Saturday, July 28, 2007

Beijing - China sebuah catatan perjalanan

Sebenarnya aku tidak berniat untuk melancong ke negara China pada tahun 2007 tetapi bila seorang kawan mengingatkan bahawa tahun ini adalah peluang terakhir untuk ke sana dengan anggaran perbelanjaan membeli belah yang amat murah berbanding semasa dan selepas berlansungnya "Beijing 2008 Summer Olympic Games" nampaknya kami tiada pilihan lagi. Perancanganku untuk meneroka Beijing bermula dari bulan Mac lagi malangnya disebabkan beberapa masalah dipihak agensi pelancongan dan kami sendiri maka tarikh pemergian tertunda beberapa kali hinggalah akhirnya pada 14 Jun jam 1.10 pagi kami berangkat ke sana dengan pesawat MAS dan selamat mendarat pada pagi 6.47 pagi hari yang sama. Beijing dan Malaysia adalah terletak pada zon waktu yang sama.













Bergambar di KLIA sementara menunggu saat keberangkatan.




Balai ketibaan di Lapangan Terbang Beijing. Besar dan cantik tapi tidaklah sehebat KLIA terutama dari segi kebersihan dan layanan di kaunter.
Sebaik saja selesai urusan keluar dari lapangan terbang kami terus menaiki bas persiaran untuk dibawa ke "Summer Palace" atau "Kumming Lake". Ini adalah pintu gerbang masuk ke taman tersebut.

Thursday, July 26, 2007

Serba salah


Hari ini pertama kali aku engkar dengan arahan bos. Selamba kodok je aku pohon untuk tidak menghadiri mesyuarat pembangunan jam 9.00 pagi dengan alasan nak habiskan kerja. Bos aku yang masih muda awal tiga puluhan dan hensem tu terkebil-kebil tak terkata apa-apa. Geli hatipun ada kesihanpun ada. Aku dah bosan nak menghadiri mesyuarat, berjam-jam berbincang, bertekak dan berborak penyudahnya minum-minum atau makan-makan. Hasilnya kerja aku makin tertunggak, mana nak buat kertas kerja, mana nak deraf surat, mana nak buat pendaftaran "online" dan macam-macam lagi. Namun esok lusa tak mungkin aku dapat mengulangi kedegilan tu lagi. Serba salah sungguh kalau jadi kuli ni.
************************************************************************************
Hari ni sahabat aku MM kirim sms lagi, marah-marah dan ade nada merajuk. Dia kata aku sombongle, tak ingatkan kawanle, dah dapat kawan barule dan macam-macam lagi hanya kerana aku tak sempat balas sms dia sejak dua menjak ni. Lagi sekali aku buat lawak kodok ngan dia masa balas sms tu "sape suruh kau hantar sms tu, nape lak aku wajib balas. nak merajuk, merajuk le aku tak reti nak pujuk kau pujukle diri kau sendiri, hahahaha". Lepas tu dia diam berjam-jam lamanya. Kesian aku melimpahruah tapi rasa kelakarpun ade. Ni macam punya manusiapun ade dalam dunia. Dia yang pelik atau aku yang melampau. Penyudahnya aku tetiba jadi sang pemujuk. Serba salah sungguh kalau ade kawan yang sensitif tahap tenat!

Wednesday, July 25, 2007

Indahnya Pulau Redang

Perjalanan sepanjang malam dengan bas yang amat memenatkan itu dari Ipoh ke Trengganu hilang sekelip mata sebaik saja turun dari bot. Keindahan pemandangan flora dan fauna di Pulau Redang sukar digambarkan dengan kata-kata. Ia lebih cantik dari apa yang dilihat dalam gambar. Kedudukan yang "Isolated" dan "Privacy" menjadi tarikan utama pelancong terutama dari luar negara.Keindahan pemandangan ke laut lepas dan pantai yang landai serta amat bersih begitu terserlah.
Keindahan laut sekeliling Pulau Redang yang bersih dan membiru. Bot-bot membawa pelancong untuk aktiviti menyelam.

Bergambar di hadapan hotel penginapan yang terletak di atas bukit. Bersiap untuk pergi mandi laut.

Atas bot sebelum menyelam. satu pengalaman yang amat menyeronokkan, dikelilingi perbagai jenis ikan yang jinak tapi sukar ditangkap.







Monday, July 09, 2007

Thursday, May 17, 2007

Aku terimalah seadanya

Kata orang tak dapat apa yang dicinta maka cintailah apa yang kita ada. Aku belajar menerima apa yang ku hadapi dengan hati yang terbuka, aku cuba mencari yang indah-indah dan muluk di sini, aku cuba memejamkan mata dari melihat yang menyakitkan hati dan jwa, aku juga cuba memekakkan telinga dari mendengar yang mungkin menjejaskan usahaku untuk merasa bahagia di sini. Dengan keadaan yang lebih bersedia dan redha, aku dapat rasakan bahawa kini aku lebih tenang dan mudah menerima transfomasi ini. Kini aku faham bahawa kalau kita menerima apapun dengan seadanya banyak kekusutan akan terungkai dengan sendiri dan masalah semakin menjauh. Aku terimalah semuanya dengan seadanya.....

SABAR JE LAH

Ini entry yang pertama selepas menjauhkan diri sejak Februari lalu, banyak kerja dan peristiwa dalam kehidupan yang menuntut perhatian. Rindunya pada rakan-rakan blogspot.com. Semua bermula bila aku menukar setting blog ni lepas tu banyak maklumat yang hilang. Bila nak masuk blog ade saja yang menghalang sudahnya blog ni kering beberapa bulan tanpa sebarang cerita dan berita. Semoga hari ini aku dapat membuat come back yang berterusan. Insyaallah.

***************************************************************************************

Macam tak percaya je dalam tiga minggu ini aku bertukar ke tiga pejabat. 27 April lalu ke Pejabat pendaftar Pertubuhab lepas tu ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 8 Mei dan di sini Pejabat Pengarah Tanah dan Galian sejak 11 mei lalu. Tak tau nak gambarkan perasaan ni, marah, kecewa atau gembira. Semua terjadi atas kesilapan manusia kuyang urang bertanggungjawab dan aku adalah mangsa kepada kesilapan yang sememangnya tidak patut terjadi. Apapun aku bersyukur atas kenaikan pangkat ini. Alhamdulillah syukur nikmat.

Wednesday, February 07, 2007

Sayur Turi



Tanpa disedari aku tersebut mengenai keenakan menjamu selera dengan Sayur Turi Masak Lemak Keledek. Bila dak Noush anak Melayu made in London tu bertanya semula apakah dia sayur turi tu, aku terfikir bahawa mungkin bukan Noush saja yang tak mengenal Turi atau Geti tu malah entah-entah ramai lagi anak melayu yang lahir dan membesar di bumi Malaysia ni tak juga mengenalnya.





Bukan masalah besar sebenarnya kalau tak kenal rupa dan rasa sayuran apalagi pokok-pokok herba warisan nenek moyang tu justeru kita susah terlalu memanjakan tekak dengan hidangan sayuran luar negara yang kunun dianggap berstatus tinggi kerana ia makanan orang putih, hahahaha. Hakikatnya ada banyak sungguh sayuran yang tumbuh di dunia sebelah sini yang enak dan berkhasiat dimasak apatah lagi dimakan begitu saja.



Noush, untuk menambah pengetahuan sayur turi tu diambil dari pokoknya yg agak tinggi, daunnya macam daun kari dengan bau yang agak kuat, biasanya diambil daun yang masih lembut, dipisahkan dari tangkainya atau disimpul supaya mudah dimakan. Nampaknya tiada gambarnya yang jelas kecuali gambar di atas yang pertama tu.
Rata-rata sayur turi dimasak lemak keledek dengan udang kering atau ikan bilis. Ada juga yang masak asam rebus, bubuh air asam jawa, cili kering, ikan bilis dan garam secukup rasa. Rasanya yang sedikit pahit kekadang tidak disenangi tapi kalau selalu dicuba yang pahit tulah yang menambah selera. Turi juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan tradisional. Pokok turi semakin sukar ditemui walaupun kita pergi ke pedalaman namun sesekali masih boleh dibeli di Pasar tani. Ok Noush kalau tak puas hati kenalah balik Malaysia!

Monday, February 05, 2007

Merajuk


Bila memperkatakan soal merajuk, teringat aku semasa kecil dulu, bab merajuk ni memang aku yang pakar maklumlah tinggal dengan nenek maka susah tentulah mengada-ngada aku pun lebih sikit dari cucu-cucunya yang lain. Ada satu hari tu aku merajuk tak nak ke sekolah sebab baju yang aku nak pakai tak digosok lagi, harap-harap nenek akan memujukku malangnya aku kena kejar dengan rotan keliling rumah, huhuhu akhirnya aku tetap ke sekolah dengan mata yang bengkak, malu-malu.

Di hari yang lain aku merajuk di meja makan sebab nenek terlupa menyenduk sup ayam kemangkuk ku, aku terus angkat kaki masuk bilik. Tungu punya tunggu nenek databg tak pujukpun, namun aku keraskan hati mendiamkan diri hingga tertidur. Menjelang tengah malam perutku berkerongcong, aku bangkit ke dapur menjengah bawah saji mengharapkan sup ayam, last-last aku meraung sebab tiada apa kat situ, tetiba nenek menjelma dari belakang dan menempelakku "lain kali jangan nak tunjuk lagak! nasib baik sup ayamku nenek masih simpan.

Akhir sekali yang ku ingat aku merajuk sebab tak bagi aku keluar ikut kawan-kawan pergi main di kampung sebelah, aku tarik muka 14 belas ngan muncung bleh dibuat perahu, malam tu lepas ulangkaji
dan bereskan kerja umah aku pura-pura tertidur, protes le tu tak mahu masuk bilik tidur. Penyudahnya sedar-sedar jam 3 pagi aku masih terlentuk dimeja study ditemani sang nyamuk yang over the peramah, sedih-sedih.

Itulah arwah nenekku, penuh kasihsayang tapi bertempat tapi tak pernah memberiku peluang untuk mengada-ngada hingga memijak kepala. Dia tegas dalam soal perangai dan tingkahlaku namun amat pemurah dalam bab makanan dan pakaian. Sesekali kerinduanku kepadanya membuak-buak macam kasih ibu hangatnya amat terasa syahdu sesejuk salju murni bagai embun pagi.

Kini kala usia semakin memanjat tinggi jarang sekali aku merajuk tapi yang letihnya selalu le pulak kena memujuk...... Bila difikirkan tiada sangatlah faedahnya merajuk. Merajuk lebih menonjolkan kelemahan diri, tak tahan dengan ujian kehidupan dan kurang keyakinan diri. Sesekali merajuk mungkin akan dimaafkan tapi kalau selalu sangat bimbang pula yang sayang menjadi benci yang dekat semakin jauh. Jadi berpada-padalah bila nak merajuk jangan sampai orang tak peduli kita pula jadi jeruk, kan susah!

Thursday, January 25, 2007

The gossip


A woman repeated a bit of gossip about a neighbour. Within a few days the whole community knew the story. The person it concerned was deeply hurt and offended. Later the woman responsible for spreading the rumor learned that it was completely untrue. She was very sorry and went to a wise old sage to find out what she could do to repair the damage.
"Go to the marketplace," he said, "and purchase a chicken, and have it killed. Then on your way home, pluck its feathers and drop them one by one along the road."
Although surprised by this advice, the woman did what she was told. The next day the wise man said, "Now go and collect all those feathers you dropped yesterday and bring them back to me."
The woman followed the same road, but to her dismay, the wind had blown the feathers all away. After searching for hours, she returned with only three in her hand.
"You see," said the old sage, "it's easy to drop them, but it's impossible to get them back.
So it is with gossip. It doesn't take much to spread a rumor, but once you do, you can never completely undo the wrong."

Ihsan dari Group Belalang Yahoo

Makanya sekiranya tiada apa yang hendak diperkatakan lebih baik berdiam diri dari memperkatakan perkara yang mendatangkan dosa dan tidak perlu.

Wednesday, January 24, 2007

Tak kuasa..


Kekadang tu aku rasa hairan bin ajaib macam tak percaya je macamana manusia , perempuan pulak tu mengaku berugama Islam, berpakaian elok menutup aurat dengan kerudung labuh sampai kelutut tanpa sebarang alat solek terpalit diwajah tapi bila saja membuka mulut yang keluar adalah kata-kata yang menyakitkan hati, tak habis-habis mencari kesalahan orang lain. Memanglah semua orang kat pejabat ni dah tau perangai mereka begitu tapi geramle juga walau yang diumpatkeji tu bukannya aku.

Alangkah eloknya kalau semua kita berkasihsayang dengan ikhlas, yang salah sesama diperbetulkan, yang kurang ditambahi, yang susah ditolongi tanpa sebarang prasangka buruk. Barulah kehidupan akan sejahtera dan berkat.


Seringkali bila kita menghamburkan kata-kata kesat dan tidak elok wajah kita akan menjadi buruk. Walau secantik manapun wajah kita, keburukan nurani akan mencacatkannya. Dan ia akan jelas terpancar dimuka sehinggakan orang yang pertama kali bertemu dengan kita pun akan dapat meneka bahawa kita ini bukanlah manusia yang berhati mulia.

Apa salahnya sentiasa bersenyum dan cuba menyenangkan semua orang yang kita temui kerana selain senyum itu adalah sedekah, membuat orang lain senang adalah antara laluan yang akan mempermudahkan meniti jembatan kehidupan ini.

Sunday, January 21, 2007

Jendela



Aku masih di sini
mengintai dibalik jendela
menghantar langkahmu
meredah senja
mengusung jenazah cinta

perlahan . . .
ku tutup jendela itu
membenam kenangan di dada malam
penuh rahsia

terkadang
kubuka jendela itu
menghirup pahit bayu rindu
satu persatu

anihnya
aku masih di sini
mengintaimu....

Thursday, January 18, 2007

Selamat Jalan Tahun Hijrah 1427


Kita sudah berada dipenghujung tahun Hijrah 1427. Beberapa jam lagi ia akan meninggalkan kita dengan membawa bersama coretan-coretan cerita kehidupan suka duka, gagal, berjaya, menang, tewas dan sebagainya. Akhiran cerita yang bergantung kepada apa yang telah kita rancang dan usaha pelaksanaan beserta doa kepadaNYA.
Kalau kembara di belantara itu penuh onak duri yang membuatkan kita terluka dan lewat atau gagal sampai ke destinasi yang diimpikan, maka kembara di tahun baru ini sudah tentu kita akan lebih bersedia justeru pengalaman lalu mematangkan pemikiran. Kita jadi lebih tabah dan berhati-hati.

Sudah disenaraikankah azam untuk menyambut Tahun Hijriah 1428, apa khabar pada azam tahun ini? Perlukan azam yang berjela sedangkan realitinya hanya cantik dibaca, macam bintang di langit tidak mungkin tercapai tangan atau masih terkial-kial untuk meneruskan azam tahun ini yang belum selesai.

Apa kata macam tahun-tahun terdahulu kita terus berazam dan berdoa agar tahun baru yang mendatang ini akan memberi kekuatan luar biasa kepada kita untuk mendirikan solah dengan lebih sempurna tanpa terlalu berkira waktu dan tenaga. Biar natijahnya lebih cemerlang, ah bukankah kecemerlangan itu satu proses yang berterusan. Disamping terus menjadikan amalan membaca Kitab Suci Al Quran sebagai rutin hidup, bukan saja terus mempelajari kaedah pembacaan yang betul dari segi tajwid dan lagunya tapi memahami maksud yang tersirat dalam kitab yang penuh mukjizat tu. Biarlah sehari sehelai dua memadailah, buat sikit-sikit lebih baik dari lansung tak buat, bukankah begitu. Semoga tahun mendatang kesihatan kita sentiasa ditahap terbaik dan berjaya dalam segala segi sosial, ekonomi, kerjaya dan mental. Dijauhkan dari segala bencana, maksiat dan kemudharatan. Azam yang lain sendiri kita tekadkan "Plan the Work - Work the Plan." Dengan matlamat yang jelas dan realistik sesuai dengan keupayaan diri. Insyaallah azam kita bisa dicapai.

Jom sama-sama kita hantar kepergian tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kita sambut tahun baru dengan harapan dan doa.
Mudah-mudahan Tahun Hijrah 1428 tahun yang lebih baik untuk kita semua. Insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1428 !

***************************************************************

DOA AKHIR & AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AKHIR TAHUN


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


DOA AWAL TAHUN


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Dengan Ihsan dan disediakan
Oleh Bahagian Perkhidmatan ICT,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

Tuesday, December 26, 2006

Hujung Tahun yang sibuk


Disember sudah berada dipenghujung jalan, namun masih ada jemputan ke Majlis Walimatul Urus yang harus diraikan. Kepada semoga pasangan pengantin didoakan agar rumahtangga yang baru dibina sentiasa dalam Sakinah, Mawaddah waRahmah. Perjalanan kehidupan yang sebenar baru bermula.



"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak'

31 Disember 2006 adalah Hari Raya Korban (Eid Adha) mudah-mudahan semua umat islam dari merata pelusuk dunia yang sedang melakukan ibadah haji di Mekkah Al Mukarramah akan dianugerahkan pahala haji yang mabrur.



Nampaknya masih banyak kerja di pejabat yang mesti diselesaikan menjelang tahun 2007. Kalau tak sendiri yang bereskan siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi. Walaupun kedatangan tahun baru Masehi tidak disambut seghairah datangnya awal Muharram Tahun Hijriah namun berbuat kebaikan pada sebarang hari masa dan saat adalah dituntut, tak gitu!

Monday, December 18, 2006

Imbalan taat dan kasih kepada ibu


Di negeri Yaman, hiduplah seorang pemuda bernama Uwais Al-Qarani yang berasal dari kabilah Qaran. Uwais Al-Qarani mempunyai jiwa yang bersih dan mulia. Dia seorang yang pintar dan selalu melakukan pencarian makna hidup. Meskipun saat itu dia masih belum mengenal ajaran Islam yang mulia, dia sangat menghormati nilai-nilai mulia kemanusiaan. Di antara sikap dan perilaku Uwais yang paling menonjol sekali ialah penghormatan yang besar terhadap ibunya. Dia bersikap amat lemah-lembut kepada ibunya yang sudah tua dan dia amat mengerti tanggung jawabnya sebagai anak. Dia dapat merasakan kesulitan seorang ibu dalam mendidik dan membesarkan anaknya. Oleh karena itu, dia melayani ibunya seperti seorang pelayan yang taat dan patuh. Uwais sama sekali tidak melupakan jerih payah ibunya.

Suatu saat, Uwais Al-Qarani mendengar kabar bahwa ada seorang nabi yang berhijrah dari kota Mekah ke Madinah dan sebagian dari masyarakat mengikuti ajaran nabi tersebut. Uwais dengan perenungannya, sampai kepada kesimpulan bahwa Muhammad adalah seorang nabi yang benar-benar diutus oleh Tuhan karena perintah dan ajaran yang disampaikan beliau berlandaskan kepada akal dan sesuai dengan nilai-nilai tinggi insani. Uwais mempercayai kenabian Muhammad saaw dan dia ingin sekali bertemu dengan beliau. Dia ingin melakukan perjalanan ke Madinah dan melihat sendiri keindahan hati Muhammad dari dekat. Tetapi, kondisi ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan membuatnya mengurungkan niatnya itu. Berbulan-bulan lamanya Uwais memendam harapan dan impiannya tersebut. Sampai suatu hari, dia mengambil keputusan untuk menceritakan keinginannya itu kepada ibunya.

Uwais dengan sopan duduk di hadapan ibunya dan berkata, “Wahai ibu, aku tidak dapat menahan hati untuk bertemu dengan seorang lelaki yang telah diutus sebagai nabi. Engkau pun tahu bahwa anakmu ini tidak pernah berfikir tentang hal-hal selain dari kebaikan dan kebenaran. Jika ibu mengizinkan, aku ingin sekali pergi menemui Rasul Tuhan itu dari dekat.”



Ibu Uwais yang amat terkesan melihat kesungguhan dan gelora keinginan anaknya untuk bertemu dengan Nabi, berkata, “Wahai anakku, aku izinkan engkau untuk pergi ke Madinah, tetapi aku minta supaya setelah engkau bertemu dengan Nabi segeralah engkau pulang ke Yaman dan janganlah engkau berlama-lama di sana.”

Dengan penuh gembira, Uwais menerima permintaan ibunya itu dan dia pun melakukan perjalanan untuk pergi ke Madinah. Meskipun perjalanan begitu jauh dan menyulitkan, namun semangat dan keinginannya yang besar untuk bertemu Nabi menyebabkan dia merasa begitu gembira hingga tidak merasa lelah dalam perjalanan. Siang dan malam dia tempuh perjalanan tanpa menghiraukan kesulitan dan kelelahan yang menderanya.

Akhirnya, sampailah Uwais Al-Qarani ke kota Madinah. Dengan tidak sabar lagi, dia bertanya ke sana kemari untuk mencari Nabi Muhammad. Tetapi, berita yang didapatkannya amat mengecewakan. Orang-orang Madinah memberi tahu Uwais bahwa Nabi sedang keluar dari kota untuk beberapa hari. Begitu Uwais mendengar berita ini, dia mengeluh panjang dan terduduk di atas tanah. Segala kelelahan terasa menimpa seluruh tubuhnya. Sedemikian besar rasa kecewa yang menyelubunginya sehingga dia menangis sejadi-jadinya. Orang-orang membujuknya dengan mengatakan bahwa dia bisa tetap tinggal di Madinah dan menjadi tamu mereka sampai Rasulullah kembali dari perjalanannya. Tetapi Uwais berkata bahwa dia mempunyai seorang ibu tua yang sedang menanti kepulangannya.

Uwais mengambil keputusan untuk segera pulang ke Yaman meskipun dia belum berhasil menemui Nabi, demi melaksanakan janjinya kepada sang ibu. Dia berkata kepada para sahabat dan keluarga Nabi, “Aku terpaksa pulang ke Yaman. Aku minta pada kalian, jika Rasulullah pulang, sampaikanlah salamku kepadanya.”

Beberapa hari kemudian Rasulullah saaw pulang ke Madinah. Ketika beliau mendengar kisah Uwais, beliau memujinya dan berkata, “Uwais telah pergi, namun cahayanya tetap tinggal di rumah kami. Angin sepoi dan aroma wewangian syurga bertiup ke arah Yaman. Wahai Uwais! Aku juga ingin sekali menemuimu. Sahabat ku, siapapun di antara kalian yang bertemu dengan Uwais, sampaikanlah salamku kepadanya.” Dalam sejarah dikatakan bahwa memang Uwais tidak pernah dapat bertemu dengan Rasulullah. Tetapi, karena pengorbanan yang telah dilakukannya buat ibunya, namanya tercatat abadi dalam sejarah.

Kami akhir artikel ini dengan mengutip dua hadis Rasulullah saaw:

“Tuhan memanjangkan usia orang-orang yang melakukan kebaikan kepada orang tua mereka.”

“Siapa saja yang menggembirakan hati ibu dan bapaknya, Tuhan juga akan menggembirakan mereka dan siapa saja yang membuat ibu bapa mereka marah, Tuhan juga akan murka terhadap mereka.”

(Ehsan dari Islamic Republic of Iran Broadcasting (melayu Radio)


Kalau kita sering menyakiti hati ibu / bapa hatta sekalipun membuat mereka terasa kecilhati dan terkilan bawa-bawalah berubah sebab satu-satunya yang tiada ganti di dunia ini adalah ibubapa kita. Kasih ibu / ayah membawa ke syurga kasih

Tuesday, December 12, 2006

Batu Giling







Batu giling diperbuat daripada batu dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak. Walaupun begitu, kini batu giling juga diperbuat daripada simen. Ibu adalah bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling, sementara anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan gilingan di atas ibu. Cara menggiling adalah anak digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanannya secara sorong tarik. Tujuannya agar bahan gilingan dapat digiling dengan serata. Batu giling biasanya digunakan untuk menggiling cili, rempah, kelapa, kacang dan bahan-bahan lain. Dengan cara menggiling, bahan gilingan mudah lumat. Biasanya menggiling dilakukan secara duduk atau berdiri.

Maklumat didapati dari laman web malaysiana.pnm.my/...dapur_batugiling.htm
diketengahkan untuk makluman anak-anak remaja yang tidak mengenal peralatan lama tinggalan budaya bangsa melayu

Thursday, November 30, 2006

Monday, November 27, 2006

Masakan nenek


Teringat masa kecilku dulu rasa rindu membuak-buak. Rindu pada jerit pekik nenek setiap petang dia nak menanak nasi maka akulah yang kena mencari antah dan bahan terbuang dalam beras. Kalau nak masak sambal tumis atau asam pedas, akulah yang kena menggiling cili dengan batu penggiling yang besar dan berat tu, lepas tu habis hangat pijar kedua-dua tangan ni. Paling aku tak suka kalau nenek teragak nak masak gulai lemak, tentu aku yang kena parut kelapa, dengan muka masam mencuka, kelapa tu ku parut dengan kasar, tau-tau jari dah terluka kena gigi pemarut yang tajam tu. Malangnya, nenek tak akan memujuk sebaliknya menambah bengangku dengan kata-kata " tulah buat kerja tak ikhlas kan tuhan dah balas" .

Betapa senangnya anak-anak sekarang sebab beras terus dicuci bila nak masak, cili boh berlambak di pasaraya atau di mana-mana kedai runcit begitu juga dengan kepala parut malah santanpun dah ada terjual. Alangkah mudahnya!. Namun mereka tidak akan merasai pengalaman yang amat berguna itu, pengalaman yang menjadikan aku lebih teliti dan agak cerewet dalam hal menyediakan makanan keluarga, aku lebih mengutamakan yang asli dan buatan sendiri kerana kebersihan dan kemurniannya terjamin. Biarlah penat sedikit tapi berbaloi, macam masakan arwah nenek sedap dan menyelerakan.

Friday, November 24, 2006

Tuhanku



Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling




Lagu ini pernah dinyanyikan oleh Aisha dan beberapa penyanyi lain sebelum beliau

Tuesday, November 21, 2006

Yesterday Once More


When i was young i’d listen to the radio
Waiting for my favorite songs
When they played i'd sing along
It make me smile

Those were such happy times and not so long ago
How i wondered where they'd gone
But they're back again just like a long lost friend
All the songs i love so well

Every shalala
every wo'wo still shines
Every shing-a-ling-a-ling
that they're starting to sing so fine


When they get to the part
where he's breaking her heart
It can really make me cry just like before
It's yesterday once more.

Every shalala
every wo'wo still shines
Every shing-a-ling-a-ling
that they're starting to sing so fine

Monday, November 20, 2006

Musim menjamu selera


Nampaknya dalam tempuh 3 bulan ini kita sibuk menjamu selera. Semasa bulan Ramadhan sibuk memenuhi jemputan Majlis Berbuka Puasa, lepas tu datang Syawal sibuk menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya dan sekarang sibuk lagi dengan undangan Majlis Doa Selamat bakal-bakal haji dan jemputan Majlis Perkahwinan sempena cuti sekolah sehinggalah penghujung Disember nanti. maka tiada ruang untuk perut beristirehat. Alangkah mewahnya kita dengan makanan sehinggakan makan seakan menjadi agenda utama. Sana makan sini makan, makan yang betul betul makan!