Monday, December 22, 2008
Perjalanan
Semalam Ahad tanggal 21 Disember 2003 pepagi kami dah bertolak ke Lapangan Terbang bayan Lepas Pulau Pinang untuk menyambut balik Nabilah sayang dari medan tapi sebelum tu sempat pekena susu lembu segar panas ngan sekeping capati. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan kiri kanan hijau dan subur sejuk mata memandang. Kalaulah perjalanan hidup ini seindah dan selancar memandu di lebuhraya
alangkah...... alangkah....
melalui jembatan Pulau Pinang yang indah gagah tersergam, terasa diri kecil. Sayangnya hadangan di tengah-tengah laluan menghalang pandangan ke Bandar Georgetown
Siksanya kalau pandangan terbatas dan keindahan yang tidak dapat dinikmati
kaum keluarga yang sibuk menunggu ketibaan insan tersayang dari berbagai destinasi.Pemergian ke merata pelusuk dunia walau berhari, minggu atau tahun sampai masanya akan balik juga. Akan tetapi kalau perginya menyambut panggilan ajal betapa sedihnya......... bila penantian tiada akhirnya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
perjalan hidup kita byk melalui bonggol bonggol dan tol tol dan R&R :)
Salam..... wah...chekdee tak pernah minum susu lembu segar..... best ker........
jambatan tu nampak gah..... malaysia memang maju......
Salam,
Perjalanan kehidupan masih jauh, mungkin akan terhenti di tengah jalan tapi jangan kita sendiri yang menghentikannya.
selagi bole jalan, kita jalanlah ye..
tp email akak manee... huhuhu
melaui bonggol-bonggol halangan dan singgah di R&R perlu untuk melepaskan lelah , mengisi perut yg lapar dan membersihdiri agar perjalanan dapat diteruskan dgn lebih selesa dan lancar
hahahhaaa chekdenoor ni macamle baru dok kat Malaysia ni, semua org dah tahu negara kita ni memang maju, bersyukurlah
betul tu cikgu, semoga perjalanan hidup kita semua akan menuju ke destinasi yang terindah, tapi perjalanan itu bisa terhenti bila bila saja tanpa kita sedari!
masy,
sebelum jalan pastikan diri dan kenderaan dalam keadaan terbaik barulah seronok
salam, makasih kak atas kunjungan ke teratak blog hamba ..ehehehe
Yea, people come and people go..but sometimes they go forever..hanya doa mengiringi
Post a Comment