Thursday, October 23, 2008
Harga sebuah senyuman
Kekadang tu aku hairan kenapa kebanyakan kita hanya akan senyum kepada mereka yang kita kenal saja. Hari-hari aku bertembung dengan ramai orang sama ada dalam perjalanan dari parkir ke pejabat maupun di dalam lif. Jarang sekali dari mereka yang memberi salam ataupun senyum terlebih dahulu, agak pelik dan menjengkilkan. Apapun aku tak kisah, aku akan senyum dan sentiasa memberi salam sesama islam atau ucapan sejahtera kepada bangsa lain selain cuba bertanya itu ini tanpa batasan tempat dan masa. Ada juga yang hairan bin ajaib dengan keramahanku, aku buat derk je yang penting kawanku bertambah dan aku dapat memulakan hariku dengan suasana yang ceria.
Dan kini keadaan berubah kerana kebanyakan mereka itu akan terus tersenyum bila kami terserempak, itulah harga sebuah senyum pertama yang ku lemparkan telah terbalas dengan senyuman-senyuman manis di awal pagi yang murni dan tika sore menjemput pulang!
Justeru senyumlah kerana senyuman kita pasti sedikit sebanyak membuatkan orang lain bahagia. Senyumlah selalu kerana ia indah, senyumlah kerana ia percuma dan senyumlah kerana senyum itu sedekah! Tapi ingat jangan sebarang senyum nanti ............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment