Monday, March 02, 2009

Pisang oh pisang



Semalam pagi dalam perjalanan ke Jawi, Pulau Pinang kami singgah di kawasan Rawat Rehat Bukit gantang yang terkenal dengan gerai-gerai yang menjual beranika jenis buah-buahan tempatan yang menggamit selera. Sementelah menjadi tabiatku memlakan sarapan dengan buah-buahan jadi aku pohon encik anak yang menjaga gerai tu membahagi dua seikat pisang berangan kerana kalau kami membeli kesemua sudah tentu tidak akan habis dimakan. Apa yang mmeranjatkan kami, dia begitu kebneratan dan menolak mentah-mentah permintaan kami tanpa alasan yang menasabah. Justeru aku terus angkat kaki malas nak mencemarkan keceriaan pagi yang nyaman tu.
Apapun entah apa yang A cakapkan kepadanya, sikat pisang itu akhirnya dibahagi dua dan dapatlah aku menikmati keenakan pisang dengan hati yang sedikit mengkal.


Kalau diikutkan hati mahu saja aku duduk didekat dia dan berceramah bagaimana menjadi peniaga yang cerdik dan lebih berjaya dengan mengamalkan konsep pelanggan selalu betul (bukan sentiasa betul sebab ada gak pelanggan yang banyak tak betulnya). Aku percaya sepertinya kami, ramai lagi pelanggan lain yang singgah tidak mahu membeli buah-buahan di sana lebih dari keperluan tapi kalau sudah ditetapkan peraturan yang kurang bijak siapa sebenarnya yang rugi. Inilah antara kelemahan sikap peniaga-peniaga yang bersepah di seluruh negara.




Lihat betapa hebatnya strategi perniagaan sebuah "Convenience Store" di Ermita Area, Manila. Bukan saja membolehkan sesipa menikmati pisang tu ikut pekerluan tetapi peniaga tersebut sebenarnya mendapat pulangan yang lebih dibandingkan dengan menjualnya sesikat penuh.



Lihat bagaimana sebiji pisang yang dijual dalam bungkusan yang menarik dan mudah.

Ok, lega rasanya dapat lepaskan geram, hahahahahahaha
Pisang, pisang, pisang murah-murah sebiji RM0.50 je

7 comments:

Mak Su said...

dorang tu panik lebih-lebih, tak percaya pada ketentuanNya

ONE ZABA said...

itu belum kira payahnya nak tuka duit kecik...nak berniaga tapi tak sedia duit kecik banyak2. akhirnya pelanggan lari.

naz ilyn said...

salam kak lara...
biasalah peniaga ni kekadang tu eksen tak tentu pasal...

tapi ada juga peniaga yang ramah mesra macam dah lama jumpe jer... :)

Lee said...

Hello Noorlara, .50 cents satu pisang?
That is expensive.
Disini .39 cents a pound. My isteri makan dua, saya tiga satu hari as pisang is good, gives energy.

Kalu ada kebun sendiri, boleh tanam pokok pisang?
You keep well and makan satu pisang a day at least.
Lee.

chekdenoor said...

hmmm.....berniaga ni kenalah keatif..... sediakan untuk yang nak beli banyak dan yang nak beli sikit........

Makan pisang ni bagus....lawas....heheheheh

Masy said...

mak aihh siap ade bekas lg tuuuu

en_me said...

pisang dalam kondom kerr tewww.. uhuhu, larikkks