Tuesday, April 20, 2010

Berakhir cerita berakhir derita.....Innalillahi wainni Ilaihirajiun


Sejak pagi Sabtu 17 April mingu lepas ada menerima "miss call" da dan panggilan penting dari harida di Melaka dan Naim di KL. Sebaik usai Majlis Penyampaian Sijil kehadiran aku bergegas bilik penginapanku di No. 445 bersiap untuk meninggalkan Hotel Awana Kijal Beach and Golf Resort, Kemaman, Trengganu.

Memandangkan panggilan dan smsku sebelum ini tidak pernah dibalas oleh Haridah jadi aku menganggap itu panggilan balas darinya. Namun sebelum sempat aku membuat panggilan, sms Harida terlebih dahulu memeranjatkanku pagi itu dengan memberitahu
"sahabat karib kita telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi, mayat akan dikebumi selepas zohor" - singkat perbualan kami, sebak dan suara ku tersekat-sekat. Akan tetapi sesudah itu perasaanku amat sedih dan tanpa dapat ku kawal aku menangis dan meraung sekuat hati, tetiba saja aku merasa kehilangan yang amat sangat, kisah-kisah suka duka waktu kami bersama waktu di sekolah rendah, menengah rendah dan di kolej datang silih berganti. Aku tak tahu apa harus aku lakukan, untuk balik ke Melaka tidak sempat seaba penerbanganku ke KLIA hanyalah jam 19.15 mlm malah tiadapuala penerbangan terus ke Melaka. Dalam kedukaan itu aku hanya telefon Naim, mendengar raung dan tangisku dia dah tahu yang aku memang dah tau. Pelan-pelan dia nasihatkan aku agar bersabar dan memberitahu akan menziarahi arwah dengan seorang lagi kawan kami tapi tak sempat menghadiri upacara pengebumian. Aku masih menangis tersedu-sedu hingga merah dan bengkak mata.

Sahabat blogger!

Masih ingatkan entry bulan Oktober 2009. Cerita dukaku ini adalah mengenai Esah Abu yang mengidap Kanser Servik sejak tahun 2006. Rupa-rupanya benarlah kata-katanya bahawa pertemuan 22 Oktober itu adalah yabg terakhir. Patutlah terasa amat berat untuk aku melangkah pergi hari itu, dua kali akSejal itu aku tidak pernah culas untuk berdoa biat mereka berdua setiap kali lepas sembahyang dan ketika hendak tidur. Malangnya aku tidak sempat menziarahinya lagi sesudah itu kerana hambatan masa dan kerja atau aku yang sebenarnya tidak serius. Siapakah yang dapat menghalang takdir yang sudah tentu lebih baik untuk arwah. Kesedihanku belum sirna, airmata ini mudah saja menitis membuat dadaku sebak dan hatiku pilu.

Arwah bukan saja seorang sahabat yang terbaik antara kami bertiga, dia, Harida dan aku malah dia lebih warak dan ikhlas dalam bersahabat. Sedikit lepas cakap tapi penyayang dan tidak nakal seperti aku. Kami sering bergurau dan dia paling ikhlas kalau memuji. Kami bertiga sering berbincang bersam bila tiba musim peperiksaan dan keputusan kami biasannya tidak jauh beza.

Kini aku telah kehilangan seorang sahabat, pergi dan tidak mungkin aku berjumpanya di dunia ini lagi. Namun aku tidak akan berhenti berdoa untuk kesejahteraan rohnya di alam kubur. Insyaallah dengan Alfatihan dan Al Ikhlas setiap hari dan Surah Yasin setiap minggu bila keadaanku mengizinkan, agar Allah memberikan aku kekuatan dan tidak menjadikan aku lupa malakukan semua ini hingga akhir hayantku. Sudah tentu doaku tidak sebaik doa anak yang soleh namun aku tetap percaya sedikit sebanyak doaku akan diperkenankan Allah.

YA ALLAH KAU MASUKKANLAH ROH ALLAHYARHAM ESAH ABU DALAM GOLONGAN ROH ROH YANG KAU KASIHANI DAN RAHMATI, ROH ROH GOLONGAN MUSLIMAT YANG BERIMAN. KAU AMPUNI DIA . LAPANGKANLAH DAN TERANGKANLAH RUANG KUBURNYA. AMIN YARABBAL A'LAMIN

AL FATIHAH.

Wednesday, April 14, 2010

Janganlah marah sayang...


Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita bagaimana seorang suami sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isteri yg telah dinikahi sejak 16 tahun sudah hanya kerana isteri malang itu tidak memenuhi kehendaknya. Akibatnya sang suami akan merengkok dalam penjara dan si isteri menjadi cacat serta dikejar ingauan ngeri seumur hidup. Selain dari itu kuntum kasihsayang turut sama terkulai layu dan gugur. Semua ini terjadi gara-gara kegagalan suami menangani kemarahan dan keengganan isteri melaksanakan tanggungjawabnya.

Sebenarnya masih ramai lagi suami di luar sana yang menhadapi masalah yang serupa tapi masih boleh bersabar. Meraka adalah lelaki yang punya tahap kesabaran yang tinggi dan patut diberi pujian. Namun kalau boleh janganlah kita sebagai isteri mengambil kesempatan dan memandang remeh perkara tersebut. Melayan kehendak suami adalah wajib dalam apa hal sekalipun suami harus diutamakan, jangan sampai kesabaran mereka tidak terbendung lagi. Justeru lelaki itu hanyalah seorang manusia.

Kemarahan mengubah kehidupan yang indah kepada tragedi. Kemarahan akan membunuh impian dan kemarahan membuat hidup jadi kelamkabut. Setiap kali kita marah ada saja orang yang akan menjadi mangsa termasuk diri kita sendiri. Betapa banyak kemusnahan dan porakperanda terjadi gara-gara kita gagal membendung perasaan marah. Sehebatmanapun kita mencuba kita pada hakikatnya kita tidak dapat lari dari perasaan marah tapi kita boleh mengawalnya. Bayangkan betapa indah dan bahagianya hidup ini jika kita dapat menghindarkan diri dari marah. Cubalah jangan marah kerana marah hanya akan mengurangkan rasa cinta kasih dan sayang.


KLIA 14 April 2010 (Rabu) 4.09 ptg
Dalam perjalanan ke Kuantan

Wednesday, April 07, 2010

Alkisah binatang...

Sehebat hebat Pak tompok ni dia masih tidak dapat lari dari rasa penat. Dia perlu juga merehatkan badan untuk melepaskan lelah. Atau mungkinkah dia tengah kelaparan yang amat sangat? Oleh itu jangan mudah terpedaya nanti menjadi mangsa.



Memandangkan ayam ni binatang jadi tak bolehlah nak kata apa tapi sekurang-kurangnya siibu ini tidak membunuh dan membuang anaknya.



Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima walaupun sebiji kacang tanah sudah cukup untuk menjinakkan sang tupai . Atau si tupai baru jatuh dari dahan pokok akibat dari lompatan yang tidak berhati-hati.

Friday, April 02, 2010


Lagi lagi kes buang bayi menjadi berita hangat bukan saja di Malaysia tapi di negara China malah seluruh dunia agaknya. Bayi yang bernasib baik dan belum sampai ajalnya jatuh ketangan pasangan yang memang sangat mendambakan anak. berbahagialah sikecil itu. Mana-mana yang lewat ditemui menjadi mangsa urungan semut, gonggongan anjing atau ditimpa hujan semalaman, alangkah kesihannya. Bilalah cerita cerita duka ini akan terhenti atau akan semakin menjadi jadi dengan kesediaan kerajaan untuk menyediakan rumah perlindungan untuk si kecil yang lahir atas keterpaksaan sesudah keterlanjuran yang sepatutnya tidak harus terjadi. Berusaha dan berdoalah agar generasi warisan kita dipelihara dari terlibat dalam musibah yang demikian kerana ia bukan masalah orang lain tetapi masalah kita juga!