Saturday, July 28, 2007

Beijing - China sebuah catatan perjalanan

Sebenarnya aku tidak berniat untuk melancong ke negara China pada tahun 2007 tetapi bila seorang kawan mengingatkan bahawa tahun ini adalah peluang terakhir untuk ke sana dengan anggaran perbelanjaan membeli belah yang amat murah berbanding semasa dan selepas berlansungnya "Beijing 2008 Summer Olympic Games" nampaknya kami tiada pilihan lagi. Perancanganku untuk meneroka Beijing bermula dari bulan Mac lagi malangnya disebabkan beberapa masalah dipihak agensi pelancongan dan kami sendiri maka tarikh pemergian tertunda beberapa kali hinggalah akhirnya pada 14 Jun jam 1.10 pagi kami berangkat ke sana dengan pesawat MAS dan selamat mendarat pada pagi 6.47 pagi hari yang sama. Beijing dan Malaysia adalah terletak pada zon waktu yang sama.













Bergambar di KLIA sementara menunggu saat keberangkatan.




Balai ketibaan di Lapangan Terbang Beijing. Besar dan cantik tapi tidaklah sehebat KLIA terutama dari segi kebersihan dan layanan di kaunter.
Sebaik saja selesai urusan keluar dari lapangan terbang kami terus menaiki bas persiaran untuk dibawa ke "Summer Palace" atau "Kumming Lake". Ini adalah pintu gerbang masuk ke taman tersebut.

4 comments:

Masy said...

sampai ati x ajak org pegi huhuhuhu~

mane sobinier? nak nak~

Noushy Syah said...

Beijing and kak Noor...

Emm nape ada bau basyam ek? Eh Eh bukan kak noor..tu yang kat sana tuh banyak yang tak mandi tak ? hehhehhee

kak noor pergi berdua ke kak noor?
BTW, you mean the time in China is the same as Msia?

Unknown said...

Salam Noorlara... amboi... bestnya dia gi sana. Sempat gi ke Great Wall of China tak? OD ingatkan, Noor gi ke sana untuk berlatih lari ke apa ke untuk Olimpik nanti... ekekekeekeke... sihat ke?

Semut Api said...

Salam..

takkan 3 keping jer pic kotttt...macam kenal jer org sebelah tu.. :D

ada org kirim salam tuh...