Tuesday, December 30, 2008
Selamat datang tahun 2009
Walaupun sebagai orang Islam kedatangan Tahun Masihi tidaklah sepatutnya disambut sepertimana munculnya tahun baru Hijrah, namun tidak salah mengalukannya asalkan tidak menjadikan ia alasan untuk berpesta-pestaan yang sudah tentu membawa kepada perbuatan maksiat. Setiap kali menjelmanya tahun baru sepatutnya menoleh sebentarlah untuk melihat sejauh mana pencapaian kita pada tahun yang telah ditinggalkan. Apakah telah tercapai cita-cita yang diwarwarkan atau masih tinggal cita-cita. Apakah azam yang diucapkan telah terlaksana dengan tindakan yang bijak dan konsistan. Kalau masih tergantung maka pastikan kedatangan tahun baru tidak disiasiakan sebagaimana kita telah membuang masa selama bertahun-tahun sebelum ini.
Bagi yang telah menjalani tahun terdahulu dengan begitu bergaya dan berjaya diucapan tahniah. Sebenarnya setiap kali masa berlalu seharusnya merasa sedih dan lebih waspada kerana bukan saja usia bertambah akan tetapi fikirkan juga sebanyak manakah persediaan yang telah kita ada untuk menghadapi hari esok. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam dan esok selayaknyalah lebih baik dari hari ini kerana pertambahan usia membuatkan kita semakin matang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
pagi ni jalanraya dah sesak giler, hari isnin nanti lagiii lerrr :(
back to normal
tambah usia....sepatutnyer lebih matang....hehehe...tapi chekdee ni cam terlebih emosi lah pulak...hmmm cam ni tu
salam maal hijrah...
seharusnya kita berasa sedih atas berlalunya masa yang dihabiskan dengan sia-sia tanpa melakukan sesuatu yang lebih bermakna hanya usia menganjak tapi tiada sesuatu yang jelas... moga tahun yang mendatang mengizinkan kita untuk lebih muhasabah diri.
Hello Noorlara, I just cannot recognise KL anymore.
Been away 21 years, balek kampong empat kali and always cannot recognise where I was.
Here's wishing you the very best of 2009.
Have fun, best regards, Lee.
selamat thn baru kak.. email org tu da dpt ke blom? huhuhu
Post a Comment