Tuesday, April 29, 2008

Forbidden City


Diseberang jalan Tian An Men Square terletaknya Forbidden City. Kami melalui jalan bawah tanah untuk sampai ke kota larangan yang menyimpan seribu kisah dan rahsia silam.

Dikatakan kota ini dibina dari sumber asli alami tanpa penggunaan bahan kimia. Keseluruhan binaan di dalam kota tersebut akan dicat setiap dua tahun sekali bagi mengekalkan keindahan dan ketahannya. Sejak dibina melebihi 500 tahun dahulu telah berlaku dua kali kebakaran besar. Malah semasa lawatn kami kebanyakan binaan di dalam kota ini sedang dalam proses pembaikpulihan. Sekurang-kurangnya dua hari diperlukan bagi menjelajah kesegenap penjuru kota, melihat dan menikmati kehalusan senibina disamping mendengar pelbagai cerita suka, duka, tragedi dan sebagainya. Semakin lama dan jauh meneroke semakin banyak kisah yang tersingkap. Seramai 2 juta askar ditugaskan mengawal keseluruhan kompleks ini dan pada malam harinya beratus-ratus ekor anjing garang dilepaskan bagi mengekang kemasukan musuh serta penceroboh. Tapi itu dulu, hari ini kita masih dapat melihat begitu ramai askar yang berkawal tetapi hanya untuk mempastikan keselamatan jutaan pelawat yang datang saban hari. Hari ini kehebatan kota larangan dan kisahnya telah lama tersimpan dalam kenangan dan akan diulang cerita setiap hari kepada pelancong. Benar atau tidak terserah kepada pemandu pelancong yang mengiringi kita, akan tetapi yang pasti setiap kali cerita itu diperdengarkan kepada kita, mata kita akan terbeliak dan mulut melopong, oooooh! alangkah!

No comments: