Tuesday, April 29, 2008

Forbidden City


Diseberang jalan Tian An Men Square terletaknya Forbidden City. Kami melalui jalan bawah tanah untuk sampai ke kota larangan yang menyimpan seribu kisah dan rahsia silam.

Dikatakan kota ini dibina dari sumber asli alami tanpa penggunaan bahan kimia. Keseluruhan binaan di dalam kota tersebut akan dicat setiap dua tahun sekali bagi mengekalkan keindahan dan ketahannya. Sejak dibina melebihi 500 tahun dahulu telah berlaku dua kali kebakaran besar. Malah semasa lawatn kami kebanyakan binaan di dalam kota ini sedang dalam proses pembaikpulihan. Sekurang-kurangnya dua hari diperlukan bagi menjelajah kesegenap penjuru kota, melihat dan menikmati kehalusan senibina disamping mendengar pelbagai cerita suka, duka, tragedi dan sebagainya. Semakin lama dan jauh meneroke semakin banyak kisah yang tersingkap. Seramai 2 juta askar ditugaskan mengawal keseluruhan kompleks ini dan pada malam harinya beratus-ratus ekor anjing garang dilepaskan bagi mengekang kemasukan musuh serta penceroboh. Tapi itu dulu, hari ini kita masih dapat melihat begitu ramai askar yang berkawal tetapi hanya untuk mempastikan keselamatan jutaan pelawat yang datang saban hari. Hari ini kehebatan kota larangan dan kisahnya telah lama tersimpan dalam kenangan dan akan diulang cerita setiap hari kepada pelancong. Benar atau tidak terserah kepada pemandu pelancong yang mengiringi kita, akan tetapi yang pasti setiap kali cerita itu diperdengarkan kepada kita, mata kita akan terbeliak dan mulut melopong, oooooh! alangkah!

Monday, April 28, 2008

Aku syukur kepadaMU


Seringkali dalam kehidupan, kita jarang bersyukur kerana masih tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Menafikan nikmat hidup kalau asyik membandingkan dengan orang yang lebih segala-galanya dari kita. Jarang kita bandingkan diri kita dengan yang kurang berada, cacat dan dungu.

Sejak dua menjak ni aku fikiranku agak terganggu, berita mengenai tiga orang bekas rakan sekolej yang mengidapi penyakit barah pada tahap ketiga amat mendukacitakanku.
Mereka dalam derita dan berjuang untuk terus hidup.

Alangkah bertuahnya aku ini yang masih bebas dari semua penyakit-penyakit yang menakutkan. Aku masih sihat walaupun semakin tua saban hari, aku tidak melarat walaupun tidak kaya, aku tidak cacat walaupun tidak secantik bidadari, aku tidak gila wakaupun tidak genius, kehidupanku penuh dengan kasihsayang dan bahagia seadanya. Satu perkara yang paling penting aku dilahirkan sebagai seorang ISLAM dan sentiasa diberi ruang untuk mempertingkatkan kualiti keislamanku. Betapa biadapnya aku kepada Maha Pencipta kalau tidak bersyukur...

Thursday, April 24, 2008

Rindu



Apakah yang paling menyakitkanperasaan selain dari menanggung kerinduan. Hati menderita, meronta untuk bertemu, bermesra dan bersama macam dulu-dulu tapi itulah bak kata orang dekat tapi jaub jauh tapi dekat. Rindu yang menyebabkan kalau tak nampak orangnya nampak bumbung rumahpun jadilah, rindu yang menyebabkab kalau ade gambar orang yg dirindu maka renyuklah jadinya di tatap dan dikucup. Itu kalau rindu pada yang masih hidup, walau jauh, walau lama mana berpisah namun lambat laut dengan keizinanNYA kita akan bertemu lagi, Insyaallah, dan kerinduan itu akan terubat. Akan tetapi kalau kerinduan itu pada yang telah tiada, telah pergi jauh ke alam lain lalu apakah yang terdaya kita lakukan melainkan berdoa dan berdoa agar rohnya sentiasa dirahmati ALLAH. Alangkah sakitnya merindu...Pada siapa tempat mengadu? Sudah tentu kepadaNYA jua. Pohon kesabaran dan kekuatan iman!