Sunday, January 11, 2009

Palestin oh Palestin




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



Anak-anak Palestin yang mengintai dibalik kemusnahan dinding pagar, tiada siapa tahu apakah mereka masih bernyawa untuk menyambung perjuangan bangsa dan agama.

Seorang teman baik mengirim sms sebagai reaksi kepada artikel blog ini mengenai memboikot barangan yang mempunyai kaitan dengan Amerika dan Israel. Sebenarnya akupun terfikir perkara ini bahawa tidaklah semula aku menaip patah perkataan untuk merealisasikan perjuangan tersebut sebagai tanda bantahan kepada kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Dalam sms ZMA meluahkan pendapatnya:
"Boikot itu wajar tetapi kesian juga ya kat kedai aya, pelanggan tak datang lagi beli pepsi / cola / produk Ayamas kat kedai aya. Pemandu tak lagi ke ke Esso / Mobil kawan aya. risau juga aya kalau anak dare aya yang jadi pengurus kat Ayamas diberhentikan kerja bila bisnis Ayamas merosot.

Sebenarnya apa yang rakyat Malaysia patut buat ialah keluarkan wang mereka dari Citibank dan Bank of America dan boikot terus saja American Express, sanggupkah orang-orang kaya dan bangsa ... berbuat demikian. Satu persoalan.

Aya sokong boikot tapi jangan kacau perniagaan yang rakyat Malaysia dah labur berjuta-juta. Siapa juga yang rugi? Rakyat Malaysia. Mulai dari sekarang kerajaan hentikan impot produk-produk Amerika dan Yahudi dan peniaga sediaada perlahan-lahan buat adjustment . Sanggupkah kerajaan?

Rakan blog kita Uncle Lee dari Kanada pulak menambah:
"I see your point there but just wondering if everyone boycott companies, nobody buys their products, the companies will tutup kedai...Then again, millions of people from farm, related industries, transport industry, suppliers, employees from all works of life in countries all over the world will be affected, lose their jobs including my wife and friends"

Ternyata betapa ekonomi dunia dalam cengkaman Amerika dan Israel. Sedangkan negara Arab sepatutnya menjadi payung tidak dapat berbuat apa-apa inikan pula kita. Berjuanglah kita mengikut kemampuan asalkan perjuangan itu berkekalan bukan mengikut musim.



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

5 comments:

Masy said...

nk tunggu umat Islam bersatu. huhuhuh

Mak Su said...

orang Arab tu tak nak bersatu, masing2 nak naikkan keturunan masing2, mereka tak berpegang tangan demi Islam itu sendiri

noorlara said...

ye lah masy macam nunggu buah tak gugur, tidak sepenuhnya menghayati Al quran dan sunnah nabi tu lah apaseinye tapi kalau budaya dan dakyah dari barat cepat sgtle diikuti

noorlara said...

maksu,
org arab memang dari dulu sampai sekarang kerjanye bergadug, dari segi kelakuan kalau gi tempat diorg memang teruk sikit pangai takde disiplin

www.kedah2u.com said...

Malaysia bila lg ?
Maksiat & Anak Luar Nikah dah makin ramai ...