk, merajuk le aku tak reti nak pujuk kau pujukle diri kau sendiri, hahahaha". Lepas tu dia diam berjam-jam lamanya. Kesian aku melimpahruah tapi rasa kelakarpun ade. Ni macam punya manusiapun ade dalam dunia. Dia yang pelik atau aku yang melampau. Penyudahnya aku tetiba jadi sang pemujuk. Serba salah sungguh kalau ade kawan yang sensitif tahap tenat!

Wednesday, July 25, 2007

Indahnya Pulau Redang

Perjalanan sepanjang malam dengan bas yang amat memenatkan itu dari Ipoh ke Trengganu hilang sekelip mata sebaik saja turun dari bot. Keindahan pemandangan flora dan fauna di Pulau Redang sukar digambarkan dengan kata-kata. Ia lebih cantik dari apa yang dilihat dalam gambar. Kedudukan yang "Isolated" dan "Privacy" menjadi tarikan utama pelancong terutama dari luar negara.Keindahan pemandangan ke laut lepas dan pantai yang landai serta amat bersih begitu terserlah.
Keindahan laut sekeliling Pulau Redang yang bersih dan membiru. Bot-bot membawa pelancong untuk aktiviti menyelam.

Bergambar di hadapan hotel penginapan yang terletak di atas bukit. Bersiap untuk pergi mandi laut.

Atas bot sebelum menyelam. satu pengalaman yang amat menyeronokkan, dikelilingi perbagai jenis ikan yang jinak tapi sukar ditangkap.







Monday, July 09, 2007