Thursday, July 26, 2007

Serba salah


Hari ini pertama kali aku engkar dengan arahan bos. Selamba kodok je aku pohon untuk tidak menghadiri mesyuarat pembangunan jam 9.00 pagi dengan alasan nak habiskan kerja. Bos aku yang masih muda awal tiga puluhan dan hensem tu terkebil-kebil tak terkata apa-apa. Geli hatipun ada kesihanpun ada. Aku dah bosan nak menghadiri mesyuarat, berjam-jam berbincang, bertekak dan berborak penyudahnya minum-minum atau makan-makan. Hasilnya kerja aku makin tertunggak, mana nak buat kertas kerja, mana nak deraf surat, mana nak buat pendaftaran "online" dan macam-macam lagi. Namun esok lusa tak mungkin aku dapat mengulangi kedegilan tu lagi. Serba salah sungguh kalau jadi kuli ni.
************************************************************************************
Hari ni sahabat aku MM kirim sms lagi, marah-marah dan ade nada merajuk. Dia kata aku sombongle, tak ingatkan kawanle, dah dapat kawan barule dan macam-macam lagi hanya kerana aku tak sempat balas sms dia sejak dua menjak ni. Lagi sekali aku buat lawak kodok ngan dia masa balas sms tu "sape suruh kau hantar sms tu, nape lak aku wajib balas. nak merajuk, merajuk le aku tak reti nak pujuk kau pujukle diri kau sendiri, hahahaha". Lepas tu dia diam berjam-jam lamanya. Kesian aku melimpahruah tapi rasa kelakarpun ade. Ni macam punya manusiapun ade dalam dunia. Dia yang pelik atau aku yang melampau. Penyudahnya aku tetiba jadi sang pemujuk. Serba salah sungguh kalau ade kawan yang sensitif tahap tenat!

4 comments:

Noushy Syah said...

EEEEEE teruknya Kak NOOR, orang anta eshemesh dah lah xmo balas2 pash tu dia kata sape suruh antar pulak..eRRRR...

Patutlah tak balas2 eshemesh noushy, ngehhh...tapi syayang jugak Kak Noor!!

Masy said...

hehehehe.. kemsalam ek kat bos akak yg ensem tu.. sambil2 tu hulur laa no phone org wakakakakaak *wink wink*

Unknown said...

Ekekekekekekeee... Salam Noorlara... ganaznya... tapi betullah, kadang tu orang hantar sms bukan ada soklan ke apa yang kita kena jawab balik. Tambah kalau dia tanya dan jawab sendiri. Buang duit je balas balik... huhu.

Noushy Syah said...

KOmen pun dia tak baals ..ni yang geram nih...GRRRRRRRRRR hah kata lagi shaye anak keturunan Tarzan!! geget kak Noor baru tau!!