Wednesday, February 07, 2007

Sayur Turi



Tanpa disedari aku tersebut mengenai keenakan menjamu selera dengan Sayur Turi Masak Lemak Keledek. Bila dak Noush anak Melayu made in London tu bertanya semula apakah dia sayur turi tu, aku terfikir bahawa mungkin bukan Noush saja yang tak mengenal Turi atau Geti tu malah entah-entah ramai lagi anak melayu yang lahir dan membesar di bumi Malaysia ni tak juga mengenalnya.





Bukan masalah besar sebenarnya kalau tak kenal rupa dan rasa sayuran apalagi pokok-pokok herba warisan nenek moyang tu justeru kita susah terlalu memanjakan tekak dengan hidangan sayuran luar negara yang kunun dianggap berstatus tinggi kerana ia makanan orang putih, hahahaha. Hakikatnya ada banyak sungguh sayuran yang tumbuh di dunia sebelah sini yang enak dan berkhasiat dimasak apatah lagi dimakan begitu saja.



Noush, untuk menambah pengetahuan sayur turi tu diambil dari pokoknya yg agak tinggi, daunnya macam daun kari dengan bau yang agak kuat, biasanya diambil daun yang masih lembut, dipisahkan dari tangkainya atau disimpul supaya mudah dimakan. Nampaknya tiada gambarnya yang jelas kecuali gambar di atas yang pertama tu.
Rata-rata sayur turi dimasak lemak keledek dengan udang kering atau ikan bilis. Ada juga yang masak asam rebus, bubuh air asam jawa, cili kering, ikan bilis dan garam secukup rasa. Rasanya yang sedikit pahit kekadang tidak disenangi tapi kalau selalu dicuba yang pahit tulah yang menambah selera. Turi juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan tradisional. Pokok turi semakin sukar ditemui walaupun kita pergi ke pedalaman namun sesekali masih boleh dibeli di Pasar tani. Ok Noush kalau tak puas hati kenalah balik Malaysia!

Monday, February 05, 2007

Merajuk


Bila memperkatakan soal merajuk, teringat aku semasa kecil dulu, bab merajuk ni memang aku yang pakar maklumlah tinggal dengan nenek maka susah tentulah mengada-ngada aku pun lebih sikit dari cucu-cucunya yang lain. Ada satu hari tu aku merajuk tak nak ke sekolah sebab baju yang aku nak pakai tak digosok lagi, harap-harap nenek akan memujukku malangnya aku kena kejar dengan rotan keliling rumah, huhuhu akhirnya aku tetap ke sekolah dengan mata yang bengkak, malu-malu.

Di hari yang lain aku merajuk di meja makan sebab nenek terlupa menyenduk sup ayam kemangkuk ku, aku terus angkat kaki masuk bilik. Tungu punya tunggu nenek databg tak pujukpun, namun aku keraskan hati mendiamkan diri hingga tertidur. Menjelang tengah malam perutku berkerongcong, aku bangkit ke dapur menjengah bawah saji mengharapkan sup ayam, last-last aku meraung sebab tiada apa kat situ, tetiba nenek menjelma dari belakang dan menempelakku "lain kali jangan nak tunjuk lagak! nasib baik sup ayamku nenek masih simpan.

Akhir sekali yang ku ingat aku merajuk sebab tak bagi aku keluar ikut kawan-kawan pergi main di kampung sebelah, aku tarik muka 14 belas ngan muncung bleh dibuat perahu, malam tu lepas ulangkaji
dan bereskan kerja umah aku pura-pura tertidur, protes le tu tak mahu masuk bilik tidur. Penyudahnya sedar-sedar jam 3 pagi aku masih terlentuk dimeja study ditemani sang nyamuk yang over the peramah, sedih-sedih.

Itulah arwah nenekku, penuh kasihsayang tapi bertempat tapi tak pernah memberiku peluang untuk mengada-ngada hingga memijak kepala. Dia tegas dalam soal perangai dan tingkahlaku namun amat pemurah dalam bab makanan dan pakaian. Sesekali kerinduanku kepadanya membuak-buak macam kasih ibu hangatnya amat terasa syahdu sesejuk salju murni bagai embun pagi.

Kini kala usia semakin memanjat tinggi jarang sekali aku merajuk tapi yang letihnya selalu le pulak kena memujuk...... Bila difikirkan tiada sangatlah faedahnya merajuk. Merajuk lebih menonjolkan kelemahan diri, tak tahan dengan ujian kehidupan dan kurang keyakinan diri. Sesekali merajuk mungkin akan dimaafkan tapi kalau selalu sangat bimbang pula yang sayang menjadi benci yang dekat semakin jauh. Jadi berpada-padalah bila nak merajuk jangan sampai orang tak peduli kita pula jadi jeruk, kan susah!