Tuesday, January 20, 2009

Tangisan


Pernahkah anda dilanda kedukaan yang bersangatan, hati rawan jiwa parah hinggakan anda merasa kehidupan ini tiada erti. kelukaan itu membuat anda lupakan diri, tiada karua, resah gelisah, tersekat keinginan dan hilang selera. Tangisan demi tangisan tak tertahankan. Alangkah sedihnya kalbu nan lara!

Siapakah yang datang menghulur tangan menyeka airmata, siapakah yang hadir memberi kata peransang, nasihat dan pujukan.

Kepada siapakah anda berserah diri. mengadu untung dan merayu memohon pertolongan agar dilepaskan dari dugaan.

5 comments:

Mak Su said...

kak, bila dalam kesedihan dan memerlukan, ada yang bertanya, ada yang lari menjauh :(

naz ilyn said...

salam...

tengah bersedih ker kak... semua orang pernah berduka nestapa... tapi yang menjadi teman setia ada suami tercinta yang ikhlas dan jujur memberi bahu untuk kita bersandar, meminjamkan tangan untuk mengesat air mata dan meminjamkan telinga untuk mendengar keluhan.

p/s: hanya DIA

Abang Long said...

Sujudlah. Memohon kasih dariNYA.

saudagar gaRAM.. said...

Dia tak kemana mana..
kita je yang kekadang lupa bahawa Dia ada..


kan kan kan?
gua insaf jap rasa

chekdenoor said...

Terkadang bila kita sedih....kita ingatkan..kitalah yang paling malang...... tapi....bila kita lihat jauh skit.....wah....ramai lagi yang sedang menghadapi ujian ALLAH yang jauh lebih susah dan sengsara dari kita.......
So
Bersyukurlah selalu.....
Nangis hanyalah sekarang nak bersihkan bola mata.....heheheheh