
Petang tu dalam perjalanan balik dari Johor Bahru ke Ipoh di KLIA aku duduk disebelah seorang kakak, sementara menunggu kapalterbang sampai kami sempat bersembang sumbang:
Aku:      Assalamualaikum (sambil bersalaman dan terus duduk    
          disebelahnya)
Kakak tu: Waalaikumussalam, dari mana ni nak balik Ipoh  jugak ke?
          (Nampaknya dia ni over d peramah le pulak)
Aku:      Ye, saya dari Johor Bahru ada kerja kat sana, sorang je, 
          akak sorang jugak ke ni
Kakak tu: Erm sorang jugak, ade laki pun tak guna, hidup 
          sorang lagik bagus tak sakit hati tak pening kepala
          (Alahai akak tu dah bukak story dia le pulak, aku tanye 
          sejengkal dia jawab bermeter-meter, aku renung wajah dia
          dengan penuh tanda tanya)
          Adik nak tau adeke patut dia nikah senyap-senyap ngan 
          budak pompuan Indon yang kerja kat kedai makan kami tu, 
          budak tu pun tak sedar dia, akak yg pungut dia masa dia 
          merempat top-top dia kebas laki akak, akak lansung tak 
          sangka laki akak sanggup buat macam tu. (kakak tu terus 
          mengomel tanpa dapat aku mencelah dan memang aku lebih 
          suka mendengar saja)
Aku:      Sekarang ni mana suami akak tu (Aku bertanya dan  
          simpati mula bertapak di hati)
kakak tu: Kami dah cerai dah dekat setahun, pasal apa lak akak 
          nak bodohkan diri makan hati, lagipun kedai tu akak yg 
          punya, akak dah jualkan, anak-anak pun dah beso 
          panjang, sekarang akak meniaga kain kongsi ngan kawan 
          kat Kuantan (kakak tu terus bercerita tanpa diminta)
          Engko kalau dah kawin jangan harus percaya habis kat 
          laki ko tu, orangg lelaki ni tak pernah nye nak 
          bersyukur dengan satu isteri, makan minum kita bagi pun 
          masih nak menggatal tak sedar diri (kakak tu menyambung 
          dengan nada marah dan meluat dan aku terkulat-kulat 
          sambil mengiakannya)
Perbualan terhenti di situ bila panggilan untuk menaiki kapalterbang bergema diudara, kami bersalaman lagi dan berpisah.
Ini adalah peristiwa benar yang aku alami, lihatlah betapa tekanan jiwa menyebabkan kakat tu melakukan sesuatu tanpa sedar iaitu memberitahu siapa saja yang dia temui demi meluahkan gejolak di hatinya.  Dari kejauhan aku dapat merasakan kesedihan dan kedukaan yang ditanggungnya walaupun dia nampak ceria akan tetapi butir bicaranya memberitahu yang dia tak ok. Hatinya amat terluka dan terkilan.
Pada sahabat yang bernama lelaki dan bergelar suami, ambillah iktibar, jadilah suami yang terbaik, isteri anda mungkin bukan yang terbaik namun andalah yang bertanggungjawab mencorakkannya mengikut kehendak anda berlandaskan kepada hukum islam yang sempurna. Jadilah payung emas kepada isteri di dunia ini bukan sibuk nak mencarikan payung emas untuk mereka di akhirat. Cinta terlarang memanglah mengasyikkan tapi risikonya bukan saja kepada kehidupan sendiri tapi anak-anak dan isteri.  Macam mencabut paku di papan, walaubagaimana anda cuba memperbaiki papan itu semula namun ia tak akan kembali seperti asal untuk selamanya.