Sunday, November 02, 2008

Melurku



Aku ada menanam dua pasu pokok bunga melur sejak beberapa tahun yang lalu. Tidak seperti pokok kesidang, kenanga dan cempaka, menjaga pokok melur agak remeh, manja yang amat. Kalau aku tidak menjenguk, membelai daunnya sekurang-kurangnya sekali seminggu habislah daun-daun dan pucuknya dimakan ulat rama-rama. Aku agak daunnya lemak berkrim tu le pasal rama-rama suka bertelur padanya.

Sejak dua minggu lalu aku semburkan malation keseluruhan pokok itu. Hasilnya daun tumbuh menghijau tanpa cacat cela dan kelihatan kudup-kudup bunga baru malu-malu mahu mengembang. Alangkah indahnya.

Kenapalah akau tidak bertindak sedemikian sejak hari pertama aku membawanya pulang. Aku telah membuang masa bertahun-tahun untuk menyingkirkan daun-daun yg dimnakan ulat dan sesekali cuma saja dapat mencium harum ramah bau bunganya.

Akan tetapi walaupun dalam beberapa hari lagi semua kuncup bunga melur itu akan mengembang dengan cantiknya tetapi sayang seribu kali sayang keharumannya dah tercemar dengan bau malation yang meloyakan.

Nampaknya aku tiada pilihan lain, untuk menikmati keindahan kembang melur aku harus mengetepikan soal keharumannya. Persoalannya apalah gunanya kalau sekadar cantik dipandang saja... sedangkan yang meruntun hatiku ketika membawa pulangnya dulu adalah pesona wanginya.

4 comments:

ze said...

salam noor...

di kg ada pk kenanga yg tak penah putus bunganya, arwah mak suka sangat menyelitkannya dirambut yg disanggul kemas...

sy rindukan wangi bunga itu di sanggul mak hingga kini...

Masy said...

salam kak.. pasni x payah ciumlah ehehe

noorlara said...

sepi,
nampaknya arwah ibu awak sgt bijak memilih bunga kerana selain dari harumnya yg berkekalan sehingga layu, kenanga juga sentiasa berbunga sepanjang tahun serta mudah diurus. Apa kata awak tanamkan sepohon kenanga di pusara beliau. Semoga roh ibu awak selamanya dalam rahmat Allah SWT

noorlara said...

masy hakak tengah fikir camna nak syiom bunga melur tu tanpa memudaratkan idong hakak yg separuh mancung ni, ermmmm