Tuesday, September 02, 2008
Ramadhan yang santai
Alhamdilillah, lip lap lip lap tak terasa sudah tiga hari Ramadhan mendampingi kita. Nampaknya bulan puasa tahun ini amat santai. Cuaca yang nyaman tidak terlalu panas dan hujan hampir setiap petang menyebabkan letih dan lapar tidak begitu terasa.
Apatah lagi kelonggaran bagi kakitangan kerajaan balik awal setengah jam dari biasa menambah seronoknya menjalani ibadat puasa tahun ini. Satu yang herannya ialah kenaikan harga makanan tidak mengurangkan pengunjung di Pasar Ramadhan. Apapun tiada yang lebih sedap dari juadah yang dimasak sendiri bukan saja murah, sedap malah terjamin kebersihan dan kualiti bahannya.
Ramadhan! bulan penuh barakah dan bulan kembali kepada diri!
ermmm nak rehatkan badan sat ..................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sy balik awal sejam. heheh. tp skang ni tgh panas berdentang kat luar, ptg kang ujanlah tu ;)
slmt bpose dan berbuka ptg kang ek kak :)
lagi hebat baik awal sejam, tu sempatlah tidur 2 jam kan kan kan masy!
Selamat berbuka puasa...makan limau je ke?
Salam
...dgn ingatan tulus ikhlas, selamat hari raya. maaf zahir batin.
Post a Comment