Wednesday, December 10, 2008
Pengorbanan
Aku tidak menyambut kedatangan Eidul Adha sepertimana tahun-tahun lepas sebab tak semena-mena demam sehari sebelumnya dan melarat hingga saat ini. Jadi aku hanya terperap di rumah tapi tetap menediakan rendang dan sambal ayam dengan nasi impit kesukaan A dan ML.
Terkenang aku cerita seorang nenek yang tidak punya apa-apa tetapi hampir setiap tahun melakukan korban walupun satu dari tujuh bahagian seekor lembu demi menyahut tuntutan agama. Beliau menyimpan setiap hari seringgit sehingga genap RM300.00 atau lebih sedikit (Mengikut harga seekor lembu dibahagi kepada tujuh) memastikan bahawa beliau dapat melakukan ibadah korban tahun demi tahun. Terharunya aku, sedangkan kita yang punya segala dengan rezeki yang melimpahruah masih teragak-agak untuk mengeluarkan sekelumit dari pendapatan untuk tujuan tersebut. Ditahap manakah iman kita berbanding dengan nenek itu.
Jom! sehari seringgit nanti Eidul Adha tahun depan kita korban satu bahagian lembu, Insyaallah! Kalau lebih atau seekor lagi hebat dan berkat. Memang bukan mudah nak berkorban tapi tiada alasan untuk berkata tidak kalau iman menjadi sandaran, tak gitu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
..
Tahun ni naik skit la harga share utk sekor lembu.
*Aduuu... banyak makan daging la musim2 haji nih...
Encik hadek debikdebuk,
ooit, minyak dah turunpun harga lembu naik jugak ke? Sape suruh makan bebanyak, buat serundung boleh simpan setahun, hahaha
Post a Comment