Monday, December 15, 2008
Taman Herba Perak Darul Ridzuan
Lawatan sambil belajar setengah hari ahli-ahli PUSPANITA ke Taman Herba Negeri Perak yang terletak di Batu 1, Jalan Simpang Pulai - batu gajah, Kampung Kepayang, Gopeng
hari ini telah membuka mata perserta betapa selama ini kami tidak menyedari bahawa selama ini kita memang dikelilingi oleh tumbuhan herba. Dinamakan herba apabila dari akar hingga ke pucuk sesuatu tumbuhan bolehsaja boleh dimakan tetapi juga digunakan untuk tujuan kosmetik, perubatan dan lain-lain.
Taman seluas kurang lebih 54 hekta terdiri dari Laman Perubatan, Laman Aromaterapi, Laman Kosmetik, Laman Rempahratus, Laman Ulaman, Laman Warisan 1 dan Laman Warisan 2
memelihara melebihi dari 580 species tumbuhan herba serba guna. Tumbuhan-tumbuhan itu pula dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:
Herba Permata seperti Mas Cotek, Jerangau, Rempah Padang, Kacip Fatimah, Serai Wangi, Legundi dll,
Herba Ajaib iaitu Tongkat Ali, Henpedu Bumi. Temu, Mengkudu dan Misai Kucing,
Haruman Segar pula Nilam, Kayu Manis, Melur, Kenanga, Melur dan Cempaka dan
Sesedap Rasa terdiri dari Pegaga, Kemangi, Lemgkuas, Cekur, Serai, Kantan, Pudina dan All Spice
Penerangan yang diterima menceritakan hakikat bahawasanya tiada satupun jenis tumbuhan samada yang menjulang ke langit, melilit pokok lain, melata di bumi hatta di dalam air sekalipun yang tidak berguna. Sehinggakan lalang yang menjadi kebencian kitapun rupa-rupanya mempunyai kasiat perubatan kerana hanya dengan mengambil secekak kemudian direbus dengan 2 ke 5 cawan air, bila diminum insyaallah akan membantu mengubati batuk dan demam.
Tumbuhan ini adalah "Haba Neraka" peserta yang sedang hamil dilarang melintasinya kerana ditakuti akan mengakibatkan keguguran. Tidak digalakkan ditanam di rumah kerana dengan melintasinya setiap hari akan menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid. Anak dara dilarang mendekatinya kerana boleh menyebabkan sukar mengandung. Percaya atau tidak terpulang yang jelas ia yang memberi amaran adalah oleh pegawai taman berkenaan bukannya dukun kampungan.
p/s. sempat nyambar pokok Salam, Dada Lipan dan Harum Sundal Malam sebelum balik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
akak, saya minat nak ada taman herba, kat umah sendiri... tapi nth bila ler...?
Salam...
haba neraka... bagaimana nama begitu juga kesannya... tak pernah lihat dan dengar... cuma lalu jer dah memberikan kesan yang tidak baik.
p/s: harum sundal malam nak tanam kat rumah ker..??
Salam.... hari ini Profesor engku aziz ada citer kat MHI.....salah satu cara dia kekal sehat walaupun dah berumur 86 tahun ialah....dia suka makan herba dan rempah ratus.....serta makan bawang mentah (merah dan puteh) setiap hari..........
maksu ooi,
kalau ada minat je tak jadik jugak mesti laksanakan bit by bit, sebulan sepokok lelama banyakle, pegi ke Taman Herba Perak untuk dapatkan benih herba tak mahal RM2.00 jek sepokok
cenggitule naz malah ade bukti yg nyata lagi meyakinkan. Laaa nama dia jek sundal malam tapi bau harum cam hantu pontianak tau hihihihi
cekdenoor,
wahhh maklumat yg amay berguna tapi nak makan bawang putih mentah-mentah yg tak berapa suke dengau niii
Post a Comment