Monday, August 14, 2006

Meneroka Kota Samarkand


Tanggal 25 Mac 2006 Sabtu

Gerbang Xush Kelibsiz atau Selamat Datang menyambut kami masuk ke kota Samarkand. Justeru hari sudah menjelang senja maka kami terus "check in" ke "Hotel Afrosiyob Palace".


Hotel Afrosiyob Palace"


Pandangan kota Samarkand dari sebelah kiri pintu masuk hotel



Lepas sarapan pagi kami menaiki bas ke lokasi lawatan yang terletak begitu hampir dengan Hotel Afrosiyob iaitu Makam Gur Amir cucu kepada Temerlain yang dibina sekitar Abad XIV - XV. Pada dasarnya reka bentuk binaan bangunan tinggalan silam di sini lebihkurang saja dari segi fizikal dan bahan yang digunakan begitu juga tona warna marmarnya yang rata-rata lebih suka menggunakan warna biru firus.

Anggota rombongan bergambar didepan Makam Gur Emir


Kubah bangunan Makam Gur Emir yang dikatakan mempunyai 63 lekukan mengambil sempena usia Nabi Muhammad S.A.W


Bahagian dalam makam yang diperbuat dari marmar bersadur emas tulin dan di belakang kami adalah Makam Gur Emir. Warna keemasan melimpah menyinari wajah. Sesuatu yang amat menakjubkan bila memikirkan betapa hebatnya tamaddun silam kaya dengan rekabentuk yg artistik dan mewah.

5 comments:

Semut Api said...

Salam...
jauh merisik calon menantu sampai ke Uzbek ek?

jed1 said...

salam knoor,
sori ler lama x menjengah sini hehehehe harap knoor sihat laa yek.

Best xperience ke uzbek nihh...selalu org kalau nak melancong sure nak europe, nz atau US..tp kalau ke tpt2 mcm ni, middle-east atau far-east pun ok apa.

deanz, bila nak melancong oversea? knoor ni dah smpai uzbek dah :D

noorlara said...

Dean

Setakat calon menantu kat malaysia ni lagi baik, kat sana harap encem jek semayangpun tak reti, naya anak dare haku tu.

noorlara said...

Jed1

Encik hadek le yg sombong bangat tak nak singgah ke sini, sebenonye lepas balik Uzbek hakak ke Australia pehtu ke Medan, Indonesia..... walau apapun bumi ini juga yg bertuah dan sejahtera. Hujan emas tempat org lebih baik hujan emas tempat sendiri (macam tak kene jek hihihi)

Abd Razak said...

Amazing tempat ni...kalau tak silap saya pun duduk menginap di hotel tu