Tuesday, February 22, 2011

Bihun Kari Kuah Kicap


Tak berapa lama dulu aku singgah ke gerai Food Court di Green Town Mall sendirian untuk menikmati Bihun Kicap Kuah Kari kegemaranku. Aku menikmati makanan itu sepenuhnya, mengunyah perlahan-lahan berkali-kali sebelum menelann untuk merasai keenakannya. Ermmm ...puas.

Tiba-tiba muncul ibu muda dalam lingkungan 30an dan dua anak lelakinya yang aku agak berumur 4 tahun dan 9 tahun duduk di meja sebelah kananku. Semangkok kari dengan beberapa biji bebola ikan dan sepiring bihun berkicap dicurahi kuah kari juga segelas air sirap. Entah mengapa sejak dari mula aku begitu tertarik dengan mereka, pakaian dan perlakuan aku dapat mengagak bahawa mereka itu bukan dari kalangan yang berada atau sekurang-kurangnya berduit. Sikecil dengan lahap menyudu bihun sedang ibunya berkongsi kuah kari dan bebola ikan itu dengan siabang. Air sirap diminum bertiga. Sahlah mereka tak mampu.

Justeru aku berperang dengan perasaanku sendiri, terasa nak ku belikan dua pinggan lagi Bihun Sup Kuah Kari tu. Masalahnya bagaimana nak ku serahkan kepada nya. Bagaimana kalau dia kata "terima kasih je le kami tak lapar, sengaja beli sepinggan ni", bagaimana kalau dia taknak terima walaupun memang memerlukannya, bagaimana dan bagaimana.

Aku terus makan tapi tak selazat tadi sambil mata masih mencuri-curi pandang kepada mereka. Tiba-tiba "Adik dah taknak lagi bihun ni kan, bagi abang ye" aduhai tersentap sekejap denyut jantungku ni. Luluh hatiku melihat siabang makan baki bihun yang dah tak seberapa. Telahan ku ternyata benar.

Alangkah baiknya kalau tadi aku tidak banyak membuang masa berdolak-dalik dengan perasaan sendiri, alangkah baiknya kalau aku terus saja membeli dan menyerahkan kepada mereka. Tentu aku akan merasa amat gembira melihat siabang menyuap bihun itu dengan lahap, hatinya suka. Tak kisahlah kalau mereka tak terima sekurang-kurangnya aku telah melepaskan beban perasaan ku ini. Namun kerana kedangkalanku sendiri bayangan mereka terus menghantui. Mudah-mudahan aku akan diketemukan dengan mereka semula supaya aku tidak teragak-agak lagi berbuat kebajikan. Semoga Allah mengampunkan aku.

11 comments:

terokai seni said...

bihun tomyam pun sedap juga...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Fikir baik jer bahawa jika mereka beli 3 mangkok sudah tentu membazirkan sahaja jika tidak habis.

en_me said...

sodapnyerr tomyamm makk.. ehehe

noorlara said...

cemomoi,
makan apapun sedap kalau hati sedang suka

noorlara said...

Abd razak,
Pandai awak memujuk hati saya. Tapi tak mungkin...

noorlara said...

en_me,
itu bukan tomyamlah, bihun kari ma

mamai said...

lapar la mau makan jap...apa khabar kawan harap kamu sihat

Bioasli said...
This comment has been removed by the author.
Semut Api said...

niat yg baik pun dah dapat sedekah kan...

zedmagel said...

Salam Noorlara,

Memang sedap mee hoon kari,
makan duduk jangan berdiri.

Seperti puan, saya mengalami sebuah kisah sebegini,cari paling elok memberi tanpa menyinggung perasaan sesiapa, berikan pujian kepada kanak-kanak sekadar menyapa, lalu meninggalkan beberapa note ikut kemampuan sebagai alasan, kita suka kepada telatah mereka....

Perkara sebegini sering saya lakukan, ianya saya lihat sangat berhasil.....

noorlara said...

mamai, semutapi dan zedmagel,

Terima kasih atas keperihatinan dan saranan