Friday, August 26, 2011

Salam Eidul Fitri, Minal Aidin Wal Faidzin


Kepada semua sahabat blogger,
mudah-mudahan kita akan berjumpa Ramadhan tahun hadapan.

Monday, August 22, 2011

Memang tak berguna lansung.....


Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK...

Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 tengahari pun tak reti nak celIK...

Apa guna umur panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG....

Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH...

Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA..

Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH...

Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR


Ikhsan dari Professor Madya Che Latipah

Thursday, August 18, 2011

Bonda


Assalamualaikum sahabat semua,
Lama juga aku tidak menjenguk dan mencatat apa-apa di blogku ini. Bukan takde idea tapi semuanya tersekat dibenak dan tangan pula amat malas untuk memulakan cerita. Sebut fasal cerita kali ini aku hanya nak memberitahu berita sedih yang masih menghantuiku...sebenarnya aku baru sahaja kehilangan ibu tersayang, beliau meninggal dunia akibat demam panas pada 27 Jun 20011 (Isnin)yang lalu. Pun begitu aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana sehari sebelum pemergiannya aku sempat berjumpa buat kali terakhir, bersalam, mendakap dan mengucupnya penuh kasih. Walaupun aku dibesarkan oleh arwah nenek namun arwah ibu tidak pernah membezakan aku dengan adik-beradik yang lain begitu juga dengan anak-anakku. Kasihsayangnya, sifat pemalu, penyabar dan lemah-lembut membuat kami sentiasa menghormati dan menyanjungnya. Arwah sangat memahami dan tidak pernah merungut sekiranya ada antara kami jarang balik menjenguk lantaran kekangan kerja (sebenarnya kalau mahu mesti boleh).

Ku pohon kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa ibu, melapangkan kuburnya, masukkanlah rohnya dalam golongan roh yang mukmin dan mencucuhi RahmatNYA. Sebagaimana arwah ayah, nenek dan datuk...aku akan sentiasa mendoakan ibu selagi ada nyawa ditubuh. Al fatihah.

Tuesday, June 21, 2011

Hari Bapa

Kelahiran seseorang anak itu adalah anugerah dariNYA yang tidak ternilai dan menambah sempurnanya kehidupan berumahtangga


Tanggungjawab bapa adalah membimbing anak-anak berpandukan Al Quran dan Al Hadis agar anak itu terjamin kebahagiaan dan keselamatnnya di dunia dan akhirat




Ayah tempat bermanja dan berkongsi suka dan duka


Ahad lepas 20 Jun 2011 yang juga diisytiharkan sebagai Hari Bapa Sedunia, aku sempat menghadiri Majlis Walimah anak kenalan di Batu Gajah. Seorang lelaki separuh umur membelek telefon bimbitnya sambil dengan bangga memberitahu "HP i ni sejak semalam tak henti-henti terima sms dari anak menantu ucap Selamat Hari Bapa". Seorang lelaki lain yang sebaya denganya mencelah "ermmmm anak i yang 2 orang tu belum lagi hantar ucap selamat, lupe le agaknya".

Bagiku yang kematian ayah sejak umur lima tahun hanya mendengar tanpa sebarang komen, aku tiada kesempatan untuk mengucapkannya kepada ayah, namun setiap kali lepas sembahyang 5 waktu aku tidak pernah lupa berdoa dan membacakan Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas untuknya. Begitu juga saban Khamis malam Jumaat selepas solat Magrib pasti bacaan Yassin buatnya. Justeru setiap kali selepas itu aku seakan terbayang ayah tersenyum manis penuh kasih memandangku. Ayah, aku rindu dan sayang padamu.

Tuesday, June 07, 2011

Nasi lemak buah bidara....



Nasi lemak buah bidara
sayang selasih awak lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih awak turutkan

Itu sebab peribahasa Melayu ada menyatakan "ikut hati mati, ikut rasa binasa', sejarah membuktikan bahawa hampir semua kes perkahwinan yang membelakangkan keluarga akhirnya akan menemui jalan buntu, porak peranda tidak tidak bahagia. Ikatan yang sepatutnya diraikan dengan riang gembira sebaliknya diiringi rasa malu, kecewa dan marah. Tanpa restu dan doa ibubapa maknanya kita mengundang murka Allah. Anihnya bila kehancuran terjadi lalu kepangkuan keluarga juga tempat kembali dan mengadu. Berfikirlah bukan dua kali tapi berkali-kali dengan mengkaji buruk baik dan risiko jangka panjangnya sebelum membuat keputusan sebab terlajak perahu boleh diundur tapi kalau dah terlajak kata dan perbuatan buruk akibatnya, kalaupun kemaafan diberi tapi sukar untuk dilupakan. Janganlah kerana cinta kita mudah hilang pertimbangan lagipun kalau sudah keruh di hulu mana mungkin jernih di muara. Kalau benar seseorang yang kita sayang itu baik pekerti dan sempurna imannya nya maka takkan dia sanggup merampas kita dari keluarga dan berani menentang hukum adat dan hukum agama.

Wednesday, June 01, 2011

Innallahamana (Sesungguhnya Allah bersama kita)


If you want something from ALLAH S.W.T.,
& HE says yes then he ll give you the desired thing,
If HE says wait, that he will you the better thing,
But if he says no,
Then dont feel sad,
it means he dnt want to give you the desired thing,
He wants to give you the best thing.
If ALLAH S.W.T. brings you to it, HE will bring you through it.
Happy moments, praise ALLAH S.W.T.
Difficult moments, seek ALLAH S.W.T
Quiet moments, worship ALLAH S.W.T.
Painful moments, trust ALLAH S.W.T.
Every moment, thank ALLAH S.W.T

Ihsan dari dsjkamarul.

Friday, May 27, 2011

Wajah


Tak puas dengan wajah asal yang hensem diubah jadi macam kucing





Tindik punya tindik samapi takde ruang lagi nak dicucuk, cantik ke ini?






Allah jadikan dia sebagai manusi yang sempurna dan tinngi darjatnya dia nak jadi ularle pulak




Sedangkan kejadian kucing ini sebagai haiwanpun tetap kelihatan comel


Selagi kita mengejar kesempurnaan rupa selagi itu kita tidak akan pernah puas. Akibatnya kita akan menyesal seumur hidup kerana untuk kembali ke asal adalah mustahil (kecuali dengan izinNYA). Justeru bersyukurlah dengan wajah yang Allah kurniakan kerana inilah yang terbaik dengan segala hikmahnya.

Tuesday, May 24, 2011

Nasi oh nasi

Jemput-jemput adik ,abang, kakak kita menjamu mata dengan hidangan nasi ni...

Ada Nasi Arab dengan daging kambing panggang boleh makan satu kampung



nak cuba Nasi Ulam yang enak tak terkira



Atau nasi beriani kita makan dengan Kurma Ayam



takpun Nasi Kerabu yang bahannya macam-macam ada



atau nak makan berdua je Nasi Arab lauk ayam yumyumyum
hamboi hamboi sedapppppnya kalau ada duit sebut aja di mana dan berapa harga bila-bila masa....


Kesihan kepada mereka yang tak punya jangankan nak bertukar menu malah kekadang lansung tiada apa yang nak dimakan. Ya Allah syukur Alahamdulillah atas segala nikmat yang Engkau berikan...aku bertaubat kepadamu!

Monday, May 23, 2011

Malassssssssssssss


Kalau alasan awak malas, maka tak guna nak cakap apa dah. Macam-macam kursus motivasi dan kursus kecemerlangan diri telah awak ikuti tapi dok takuk lama jugak. Malas ni masalah besar, bukan pada syarikat atau agensi ini tapi pada diri awak sendiri. Beribu-ribu orang beratur nak menggantikan awak bila-bila masa. kalau awak masih tak berubah sikap, awak akan terpinggir, dibenci dan akan dilupakan sebab awak bukan lagi menjadi pilihan. Awak beban yang mesti disingkirkan.

Awak malas nak menyumbang kamipun malas nak melayan!

Wednesday, May 18, 2011

Hanya padaMU tempat ku mengadu


Ada ketikanya kita dilanda musibah, jiwa kacau hati tak keruan. Ke manapun kita pergi untuk mencari ketenangan ke dasar lautan, ke puncak gunung atau di dataran yg luas terbentang mahupun terbang tinggi di ruang angkasaraya, hakikatnya di sana tiada ketenangan ditemui, yang ada pemandangan indah yang memukau mata sebentar cuma dan sesudah itu masalah yang membuat jiwa lara akan datang mendamping semula.

Akan tetapi alangkah ajaib dan hebatnya zat kasih sayang Allah S.W.T. sebaik tangan diangkat dengan penuh pengharapan dan rendahdiri memohon pertolongan dan petunjuk, sepantas itu terbang melayang gundah gulana, lebur hati yg rawan dan cair jiwa yang walang justeru mendapat kekuatan diri yang membakar semangat. Subhanallah, sesungguhnya hanya padaMU tempat mengadu.Tidak aku akan bersedih dan berdukacita kerana ENGKAU sentiasa bersamaku.

Tuesday, May 10, 2011

Udang masak lemak cili api


Udang masak lemak cili api
ada serai dan daun limau purut
Abang makan senang dihati
berderai ketawa dah kenyang perut

Sunday, May 08, 2011

Kasihi Ibu


Kasih ibu laksana anak sungai yang mengalir tanpa henti walaupun di musim kemarau panjang. Hendaknya janganlah di minggu sambutan Hari Ibu sahaja kita beria-ia memberi hadiah, ucapan dan pelukan. Kasih kepada ibu semasa hidup dan matinya, bukan pemberian hadiah yang penting tapi yang lebih utama menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan meletakkan ibu di tempat teratas dalam agenda kehidupan terutamanya bagi anak-anak lelaki. Tiada doa yang lebih mustajab dan makbul melainkan doa seorang ibu. Sekalipun jangan melukakan hati ibu kerana ditakuti kalau kelukaan itu akan membawa kepada kesedihan dan kemarahan dan tanpa kita sedari kita telah derhaka. Alangkah malangnya anak derhaka yang tidak mendapat keampunan seorang ibu kerana api neraka akan dengan garang menanti untuk melahapnya. Nauzubillah min zalik

Thursday, May 05, 2011

Tuesday, May 03, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik




Umum mengetahui sekarang ini penggunaan beg plastik tidak digalakkan oleh kerajaan. Justeru Hari Tanpa Beg Plastik telah dilaksanakan oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya. Langkah ini amat wajar dalam usaha mengurangkan jumlah sisa buangan plastik dunia bagi meminimakan risikonya yg membahayakan kita.

Akan tetapi apa yang hendak diperkatakan adalah setiap kali Hari Tanpa Plastik yang jatuh pada hari Sabtu boleh dikatakan hampir semua kita terlupa lalu tidak mebawa sebarang beg atau bekas untuk membawa balik barangan yang dibeli. Penyudahnya dalam terpaksa kita membeli juga beg plastik yang biasanya diberi poercuma dengan harga 20 sen satu, persoalannya kalau dah diwarwarkan Hari Tanpa Plastik kenapa masih ada penggunaan beg plastik, kenapa pasaraya-pasaraya berkenaan tidak menggantikannya dengan beg kertas saje, kenapa pula mesti dibeli? Menangguk di air keruh, mengaut keuntungan tanpa dipersoalkan. (Saya pernah suarakannya di TESCO) kalau betul nak menyahut seruan tersebut hentikan terus penggunaannya dan diganti dengan beg kertas seperti yang dilakukan dikebanyakan negara maju. Kejayaan sesuatu kempen bergantung sejauh mana semua pihak berganding bahu berjuang dengan ikhlas tanpa ada agenda tersembunyi. Bersamalah kita mengurangkan penggunaan beg plastik demi kesejahteraan bumi ini.

Tuesday, April 05, 2011

Harga sebuah maruah...


MANGGA DUA SQUARE

Sekali tu dalam kunjungan ku ke Mangga Dua Square yang merupakan antara pusat berjualbeli yang amat terkenal di kalangan pelancong di Jakarta, aku didatangi beberapa anak-anak dalam lingkungan usia 9 ke 12 tahun yang menjaja beg-beg plastik berbagai saiz. Sejujurnya aku tidak berminat untuk membelinya.

Walaubagaimanapun seorang dari anak-anak itu tanpa putus asa mengekoriku dan menawarkan harga Rupiah1,300 atau kurang lebih RM4.oo sahaja. Berkali-kali dia merayu "Bu, murah aje ni Rupiah 1,300, pohon dibeli bu kerna saya belum berhasil Lama kelamaan dia menawarkanku pada harga Rupiah10,000, harga pas katanya malah dia tak akan mendapat sebarang keuntungan. Rimas dengannya aku terus menghulurkan Rupiah 10,000 "Takpe lah anak saya tak mahu beg ni, nah ambil ni buat belanja, seraya menolak pemberianku dia menegaskan "saya bukan meminta-minta bu, kalau saya hanya pohon ibu membelinye saja, kalau ibu mau ambil Rupiah8,00 aje" Wajahnya bertukar suram.

Terkesima dan termalu dengan kata-kata itu aku mengambil satu dari beg-beg itu sambil kataku "Justeru kamu amat menjaga maruahmu ini RM1,300 harga asal, semoga kamu berbahagia".

Dengan ucapan terima kasih berulang kali dia melepaskanku dengan senyum puas. Terkadang aku akan teringatkannya hinggalah catatan ini kusudahi. Dan doaku semoga Allah memberikan anak yang budiman itu kehidupan yg berjaya dan bahagia.

Monday, March 07, 2011

Kemenangan


Tahniah, tahniah, tahniah kerana awak telah menang. Tak kisahlah macamana awak boleh menang, kalau cara awak betul dam menepati kehendak ciri-ciri yang dicari maka Alhamdulillah. Kalau awak menang dengan cara yang salah, awak berhak menang kerana itu adalah kehendak DIA. Cumanya kenalah beringat kerana apa saja yang diberi kepada kita penuh dengan hikmah supaya kita bersyukur dan tidak lupa diri sebab mempertahankan kemenangan itu tidak semudah yang kita jangkakan!

Monday, February 28, 2011

al-Fatihah



Akhbar hari ini memperkatakan mengenai lebih 80% Pelajar Sekolah dan IPT tak faham makna al-Fatihah. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan tapi lebih kepada menyedihkan kepada sebuah negara yang dianggap sebagai negara islam terbaik di dunia. Itu baru pelajar belum lagi ibubapa mereka, apa nak dimalukan hakikatnya rata-rata kita yang sembahyangpun tak faham makna setiap apa yang kita baca, dahlah begitu tak mahu pula berusaha untuk mempertingkatkan mutu ibadah yang menjadi tiang agama itu. Tu belum lagi diambil kira dari segi kesempurnaan pembacaan terutama dari segi hukum tajwidnya.

Tak perlu nak menuding jari meletakkan kesalahan ke bahu orang lain, kita semua bertanggungjawab sepenuhnya kepada kegagalan ini. Sistem pendidikan, institusi keluarga dan masyarakat wajib digembeling bersama untuk mengatasi masalah besar ini.

Nampaknya kenalah diadakan pula Akademi al-fatihah pulak selepas ini , masalahnya siapa le nak peduli? Aduhai...masalah al-fatihah bukan masalah kecil!!!

Tuesday, February 22, 2011

Bihun Kari Kuah Kicap


Tak berapa lama dulu aku singgah ke gerai Food Court di Green Town Mall sendirian untuk menikmati Bihun Kicap Kuah Kari kegemaranku. Aku menikmati makanan itu sepenuhnya, mengunyah perlahan-lahan berkali-kali sebelum menelann untuk merasai keenakannya. Ermmm ...puas.

Tiba-tiba muncul ibu muda dalam lingkungan 30an dan dua anak lelakinya yang aku agak berumur 4 tahun dan 9 tahun duduk di meja sebelah kananku. Semangkok kari dengan beberapa biji bebola ikan dan sepiring bihun berkicap dicurahi kuah kari juga segelas air sirap. Entah mengapa sejak dari mula aku begitu tertarik dengan mereka, pakaian dan perlakuan aku dapat mengagak bahawa mereka itu bukan dari kalangan yang berada atau sekurang-kurangnya berduit. Sikecil dengan lahap menyudu bihun sedang ibunya berkongsi kuah kari dan bebola ikan itu dengan siabang. Air sirap diminum bertiga. Sahlah mereka tak mampu.

Justeru aku berperang dengan perasaanku sendiri, terasa nak ku belikan dua pinggan lagi Bihun Sup Kuah Kari tu. Masalahnya bagaimana nak ku serahkan kepada nya. Bagaimana kalau dia kata "terima kasih je le kami tak lapar, sengaja beli sepinggan ni", bagaimana kalau dia taknak terima walaupun memang memerlukannya, bagaimana dan bagaimana.

Aku terus makan tapi tak selazat tadi sambil mata masih mencuri-curi pandang kepada mereka. Tiba-tiba "Adik dah taknak lagi bihun ni kan, bagi abang ye" aduhai tersentap sekejap denyut jantungku ni. Luluh hatiku melihat siabang makan baki bihun yang dah tak seberapa. Telahan ku ternyata benar.

Alangkah baiknya kalau tadi aku tidak banyak membuang masa berdolak-dalik dengan perasaan sendiri, alangkah baiknya kalau aku terus saja membeli dan menyerahkan kepada mereka. Tentu aku akan merasa amat gembira melihat siabang menyuap bihun itu dengan lahap, hatinya suka. Tak kisahlah kalau mereka tak terima sekurang-kurangnya aku telah melepaskan beban perasaan ku ini. Namun kerana kedangkalanku sendiri bayangan mereka terus menghantui. Mudah-mudahan aku akan diketemukan dengan mereka semula supaya aku tidak teragak-agak lagi berbuat kebajikan. Semoga Allah mengampunkan aku.

Monday, February 21, 2011

Assalamualaikum sahabat...


Betul kata orang, paling sukar adalah untuk memulakan semula sesuatu. Setelah hampir 2 bulan takde sebarang entry aku tak ubah macam sikucing yg enggan bangun dari tidur yang nyaman dan panjang.



Perjalanan kehidupan adalah ibarat menggunakan laluan di hutan, jika kita tidak merentasinya selalu ia akan hilang ditutupi oleh tumbuhan dan kita akan hilang jejak.



Namun rindu kepada sahabat blogger menggerakkan hati dan jasad untuk terus berkarya. Begitu hebat pengaruh kasih sayang!