Thursday, February 26, 2009

Keajaiban - kalau sudah begitu kehendakNYA


above is 6th photo of 6th photo folder of my photos folder. Begitulah arahan tag yang lara terima dari chekdenoor. Gambar diambil pada 12 Januari 2009 (Isnin)

Cincin tu lara beli dengan wang yang A beri sempena ulangtahun perkahwinan. Tanpa diduga ia hilang sehari sebelum Eidul Fitr tahun 2006. Jenuh mencari di rumah, dalam kereta dan di pejabat. Tidak sedikit peristiwa kehilanganye menjejaskan ketenteraman jiwa. Sedih dan musykil sebab lara tidak pernah cuai menyimpannye dengan barang kemas yang lain setiap kali selepas menanggalkannya dalam beg tangan. Lara terpaksa menerima hakikat bahawa cincin itu telah tiada namun sentiasa berdoa agar akan menemukannya semula. Berharap dan merayu dengan bersungguh-sungguh kepadaNYA.

9 Januari 2009 petang selepas lebih dari dua tahun semasa mengambil lara balik dari pejabat A telah menyerahkan cincin itu dengan jangkaan lara akan terjerit dan melonjak kegembiraan, anihnya lara cool tapi tetap bersyukur kepadaNYA, Amat amat bersyukur. Sejak cincin itu telah ditemui sampailah sekarang lara masih tercari-cari jawapan bagaimana cincin yang lara simpan dalam uncang kecil berwarna hitam itu ada di dalam tempan menyimpan barang kereta Cyron tu sebab dah berulang kali sebaik saja kehilangan disedari seluruh ruang kereta digeledah. Kemusykilan kedua adalah sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya lara dengan sengaja mencampakkan cincin tersebut ke situ malah kalau cincin suasa sekalipun tetap akan lara simpan dengan baik. Lagipun kereta itu telah banyak kali diservis. Jawapannya hanya Allah SWT yang maha mengetahui.

Justeru

jangan mudah berputus asa
sebab putus asa akan menyebabkan kita berhenti berdoa.
bila berhenti berdoa
tiada apa yang dipohon
bila tiada apa yang dipohon
maka tiada apa yang akan diberi


Lahaulawalaquwataillabillah

Saturday, February 21, 2009

Sepetang di Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Sabtu lepas 21 Februari aku dan teman-teman sepejabat meluangkan masa bersantai di tapak perkelahan terkenal Ulu Kenas di Manong dalam daerah Kuala Kangsar yang jauhnya kurang lebih 60 kilometer dari bandaraya Ipoh. Cuaca yang panas menambah keindahan persekitaran. Air sungai mengalir jernih dengan irama alam mendamaikan dikelilingi flora dan fauna yang melengkapkan sebuah landskap rimba yang mempesonakan.

Lorong masuk ke tapak perkelahan


jemputlah ke sini pada hujung minggu

sempat bergambar sebelum sarapan pagi




habiske makan berdua tu

amboi makan sampai tak nampak orang

pasangan suamisteri dan nak teruna mereka yang memang pakar dalam hal panggang memanggang



nampak gaye kite kena abiskan juga panggang ikan-ikan ni, nampak tak bang dua orang mandor pompuan tengah dok perati tu


Taukeh ayam panggang yang pakai baju hijau tu



Banyaknye makanan, sat gi makan second round lak


jemput makan sama, sedap ni tapi ambil kat meja tu, yang ni kami punya


Dah penat memanggang tadi, nak makan le pulak



kalau hari-hari dapat makan kat tepi sungai ni tentu best kan!


berendam dalam air sungai yang sejuk dan jernih memang mengasyikkan


apa tengok-tengok, bayar dulu baru boleh lalu


mak ooi ramainye orang, mana datang kita tak ajakpun!

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX















Datang jangan tak datang, menikmati keindahan khazanah alam warisan generasi. Ingat!!!!

Thursday, February 19, 2009

Ambillah waktu


Ambillah waktu
untuk berfikir, itulah sumber kekuatan
untuk bermain, itulah rahsia dari masa muda yang abadi
untuk berdoa, itulah sumber ketenangan
untuk belajar, itulah sumber kebijaksanaan
untuk mencintai dan dicintai, itulah keistimewaan anugerah tuhan
untuk bersahabat, itulah jalan menuju kebahagiaan
untuk tertawa, itulah irama yang menggetarkan jiwa
untuk memberi, itulah membuat hidup berarti
untuk bekerja, itulah nilai keberhasilan
untuk beramal, itu kunci pintu surga

ihsan dari Mya (siti jamiah@compact.com.my)
dengan sedikit pindaan %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%



Cantik dah nampak gah
kagum dan terpesona


Namun dapatkah keterampilan yang hebat menyangkal masa silam yang jelek

Wednesday, February 18, 2009

Selesai dahh


03 Februari 2009 (Selasa) lalu adalah Ualangtahun Jubli Perak Ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Mudah-mudahan sambutan itu telah memberi kekuatan kepada baginda untuk menjadi raja pemerintah yang lebih adil dan saksama kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.


Aku dan A diberi tanggungjawab untuk menjadi Pegawai pengiring kepada TYT Pulau Pinang dan isteri. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami telah melaksanakan tugas sebaik mungkin apatahlagi dengan perilaku TYT Tun dan Toh Puan yang amat merendah diri, mesra dan tidak cerewet itu amat membantu kami menjalankan tanggungjawab dengn lebih selesa tanpa sebarang tekanan.


















Alangkah asyiknya aku memerhatikan ikan-ikan koi yang berenang sesama sendiri dengan gerak badan yang gemalai tapi bebas dan gembira, yang anihnya walaupun ikan-ikan itu berpuluh-puluh ekor banyaknya dan bergerak dalam berkumpulan tidak sekalipun aku nampak mereka terlanggar sesama sendiri kerana sentiasa memberi laluan . Bayangkan kalau manusia sedunia saling menghormati dan bertolak ansur, sudah tentu kehidupan sejagat akan sentiasa sejahtera dan bahagia.

Thursday, February 05, 2009

Kalut kusut


Semalam petang terpaksa buat U turn kat depan bangunan PerakDarul Ridzuan, pejabat SUK sebab pihak polis dah mula berkawal dan menutup beberapa jalan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Sementelah bermastautin dan bekerja di Perak ni maka tak banyak sedikit terkenale juga dengan hawa bahang pergolakan politik di sini tapi sebagai anggota kerjaan negeri maka jawapannya berkecualile. Berdoa pohon yang terbaik untuk negeri Perak Darul Ridzuan. Allah Azzawajallah maha tahu apa yang dirancangnya. Apapun keadaan masih amat terkawal dan tenang aje



Tiga buah lori penuh dengan anggota Polis Simpanan Persekutuan dikerah berjaga-jaga ditepi pejabat SUK Perak semalam petang dan hari ini


************************************************************************************


Kreativiti yang hebat akan memberi roh kepada ciptaan, indah dipandang mendamaikan perasaan. kalau kita menggunakan keupayaan minda untuk kebahagiaan sejagat maka bahagia itu juga milik kita





Jangkauan minda yang jauh akan menghasilkan rekaan diluar jangkaan. Siapa sangka pangkal daun bawang yang biasanya dibuang muncul sebagai objek yang comel lagi menghiburkan.

Justeru kalau akal bisa di"exploit" untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kenapa mesti digunakan untuk merosakkan kehidupan dan peradaban

Thursday, January 29, 2009

Selamat pagi...


Alhamdulillah
Aku masih bisa bangun pagi
mengintai mentari
menyiapkan diri
memakmurkan hari

Pagi nan barakah
dengan izinMU aku masih bernyawa
dengan semangat aku melangkah
melaksanakan kerja
untuk pahala dan redha
Ya ALLAH AZZAWAJALLAH

Thursday, January 22, 2009

Hanya Dia yang tahu


Aku minta kepada tuhan setangkai bunga segar
ia beri kaktus berduri
aku minta kupu-kupu diberinya ulat berbulu
aku sedih dan kecewa
kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat bulu menjadi kupu-kupu yang amat cantik
itulah jalan tuhan, indah pada masanya
tidak memberi apa yang kita harapkan
tetapi ia memberi apa yang kita perlukan
kadangkala kita sedih dan kecewa
sebenarnya Allah sedang mengatur
yang terbaik untuk kehidupan kita


















Sumber: sms dari Ramlah yang belajar dari kedukaan masa lalu

Tuesday, January 20, 2009

Tangisan


Pernahkah anda dilanda kedukaan yang bersangatan, hati rawan jiwa parah hinggakan anda merasa kehidupan ini tiada erti. kelukaan itu membuat anda lupakan diri, tiada karua, resah gelisah, tersekat keinginan dan hilang selera. Tangisan demi tangisan tak tertahankan. Alangkah sedihnya kalbu nan lara!

Siapakah yang datang menghulur tangan menyeka airmata, siapakah yang hadir memberi kata peransang, nasihat dan pujukan.

Kepada siapakah anda berserah diri. mengadu untung dan merayu memohon pertolongan agar dilepaskan dari dugaan.

Monday, January 19, 2009

Ngomel

Sayang punye pasal pokok dalam pasu tu jahanampun tak pe, alangkah hebatnya pengangan kasihsayang, bisa membutakan mata dan menjejas pertimbangan


Untung juga jadi kucing bebas nak tidur di mana saja tiada sape peduli tiada sape melarang sebab kucing hidup tak dikekang oleh undang-undang dunia maupun agama
kalau hati senang tidur di mana saja hatta berbantalkan lengan tetap lena
nampaknya peribahasa seperti anjing dengan kucing sudah tak relevan lagi

Friday, January 16, 2009

Cermin diri

Dapatkah dibayangkan apa akan jadi kepada kita kaum hawa kalau tiada cermin di dunia















Jangan terpedaya apa yang kita lihat di cermin












Ya Allah Ya Tuhanku kau perelokkanlah akhlakku sebagaimana kau perelokkan kejadianku. Amiiiin

Wednesday, January 14, 2009

Kalau makan........





Aduhai kalau tak kecur melihat hidangan ni tak taulah nak cakap mungkin something wrong with your urat selera. Tapi kalau makan jangan lupa baca cuci tangan, guna tangan kanan, baca basmallah, makan dengan tenang kunyah lambat-lambat biar hancur sempurna makanan tu agar perut tak seksa nak menghadhamkannya. jangan bercakap masa waktu makan, jangan berebut, jangan minum air banyak nanti kembang usus, jangan............... jangan..........Itulah pesan datuk nenek, mak dan ayah masa kita kecil dulu. Apakah kita masih mengamalkannya atau we just don't care! The best part is we are repeating the same dialogue to our children.

Tuesday, January 13, 2009

Kekadang

Kekadang aku ingin bersendiri berada di puncak gunung melihat dari kejauhan maha hebat ciptaanMU








atau bersunyi-sunyi di tengah belantara mendengar merdunya deru air nan mengalir seakan berzikir kepadaMU

dan menyusuri pantaiMU yang luas terbentang waktu bulan mengambang bagai limpahan kasihMU yang tak pernah berkurang.