Wednesday, February 07, 2007

Sayur Turi



Tanpa disedari aku tersebut mengenai keenakan menjamu selera dengan Sayur Turi Masak Lemak Keledek. Bila dak Noush anak Melayu made in London tu bertanya semula apakah dia sayur turi tu, aku terfikir bahawa mungkin bukan Noush saja yang tak mengenal Turi atau Geti tu malah entah-entah ramai lagi anak melayu yang lahir dan membesar di bumi Malaysia ni tak juga mengenalnya.





Bukan masalah besar sebenarnya kalau tak kenal rupa dan rasa sayuran apalagi pokok-pokok herba warisan nenek moyang tu justeru kita susah terlalu memanjakan tekak dengan hidangan sayuran luar negara yang kunun dianggap berstatus tinggi kerana ia makanan orang putih, hahahaha. Hakikatnya ada banyak sungguh sayuran yang tumbuh di dunia sebelah sini yang enak dan berkhasiat dimasak apatah lagi dimakan begitu saja.



Noush, untuk menambah pengetahuan sayur turi tu diambil dari pokoknya yg agak tinggi, daunnya macam daun kari dengan bau yang agak kuat, biasanya diambil daun yang masih lembut, dipisahkan dari tangkainya atau disimpul supaya mudah dimakan. Nampaknya tiada gambarnya yang jelas kecuali gambar di atas yang pertama tu.
Rata-rata sayur turi dimasak lemak keledek dengan udang kering atau ikan bilis. Ada juga yang masak asam rebus, bubuh air asam jawa, cili kering, ikan bilis dan garam secukup rasa. Rasanya yang sedikit pahit kekadang tidak disenangi tapi kalau selalu dicuba yang pahit tulah yang menambah selera. Turi juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan tradisional. Pokok turi semakin sukar ditemui walaupun kita pergi ke pedalaman namun sesekali masih boleh dibeli di Pasar tani. Ok Noush kalau tak puas hati kenalah balik Malaysia!

12 comments:

Noushy Syah said...

ERRRR..walaupun dah tunjuk gmabar tu ahaksss..mmg sah xtau, kalau terjumpa pun igt lalang aje muahahhahaha...ntilah blk Ipoh jumpa kak Noor, macakkan utk Noushy n SYah gulai turi dengan keledek manis catu yea kak noor..bole? a'aaa tenyum aje tu bole arr tuh!!Well, kak noor thanks a lot for introducing me more and more abt warisan Msia.I love it..muahhsss, nanti akak buat entry mengenai sesuatu yang kian pupus tapi maish ade umpphhhh kat sana yea?:)

kakLuna said...

hmmm...pokoknya tinggi?

ku fikir2 tadi nama lain bagi daun asin2 (sbb buleh masak lemak keledek juga)

huwaaa..napa aku taktau nih???aku pon dok mesia gak...

noorlara said...

noush,
apa nak masak untuk noush, ello hadek somey ooi mana aci, noush yg kena masak sendirik, hihihi. Mai le balik Malaysia, mai leee banyak mende lagik yg noush kena blajau

noorlara said...

Luna,

Sayur asin atau sayur manis is abaout the same ngan turi kecuali dari segi rasanya yg jauh berbeza, sayur turi pahit skit sedangkan sayur asin lebih lemak dam mudah didapati merata market atau kedai makan di sini

Semut Api said...

Salamm...

lama tak dengaq habaq...
aku rasa mcm nak jadi vegeterian pulak... :D

Masy said...

mana kak noor ni.. sampai ilang msgbox dia huhuhu~

admin said...

kak noor...
cantek.... blog baru...

rindu kat kat noor.... jenjalan eh g blog ita....

admin said...

kak noor...

g mana nie... senyap jer.. sehat tak? emm.. ita baru balik dari sg petani, pastu sempat singgah pp jap... harap akak sehat k... :-)

Noushy Syah said...

Salam KAK Noor...it's april27th. 2 mos after your last entry...Kak Noor bz atau bercuti? Tagboard pun dha xde...windu dgn kak Noor..harap2 sehat sejahtera yea kak noor...xooxoxo

Intan and The Boys said...

salam perkenalan..

sayur turi sedap sangat! saya suka..buat masak lomak sayur turi ni..nyum, nyum! sila lah singgah ke blog saya ye! :)

Unknown said...

Noorlara...OD pun tak tahu... huhu... betapa malunya aku! Nampak cam ceaser salad je!

nietty said...

dimna kita leh dapt sayur turi ni at sabah yea..nak beli pokoknya yg mc kecil laa tuk buat sample 4 extension work...plz kak noor gtau....heee