Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Monday, September 28, 2009

Penyakit raya

Seminggu bercuti raya, ada yang masih malas nak mulakan kerja












Masih terasakan keenakan juadah raya, lemang, ketupat, rendang serta biskut-biskut anika rupa dan rasa. Syawal sebulan masih banyak hari lagi untuk menjamu selera sepuas-puasnya


Jangan pula lepas sebulan kena kerja kuat kuruskan badan selama setahun

Selamat berpuasa kepada yang sedang berpuasa sunat Syawal bukannye lama hanya enam hari sahaja!

Wednesday, September 23, 2009

Cerita Hariraya

Hariraya kedua berhenti di Rawat Rehat Air Keroh sebelum teruskan perjalanan ke Melaka untuk beraya. Anak teruna, anak dara dan ayah mereka


Hariraya ketiga dalam perjalanan balik ke Ipoh, kenderaan di sepanjang lebuhraya Utara Selatan (Melaka hingga Seremban) tak begitu sesak mungkin disebabkan ramai yang menyambung cuti hingga hujung minggu



Inilah antara nikmat Hari Raya, bukan selalu dapat berkumpul seisi keluarga dalam satu kenderaan begini. Rasa seronok tak terhingga

Wednesday, October 29, 2008

Selamat jalan Syawal



Sebulan lamanya kita didakap Syawal yang mulia. terasa kemeriahannya hingga disaat terakhir ini. sebaik saja tirai senja dijatuhkan, syawal pergi buat kesekian kali dan pasti datang bila tiba masanya nanti. Persoalannya adakah kita masih ada kesempatan untuk meraikannya lagi? Justeru marilah kita mengisi hari-hari yang tersisa dengan sebaik-baik amalan. Teruskan semangat Syawal bulan memaaf dan menjalin hubungan agar tiada lagi sengketa dan bertambah erat tali persaudaraan sesama kita.

Wednesday, October 22, 2008

Hariraya - Rayakan hari


Sudah 23 hari Eidul Fitr kita rayakan. Ramai yang telah selesai berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal yang penuh rahmat ni. Ramai juga kalangan kita kaum wanita beres menqada' puasa. Bahang aura Syawal masih terasa, sana sini masih kedengaran jamuan raya diadakan, menjemput dan dijemput, alangkan indahnya berhariraya. Hargailah Syawal ini dan berdoalah agar kita akan berjumpa Ramadhan tahun depan dan merayakan Syawal seperti ini. Mengisi sebulan Syawal dengan membina jembatan silaturrahim, yang jauh didekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan, buang yang keruh kekalkan kejernihan. Bersyukurlah kita!

Monday, November 20, 2006

Musim menjamu selera


Nampaknya dalam tempuh 3 bulan ini kita sibuk menjamu selera. Semasa bulan Ramadhan sibuk memenuhi jemputan Majlis Berbuka Puasa, lepas tu datang Syawal sibuk menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya dan sekarang sibuk lagi dengan undangan Majlis Doa Selamat bakal-bakal haji dan jemputan Majlis Perkahwinan sempena cuti sekolah sehinggalah penghujung Disember nanti. maka tiada ruang untuk perut beristirehat. Alangkah mewahnya kita dengan makanan sehinggakan makan seakan menjadi agenda utama. Sana makan sini makan, makan yang betul betul makan!

Thursday, October 19, 2006

Selamat Menyambut Eidul Fitr Tahun Hijrah 1427




Sayu hati melepaskan Ramadhan
namun Syawal amat dialukan
agar diterima segala amalan
mendapat berkat, ampun dan Aljannah

Sebulan lamanya membersih jiwa
pertingkat ibadat dan kekuatan hati
agar pahala berlipat ganda
sempurna sebagai muslim sejati

Eidul Fitr hari kemenangan
saling bermaafan bersuci hati
kemarahan dan dendam disimpan jangan
semoga persaudaraan sentiasa diberkati

Minal Eidil wa alfaizin alMaqbulin
Kullu Amin wa antum bi Khair
Barakallahuli wa liwalikum

Monday, November 14, 2005


Diam tak diam dah 12 hari Syawal mendampingi kita, semoga Eidul Fitri ini adalah yang terbaik bagi kita. Mudah-mudahan kita sudahpun menunaikan Puasa Sunat Syawal atau Puasa Enam kata orang Melayu. Bagi yang perempuan kenalah qadha puasa yang terpaksa ditinggalkan masa Ramadhan lalu dan kalau rajin sambunglah Puasa Enam tu, apapun fadhilat Puasa Enam sebagaimana yang kita ketahui amatlah besar pahalanya.

Berdoalah kita agar dipanjangkan usia dan kita akan dapat bersua lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan seterusnya bergembira dihari lebaran.

Diharapkan tiada antara kita yang dibebani dengan hutang hanya kerana hendak menyambut Syawal justeru dalam apa halpun kita sepatutnya melakukan mengikut kemampuan kita disamping sikap bersederhana yang amat dituntut dalam Islam.

Selamat bergembira dan menjadikan aktiviti ibadat membaca / bertadarus Al quran dan berpuasa sunat sebagai cara hidup kita sebab ajal kita entah hari ini, entah esok atau lusa.

Thursday, October 27, 2005

Selamat Menyambut Eidul Fitri


Walaupun kita jauh di mata
Bersahabat di maya tak pernah berjumpa
Namun kemesraan penuh bermakna
Tulus dan murni sepanjang masa

Kalau ada terkasar bahasa
atau pernah keterlaluan cara
ampun dan maaf juga dipinta
agar terhapus segala dosa

Ramadhan pergi meninggalkan barakah
Eidul Fitri datang membawa bahagia
Semoga kita diberkati Allah
Hidup sejahtera kejayaan berganda


Kak Lara