Friday, July 15, 2005

Di mana ada kemahuan ....



Benarlah kata orang tetua "Manakan dapat sagunya kalau tidak dipecahkan ruyung:. Semalam aku benar-benar mengerah otak dan keringat untuk memperbaiki setting blogs ku ini, cemburu le juga bila lihat blog adik,kakak dan abang bermacam-macam rupa dan ragam, naik geram dan seram pun ada.

Alhamdulillah setelah menemui berpuluh-puluh kesilapan dan membuat pembetulan tanpa rasa jemu maka dapatlah aku menambah "links" dan "counter" dalam blog ini walaupun masih amat minima tapi sekurang-kurangnya dah ada peningkatan.

Dan betullah sekali lagi kata orang tetua bahawa dimana ada kemahuan di situ sentiasa ada jalan. Betulle jugak pendapat ahli sains dan cerdikpandai bahawa kebanyakan kita hanya menggunakan sedikit saja dari keupayaan dan potensi otak. Kita masih malas untuk mengerah otak untuk melakar dan mencipta sesuatu yang hebat.

4 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

salam kenal, semoga semangat ingin menulis itu akan terus kekal,,teruskan menulis..selamat datang ke dunia blog.kalau ada apa apa nk tanya jangan segan..

Semut Api said...

Noor,
bila nak buat shoutbox & link kwn2..bole kita xchange link...

noorlara said...

Terima kasih tiara atas sokongan dan semangat yang diberikan. Sure banyak mende yg nak ditanyakan nanti. Muuahhhh, sayang hawakk

dan buat Deanz nantilah pelan pelan ma tu yg ko
cakap shoutbox dan link ngan kekwang, aku tengah nak fahamkan dulu.Ko faham-fahamkan ajelah aku ni kuli kejaan gaks ada masa sibuk bukan main ade masa boleh goyang kaki sampei ke sore, apapun galakan ko tu amat ku dambarkan ahaks

jed1 said...

di mana ada kemahuan di situ ada jalan...sekarang jalan pun dah ada highway hehehe boleh speed up tu tapi kena berhati-hati ngan speed trap dan kena bayar tol :D