Wednesday, September 19, 2007

"Tian An Men Square"

Hari kedua di Beijing dimurnikan dengan solat suboh jam 4.25 pagi, suatu pengalaman yang baru justeru kalau di Malaysia saat begini masih dibuai mimpi sedangkan di sini alam sekeliling telah cerah seakan jam 7.00 pagi. Memandangkan jadual lawatan bermula jam 8.30 pagi waktu tempatan, setelah menikmati keajaiban kekuasaan Allah aku menyambung tidur semula.

Sarapan di hotel bertaraf **** itu sungguh mendukacitakan kerana tidak menyediakan makanan halal. Penyudahnya aku hanya menjamah dua butir telur masak dan secawan teh panas yang dicatu. Hotel milik pemerintah komunis katakan, sabar sajalah jawabnya.
Tepat jam 8.30 kami bertolak ke "Tian An Men Square" (City Square) yang didakwa sebagai dataran yang terluas didunia. Oleh kerana jumlah pelancong yang sememangnya amat ramai kami terpaksa menapak kurang lebih satu kilometer dari tempat kami diturunkan untuk ke sana. Setelah melalui terowong bawah tanah kami membelah cuaca pagi yang cerah, nyaman tapi agak berjerubu menuju destinasi.


Laluan pejalan kaki menghala ke "Tian An Men Square"


Dikatakan hampir setiaphari beginilah ramainya pelancong yang datang ke sana

Lihatlah betapa luasnya dataran ini pandangan menghala ke "Forbidden City"
Tugu peringatan yang dibina untuk memperingati peristiwa berdarah di "Tian An Men Square" dan tanpa dijangka kini menjadi antara tarikan kepada pelancong seluruh dunia ke Beijing


Pandangan dari tengah dataran

5 comments:

Noushy Syah said...

Alaaaa makanan tak halal ke dic2 Kak Noor..tak besh arr camtuh..ishkkk,

Tapi pelancung memang ramai yea Kak Noor?

Kemat said...

medan Tian An Men tu tempat student2 wat demonstrasi dulu kan, yang ader kes kene rempuh ngan askar ramai2...

noorlara said...

noush, ikutilah nanti siri selanjunta fasal lawatan ke Cina sebab siapapun pemandu pelancong kita program lawatan tetap sama, banyak petua dan tips yg berguna mana le tahu esok-esok noush akan ke sana

noorlara said...

Kemat,

betul tu, tunggu tu pun untuk memperingati student-student yg terkorban!

noorlara said...

ish ish tugu le kemat bukan tunggu, kah kah kah,
anyway salam kenal