Tuesday, December 30, 2008

Selamat datang tahun 2009


Walaupun sebagai orang Islam kedatangan Tahun Masihi tidaklah sepatutnya disambut sepertimana munculnya tahun baru Hijrah, namun tidak salah mengalukannya asalkan tidak menjadikan ia alasan untuk berpesta-pestaan yang sudah tentu membawa kepada perbuatan maksiat. Setiap kali menjelmanya tahun baru sepatutnya menoleh sebentarlah untuk melihat sejauh mana pencapaian kita pada tahun yang telah ditinggalkan. Apakah telah tercapai cita-cita yang diwarwarkan atau masih tinggal cita-cita. Apakah azam yang diucapkan telah terlaksana dengan tindakan yang bijak dan konsistan. Kalau masih tergantung maka pastikan kedatangan tahun baru tidak disiasiakan sebagaimana kita telah membuang masa selama bertahun-tahun sebelum ini.

Bagi yang telah menjalani tahun terdahulu dengan begitu bergaya dan berjaya diucapan tahniah. Sebenarnya setiap kali masa berlalu seharusnya merasa sedih dan lebih waspada kerana bukan saja usia bertambah akan tetapi fikirkan juga sebanyak manakah persediaan yang telah kita ada untuk menghadapi hari esok. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam dan esok selayaknyalah lebih baik dari hari ini kerana pertambahan usia membuatkan kita semakin matang!

Monday, December 29, 2008

Ngomel

Santai memandu di tengah tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Nampaknya ramai warga KL yang meninggalkan kota yang sesak ni sempena sambutan Hari Natal dan menghabiskan cuti menjelang hujung tahun. Inilah waktu terbaik untuk mendatangi kota yang tidak pernah tidur ini.
Lebuhraya menuju ke Ampang yang lengang.

Nabilah yang gembira mendapat barangan kesukaannya di TESCO, Pengkalan, Ipoh. Walaupun banyak keperluan yang berharga agak murah tapi tak kurang juga yang lebih mahal jika dibandingkan dengan premis lain. Berbelanjalah dengan bijak.




Seronok melihat kreativiti insan lain yang bijak menggunakan bahan yang ada dan mengolah menjadikan ia karya seni yang indah. Walaupun merak ini diperbuat dari helaian selendang dan rotan namun kelihatannya ia seperti bersedia untuk terbang. Inilah hasil menggunakan keupayaan otak lebih dari orang lain. Usaha yang luar biasa akan memberi impak yang hebat!

Friday, December 26, 2008

Mengenangkan hal


rasa-rasanya inilah antara pokok X'mas buatan yang terbesar di dunia. Berdiri megah di tengah-tengah Suria KLCC


dan ini antara dekorasi yang bergantungan sepanjang laluan sempena sambutan hari Natal tahun ni, rasa macam berada kat London le pulak.

Teringin nak melihat dekorasi hebat seperti ini bila semasa sambutan Eidul Fitr....


Apakah kamar yang indah dan mewah dapat menjamin mimpi yang indah!


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430


Berdoalah kita agar tahun 1430 adalah tahun yang lebih baik
untuk
diri sendiri
keluarga
negara Malaysia tercinta dan
Umat Islam sedunia

Tuesday, December 23, 2008

Kasih sayang


kasihsayang terlalu indah untuk dikenang
selamanya tak pernah kau buang
kasihsayang tiada pernah kenal usia
tua muda akan menikmatinya

namun jangan engkau lupa
akan akibat masa nanti
engkau dapat menderita
kerana terlena rasa cinta

kasihsayang
terlalu indah dan mengasyikkan
yang membuat remaja
patah hati ooooh yeeee

Lagu nyanyian : D'llyod

Monday, December 22, 2008

Perjalanan



Semalam Ahad tanggal 21 Disember 2003 pepagi kami dah bertolak ke Lapangan Terbang bayan Lepas Pulau Pinang untuk menyambut balik Nabilah sayang dari medan tapi sebelum tu sempat pekena susu lembu segar panas ngan sekeping capati. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan kiri kanan hijau dan subur sejuk mata memandang. Kalaulah perjalanan hidup ini seindah dan selancar memandu di lebuhraya
alangkah...... alangkah....


melalui jembatan Pulau Pinang yang indah gagah tersergam, terasa diri kecil. Sayangnya hadangan di tengah-tengah laluan menghalang pandangan ke Bandar Georgetown
Siksanya kalau pandangan terbatas dan keindahan yang tidak dapat dinikmati


kaum keluarga yang sibuk menunggu ketibaan insan tersayang dari berbagai destinasi.Pemergian ke merata pelusuk dunia walau berhari, minggu atau tahun sampai masanya akan balik juga. Akan tetapi kalau perginya menyambut panggilan ajal betapa sedihnya......... bila penantian tiada akhirnya!

Sunday, December 21, 2008

Bibir



Sanggupkah anda menjalani kesakitan ini?
hanya untuk mendapatkan bibir seseksi ini?













Aku tetap berpuashati ngan apa yang keterima sejak azali lagi kerana itulah yang tercantik dicipta Allah buatku. Biarpun tak seseksi bibir Angelina Jolie namun nak menyeksa diri tak kuasa.... Bibir cantik macamnapun kalau perkataan yang sering keluar menyakitkan hati dan sukar nak senyum tak ade gunanya

************************************************************************************



apa merayap di tengah sawah
anak kepiting di celah batu
apa diharap kepada saya
sudahlah miskin yatim piatu

Friday, December 19, 2008

Jodoh



ke mana perginya janji dan sumpah
sudah pudarkah cinta
sudah usangkah rindu
inikah akhir sebuah citra
terasing jua kau dan aku





Bidukku lilin layarku kertas
namun lautan api sanggup ku harungi
demi cinta kasih nan suci
tuhan!
berkatilah kami hingga akhir nanti

Wednesday, December 17, 2008

Kacang oh kacang


Subject: DIABETES TREATMENT

Please note that another name for Lady's Finger (Bhindi ) is " OKRA ".
Last month in one of TV program I learnt of a treatment of Sugar (Diabetes).
Since I am diabetic, I tried it and it was very useful and my Sugar level is in control now. In fact I have already reduced my medicine.

Take two pieces of Lady Finger (Bhindi) and remove/cut both ends of each piece.
Also put a small cut in the middle and put these two pieces in a glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during night. Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady finger (bhindi) from the glass and drink that water. Keep doing it on daily basis. Within two weeks, you will see remarkable results in reductio n o f your SUGAR.

My sister has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few years, but after taking the lady fingers every morning for a few months, she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers every day.
But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds the water and drinks it all up the next morning.

Please. try it as it will not do you any harm even if it does not do much good to you, but you have to keep taking it for a few months before you see results, as most cases might be chronic.

Nota : Ihsan dari email Group Belalang, pohon war-warkan mudah-mudahan memberi manfaat kepada yang berkenaan







kacang bukan sebarang kacang
kacang melilit di ranting kayu
datang bukan sebarang datang
datang untuk melepaskan rindu

Duniaku tanpa warna


Sesekali aku terfikir bagaimana nantinya kalau dunia ini tanpa warna kecuali hitam dan putih. Alangkah suram dan tidak bermaya,hambar dan tiada seri. Akan hilang segala yang indah, cantiklawa dan mempersona. Kalaulah tuhan menarik nikmat warna bayangkanlah betapa sedihnya......

Monday, December 15, 2008

Taman Herba Perak Darul Ridzuan


Lawatan sambil belajar setengah hari ahli-ahli PUSPANITA ke Taman Herba Negeri Perak yang terletak di Batu 1, Jalan Simpang Pulai - batu gajah, Kampung Kepayang, Gopeng
hari ini telah membuka mata perserta betapa selama ini kami tidak menyedari bahawa selama ini kita memang dikelilingi oleh tumbuhan herba. Dinamakan herba apabila dari akar hingga ke pucuk sesuatu tumbuhan bolehsaja boleh dimakan tetapi juga digunakan untuk tujuan kosmetik, perubatan dan lain-lain.

Taman seluas kurang lebih 54 hekta terdiri dari Laman Perubatan, Laman Aromaterapi, Laman Kosmetik, Laman Rempahratus, Laman Ulaman, Laman Warisan 1 dan Laman Warisan 2
memelihara melebihi dari 580 species tumbuhan herba serba guna. Tumbuhan-tumbuhan itu pula dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

Herba Permata seperti Mas Cotek, Jerangau, Rempah Padang, Kacip Fatimah, Serai Wangi, Legundi dll,
Herba Ajaib iaitu Tongkat Ali, Henpedu Bumi. Temu, Mengkudu dan Misai Kucing,
Haruman Segar pula Nilam, Kayu Manis, Melur, Kenanga, Melur dan Cempaka dan
Sesedap Rasa terdiri dari Pegaga, Kemangi, Lemgkuas, Cekur, Serai, Kantan, Pudina dan All Spice

Penerangan yang diterima menceritakan hakikat bahawasanya tiada satupun jenis tumbuhan samada yang menjulang ke langit, melilit pokok lain, melata di bumi hatta di dalam air sekalipun yang tidak berguna. Sehinggakan lalang yang menjadi kebencian kitapun rupa-rupanya mempunyai kasiat perubatan kerana hanya dengan mengambil secekak kemudian direbus dengan 2 ke 5 cawan air, bila diminum insyaallah akan membantu mengubati batuk dan demam.

Tumbuhan ini adalah "Haba Neraka" peserta yang sedang hamil dilarang melintasinya kerana ditakuti akan mengakibatkan keguguran. Tidak digalakkan ditanam di rumah kerana dengan melintasinya setiap hari akan menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid. Anak dara dilarang mendekatinya kerana boleh menyebabkan sukar mengandung. Percaya atau tidak terpulang yang jelas ia yang memberi amaran adalah oleh pegawai taman berkenaan bukannya dukun kampungan.

p/s. sempat nyambar pokok Salam, Dada Lipan dan Harum Sundal Malam sebelum balik.

Sunday, December 14, 2008

Musim cinta



Cuti sekolah telah bermula dan musim perkahwinan atau musim cinta telah tiba. Sebagaimana lebatnya hujan dihujung tahun begitulah juga banyaknya kad jemputan yang diterima. Nampaknya menghadiri majlis walimatulurus telah menjadi kemestian pada setiap Sabtu dan Ahad tak kira siang atau malam, di rumah atau di dewan.





Mudah-mudahan pasangan pengantin akan berbahagia hingga ke helaan nafas terakhir, mudah-mudahan kasihsayang dan kesetiaan akan terus hangat. Hidup saling bertolak ansur saling memahami. Kerapkali kena menjadi buta, pekak dan bisu. Tak semudah yang dijangka, bukan seperti mengembala seekor lembu yang taat mengikut ke mana arah tali ditarik. Itupun sebab tali didicucuk kehidung, kalau tidak harus juga dah lama gembala kena terajang ngan lembu tu hahahhaha

Thursday, December 11, 2008

Anak dunia

(Fatima dari Morocco).

alahai sikecil yang mungil
apakah yang tersirat pada renung mata bundarmu
apakah yang terperangkap dibibir nan bisu
kalau bisa ku rungkai
duhai anak dunia!





maka gugurlah dedaun duka
diterjah angin dingin
musim luruh




kalau bidukmu berlayar kertas lautan api jangan nak rentas

kalau berpandukan bintang yang satu arah manakah akan kau tuju

Wednesday, December 10, 2008

Hakikat kejadian



Kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa meninggalkan kesan yang impak yang pelbagai. Mereka yang diduga sedemikian rupa dengan kehilangan harta benda dan ahli keluarga dalam sekelip mata tentulah amat bersedih. Manakan tidak rumah yang dibina dengan hasil titik peluh bertahun-tahun, direka sedemian indah tersergam nilai berjuta dengan peralatan yang bukan sedikit dan mahal-mahal, kenderaan dan paling menyayat hati perginya insan tersayang buat selamanya. Mungkin setengah dari kita akan berkata "ah biarkan orang kaya esok lusa boleh buat rumah lebih besar dan hebat" namun hakikatnya membina yang baru tidak sama dengan yang hilang, mahligai yang menyimpan bersama sejarah sukaduka kehidupan mereka sekeluarga. Kalau kita tidak perlu membantu dari segi material sekurang-kurangnya berilah sokongan moral dan doa agar mereka yang terlibat akan segera beroleh keselesaan dan pulih dari trauma yang menakutkan itu.

Bencana yang diturunkan adalah sebagai peringatan bahawa suatu hari bernama kiamat segala yang kita kasih, cinta dan sayang, kepunyaan kita yang indah menawan, mempersona dan seringkali melekakan akan hancur lebur dan ranap sama skali. Itulah ketentuan dan perancangan Allah SWT yang penuh misteri yang wajib diimani malah kejadian bencana alam di serata dunia jelas memberitahu kita bahawa kiamat itu adalah benar dan akan berlaku cuma masanya saja kita tak akan tahu. Apa saja harta kepunyaan kita, tanah, rumah, emas berlian, suami, isteri anak-anak dan kaum keluarga, pangkat, gelaran dan kedudukan semuanya adalah pinjaman semata-mata. Adat meminjam maka kenalah memulangkannya semula bila sampai waktu. Maka alasan apakah yang ada untuk kita mendabik dada berlaku sombong, riak dan takbur sesama insan. Kita bukan siapa-siapa melainkan hamba Allah SWT yang dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar berlandaskan Alquran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Dari Allah kita datang kepadanya jugalah kita kembali.....

Pengorbanan



Aku tidak menyambut kedatangan Eidul Adha sepertimana tahun-tahun lepas sebab tak semena-mena demam sehari sebelumnya dan melarat hingga saat ini. Jadi aku hanya terperap di rumah tapi tetap menediakan rendang dan sambal ayam dengan nasi impit kesukaan A dan ML.

Terkenang aku cerita seorang nenek yang tidak punya apa-apa tetapi hampir setiap tahun melakukan korban walupun satu dari tujuh bahagian seekor lembu demi menyahut tuntutan agama. Beliau menyimpan setiap hari seringgit sehingga genap RM300.00 atau lebih sedikit (Mengikut harga seekor lembu dibahagi kepada tujuh) memastikan bahawa beliau dapat melakukan ibadah korban tahun demi tahun. Terharunya aku, sedangkan kita yang punya segala dengan rezeki yang melimpahruah masih teragak-agak untuk mengeluarkan sekelumit dari pendapatan untuk tujuan tersebut. Ditahap manakah iman kita berbanding dengan nenek itu.

Jom! sehari seringgit nanti Eidul Adha tahun depan kita korban satu bahagian lembu, Insyaallah! Kalau lebih atau seekor lagi hebat dan berkat. Memang bukan mudah nak berkorban tapi tiada alasan untuk berkata tidak kalau iman menjadi sandaran, tak gitu...

Wednesday, December 03, 2008

Monolog


13 hari tinggalkan pejabat bukanlah jangka masa yang pendek dan aku menjangkakan bebankerja yang tertunggak akan berlonggok di atas meja bila kembali bekerja, malangnya keadaan masih seperti biasa, tiada sebarang untuk dibereskan. Justeru terpaksalah aku melenguh depan pc dan akhirnya menerjah masuk ke blog sendiri berbuat apa yang patut. Kalau lelama cenggini boleh dungu jadinya aku, otak tidak dipergunakan secara maksima akan mengundang banyak masalah, mengantuk. bosan dan rasa macam orang bodoh. Harap-harap permohonanku untuk bertukar ke pejabat baru akan diluluskan selewat-lewatnya Januari tahun depan.




Tanpa diundang SG datang kepadaku mengadu rasa tak puas hati dan marah kepada R. Pendek kata dah macam naga yang kuar api menyala-nyala dari mulut. Mengenangkan dia datang untuk melepaskan rasa benci plus meluat sesangat tu jadi aku biarkan dia bercakap sepuas-puasnya.
Lepas tu aku renung lelama kedasar hatinya melalui mata yang merah tu sambil senyum. Dia tanya napa aku senyum aku kata sebab dia dah buat apa yang patut tapi lain kali aku nasihatkan dia supaya meluahkan rasa amarah tu ke pokok atau busut je sebabnya aku tak mau lagik bersubahat mendengar dia mengaja dan memaki hamun begitu.
Apapun aku puji dia sebab tak terajang atau sepak si R.

Tuesday, December 02, 2008

Selesai sebuah kisah atau mulanya suatu masaalah



Jumaat lalu aku terima sms dari kawan yang aku ceritakan sebelum ini, beliau menyatakan bahawa talak tidak dapat dijatuhkan kerana hakim yang menendalikan kes itu meninggaldunia, lalu aku membalas dengan meminta dia bersabar dengan ujian getir yang dilaluinya itu. Sebagai seorang wanita aku dapat merasakan beban yang tergalas dibahunya namun aku hanya bisa menasihati dan berdoa tidak lebih dari itu.

Apapun beberapa hari selepas itu sms berbau ceria darinya menyatakan bahawa talak satu telah dijatuhkan, aku tahu dia bagaikan telah terlepas dari cengkaman penderitaan yang amat pedih tapi tetap bersedih kerana pada pendapatnya suami yang dicintai sepenuh jiwa raga itu masih tercari-cari cinta sebenar.

Justeru ini merupakan hal peribadi dan rumahtangga maka aku lebih suka berdiri di tengah-tengah tanpa perlu menghukum atau menyebelahi sesiapa. Aku percaya lambat laun sisuami akan menyedari bahawa berlian yang didambarkan selama telah lama dimiliki berada di depan mata dan tidak mudah tersilau oleh kilauan kaca yang penuh pesona. Mudah-mudahan pasangan itu akan menemukan kebahagian dan kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

Sunday, November 16, 2008

hati yang terluka



Tadi siang aku terima panggilan telefon dari seorang kawan dengan khabar duka. Tanpa dia duga rupanya telah dua tahun dia dimadukan. Begitu dia diberitahu sendiri oleh suaminya baru dia perasan perubahan sikap lelaki itu dalam 2 tahun kebelakangan ini. Patutlah lelaki itu sentiasa offkan hp dia bila di rumah, patutlah dia selalu tuko pin no. hp dia dan patutlah dia tak kisah bila tidur sendirian. Sikap dia berubah.

Akan tetapi yang amat dikesalkan oleh kawan aku itu ialah suami dia nikah ngan janda yang umurnya sebaya dengan dia - 50 tahun, maknanya lima tahun je mude dari suami dia. Dia tanye apa kurangnya dia sebab:

Dia terpelajar pmpuan tu tidak
Dia pengetua sebuah sekolah menengah pompuan tu tak kejepun
Dia bantu perbelanjaan rumahtangga pompuan tu tidak walau sesenpun
Dia dah 27 tahun mengabdikan diri kepada suami dia jadi tukang masak, tukang kebun, amah dan room service sedangkan pompuan itu baru 2 tahun

Dia mendapat tahu berita ini pada hariraya lepas ketika suami dia tertidur dan lupa offkan hp dia. Bila dia jumpa sms pompuan itu dan pertikaikan ngan suami dia maka dengan selamba kodok lelaki itu bagitau yang dia dah nikah sejak 2006 sebab dia kesian.

Apapun konunnya lelaki itu dah insaf dan akan menceraikan isteri kedua pada hari jumaat ini sebab dia tak mahu ceraikan kawan aku tu.

I have no comment tapi apa yang nak aku perkatakan ialah dari suaranya aku dapat merasakan kesedihan yang teramat dan luka yang dalam di hatinya. Alangkah rawannya kalbunya lantaran kepercayaan dikhianati dan kesetiaan tidak dihargai. Dalam tawa dia aku mendengar tangisan yang panjang kalaupun suaminya kembali semula dan menjadi lebih baik dari dulu tapi bekas paku yang telah dicabut dari papan hatinya akan tetap di situ walaupun dicat dengan warna keinsafan. Things will never back to normal!

Pada kaum lelaki yang terbaca tulisan ini aku pohon agar elakkanlah dari menyakiti hati isteri anda dengan berbuat curang dan khianat sebab sakitnya akan kekal hingga ke tarikan nafas terakhir.

Friday, November 14, 2008

Thursday, November 13, 2008

Wednesday, November 12, 2008

Ngomel

Semalam dalam perjalanan balik ke rumah hujan turun dengan lebat. nampaknya sepanjang tahun ini di Ipoh sesekali saja hari bebas dari limpahan air dari langit tu. Memang betul cuaca dunia dah mula tergelincir dari landasan kelazimannya, cuaca sukar diramalkan. Mudah-mudahan esok petang hari cerah dan dapat aku beriadhah.


Petang ini resah hatiku tatkala mengintai dari jendela bilik, hujan sedang turun dengan ramahnya. tiada pilihan lainlah terpaksalah lepas pejabat ni aku terus balik rumah. Apapun syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku tak perlu nak siram pokok-pokok bunga tu dan bumipun menjadi bersih serta tumbuh-tumbuhan segar menghijau. Aku masih terus berdoa agar esok petang sinaran mentari menantiku!



Yang paling aku hangin ialah bila ade yang mengajakku untuk makan secara buffet sebabnya walaupun aku ni jenis yg amat mengambil berat tentang pemakananku tapi aku tak kuat melawan nafsu tekak ni bila melihat makanan yang lazat menggoda menggamit-gamit depan mata. Kiranya sejenis penyakit jugak ni...

Tuesday, November 11, 2008

Melurku


Ini adalah pokok bunga melur yang bunganya berlapis indah macam bunga ros, lihatlah kudup lain yang tak sabar-sabat nak mengembang.











dan ini pokok bunga melur yang bunganya selapis tetapi tetap cantik menawan. Bayangkanlah bila semua kudup bunga dikedua-dua pasu ini kembang sepenuhnya, Tentu berseri dan harum pagiku. Menghirup udara pagi yang segar, menikmati keindahan kuntuman dan menghidu haruman flora adalah terapi paling mujarap sebelum melangkah ke pejabat dengan penuh semangat.







manakala ini adalah pokok sakat yang tumbuh tanpa perlu ditanam dan dibaja. Cantik memangle cantik cuma tak sepatutnya ia tumbuh di dinding bangunan ini, malah senario seperti ini ada di merata tempat di negara kita, tak heran!

Monday, November 10, 2008

Selamat ulangtahun kelahiran


Ucapanku untuk semua kita yang telah dan akan menyambut hari ulangtahun kelahiran tahun ini.

Semoga
diperkuat iman
diperhebat keupayaan
dimurahi rezeki
selamat dunia dan akhirat
sentiasa redha dan bersyukur

Friday, November 07, 2008

Anak Tangga Cinta

Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad. Laki-laki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam goa yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ....


Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka karena perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah punya beberapa anak....
Pada waktu itu tidak bisa diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.....Untuk menghindari gossip murahan dan celaan dari lingkungannya, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah goa di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing.

Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak punya apa-apa, tidak ada listrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumputan dan akar-akaran yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahwa ia telah mengikat Liu dan ia berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik". Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterimya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terheran-heran menemukan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.

Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung. Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pingsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya.
"Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?" Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.

Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly.
Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan musium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.

Diambil dari email azurah@mce.com.my

Wednesday, November 05, 2008

Perjalanan ke pejabat


Seawal jam 7.00 pagi aku mesti meninggalkan rumah untuk ke pajabat bagi mengelakkan kesesakan di jalanraya. Walaupun masih belum seteruk Kuala Lumpur, berbanding 10 tahun lalu, lalulintas di Ipoh ini telah mula memeningkan kepala.


Projek perumahan yang tumbuh merata-rata sekitar Ipoh menjadi antara sebab utama kenderaan bertambah. Bertambahnya lampu isyarat dan susur keluar turut mencuri masa.

Nampaknya dua tiga tahun akan datang sudah tentu aku terpaksa berada di jalanraya lebih awal dari sekarang. kalaulah aku ada kepak....

Tuesday, November 04, 2008

Pantai hatiku



Ombak
dungukah aku menjadi pantai
yang tidak pernah membantah
datang dan pergimu

Sunday, November 02, 2008

Melurku



Aku ada menanam dua pasu pokok bunga melur sejak beberapa tahun yang lalu. Tidak seperti pokok kesidang, kenanga dan cempaka, menjaga pokok melur agak remeh, manja yang amat. Kalau aku tidak menjenguk, membelai daunnya sekurang-kurangnya sekali seminggu habislah daun-daun dan pucuknya dimakan ulat rama-rama. Aku agak daunnya lemak berkrim tu le pasal rama-rama suka bertelur padanya.

Sejak dua minggu lalu aku semburkan malation keseluruhan pokok itu. Hasilnya daun tumbuh menghijau tanpa cacat cela dan kelihatan kudup-kudup bunga baru malu-malu mahu mengembang. Alangkah indahnya.

Kenapalah akau tidak bertindak sedemikian sejak hari pertama aku membawanya pulang. Aku telah membuang masa bertahun-tahun untuk menyingkirkan daun-daun yg dimnakan ulat dan sesekali cuma saja dapat mencium harum ramah bau bunganya.

Akan tetapi walaupun dalam beberapa hari lagi semua kuncup bunga melur itu akan mengembang dengan cantiknya tetapi sayang seribu kali sayang keharumannya dah tercemar dengan bau malation yang meloyakan.

Nampaknya aku tiada pilihan lain, untuk menikmati keindahan kembang melur aku harus mengetepikan soal keharumannya. Persoalannya apalah gunanya kalau sekadar cantik dipandang saja... sedangkan yang meruntun hatiku ketika membawa pulangnya dulu adalah pesona wanginya.