Wednesday, December 10, 2008
Hakikat kejadian
Kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa meninggalkan kesan yang impak yang pelbagai. Mereka yang diduga sedemikian rupa dengan kehilangan harta benda dan ahli keluarga dalam sekelip mata tentulah amat bersedih. Manakan tidak rumah yang dibina dengan hasil titik peluh bertahun-tahun, direka sedemian indah tersergam nilai berjuta dengan peralatan yang bukan sedikit dan mahal-mahal, kenderaan dan paling menyayat hati perginya insan tersayang buat selamanya. Mungkin setengah dari kita akan berkata "ah biarkan orang kaya esok lusa boleh buat rumah lebih besar dan hebat" namun hakikatnya membina yang baru tidak sama dengan yang hilang, mahligai yang menyimpan bersama sejarah sukaduka kehidupan mereka sekeluarga. Kalau kita tidak perlu membantu dari segi material sekurang-kurangnya berilah sokongan moral dan doa agar mereka yang terlibat akan segera beroleh keselesaan dan pulih dari trauma yang menakutkan itu.
Bencana yang diturunkan adalah sebagai peringatan bahawa suatu hari bernama kiamat segala yang kita kasih, cinta dan sayang, kepunyaan kita yang indah menawan, mempersona dan seringkali melekakan akan hancur lebur dan ranap sama skali. Itulah ketentuan dan perancangan Allah SWT yang penuh misteri yang wajib diimani malah kejadian bencana alam di serata dunia jelas memberitahu kita bahawa kiamat itu adalah benar dan akan berlaku cuma masanya saja kita tak akan tahu. Apa saja harta kepunyaan kita, tanah, rumah, emas berlian, suami, isteri anak-anak dan kaum keluarga, pangkat, gelaran dan kedudukan semuanya adalah pinjaman semata-mata. Adat meminjam maka kenalah memulangkannya semula bila sampai waktu. Maka alasan apakah yang ada untuk kita mendabik dada berlaku sombong, riak dan takbur sesama insan. Kita bukan siapa-siapa melainkan hamba Allah SWT yang dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar berlandaskan Alquran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Dari Allah kita datang kepadanya jugalah kita kembali.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam,
semuanya dugaan Allah. Tentu ada hikmahnya...
benar tu Al tapi kita selalu lupa tentang hakikat yang telah tersurat dalam Alquran bahawa Dia tidak akan memberi dugaan melainkan yang memang dalam kemampuan kita menempuhinya. Seringkali bila hitam kita katakan kotor sedangkan tidak semua yang putih itu bersih
Salam...
dugaan tak kenal siapa
tua muda kaya raya pape kedana
beringatlah sebelum kena
segala ada hikmah disebaliknya
haruslah kita bersiap sedia
yang wajib harus dilaksana
hak harus dipelihara
Allah hanya menduga pada hambanya
yang kuat dan bersemangat waja
harta boleh dicari semula
nyawa paling berharga
walau yang baru tak sama yang lama
akak noorlara.... haii, saya dah mai sini...heheheh, mana teh o ais ais baby? ada tak? ahaks
naz,
kalau yang lama sama ngan baru tentule takde lelaki yg nak kawin baru!
laaa demand le plak maksu ni, mintak mahap ye untuk kesejahteraan perut tu nak amik je segelas susu lembu suam yg baru diperah penuh khasiat terutama kalsium baik untuk gigi
nooralara.....
Allah maha tahu...point mana pilihannyer.......so..... semuanyer ini sudah tersirat dan tersurat.........
chekde nak balek hari ini...... home sweettt home........ ukhuss...... nak tido atas katil chekdeeeeeeee
chekdenoor,
selamat bertidor le atas katil tu jgn tidur berdua kang tak sempat mimpi hahahaha
Post a Comment