Friday, December 19, 2008

Jodoh



ke mana perginya janji dan sumpah
sudah pudarkah cinta
sudah usangkah rindu
inikah akhir sebuah citra
terasing jua kau dan aku





Bidukku lilin layarku kertas
namun lautan api sanggup ku harungi
demi cinta kasih nan suci
tuhan!
berkatilah kami hingga akhir nanti

11 comments:

chekdenoor said...

Jodoh pertemuan adalah ketentuan ALLAH.

Chekdee selalu nasihatkan anak-anak....apabila mula memileh pasangan hidup....tolonglah buat solat istiharah....mohon petunjuk dari ALLAH agar jodoh kita adalah yang terbaik dan menghasilkan sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya.

Jodoh bukan untuk dicuba-cuba...kerana hasil dari jodoh..lahirlah zuriat yang kita kena pertanggung jawabkan dengan penuh kaseh dan sayang.

Uncle Lee said...

Hello Noorlara, betul chantek gambars in your this post. Saya suka tengok.
Terima kaseh for your kind compliments re my bahasa.

Bahasa saya ya la jurassic, sebelum Merdeka...tetapi sekarang, saya betul kelang kabote, lintang pukang bila bacha some of my other lady friend's blog postings.
Dia pakai banyak short cut bahasa words, ha ha. Buat saya mabuk, ha ha, ahhhh, tetapi saya boleh faham 38%, ha ha. The rest use imagination.

By the way...siapa dalam gambars tu? That family gambar...Noorlara and family?
Wow! Husband handsome, anak2 very good looking, mak...traffic stopper looks, *wink*.

You have a great weekend, Noorlara....berjumpa lagi, skian....Lee.

Abang Long said...

1001 kisah DUNIA. Yang baik jadikan tauladan.

naz ilyn said...

salam...

itulah sendiwara duniai
warna warni kehidupan bagai laskar pelangi
kita sendiri yang mencorakkan perjalanan hidup ini
kanan dan kiri pilihan sendiri
apa yang dimahu itu yang diberi jangan salahkan cinta yang suci atau jangan disalahkan ikatan yang murni
manusia itu sendiri yang membutakan hati

p/s: jangan terleka dengan cantiknya rupa... jangan terlena dengan indahnya dunia.

AL-BIMA SAKTI said...

sumpah janji boleh basi
jika hati sudah mati.

sumpah janji boleh mati
jika jiwa dan hati sudah tak serasi.

'jodoh itu tuhan tentukan'

noorlara said...

benar tu chekdenoor dan salah satu kunci kebahagian rumahtangga apabila sentiasa mendapat perhatian dan nasihat yg baik dari ibubapa. Bertuah anak cekde!

noorlara said...

Taklah u.lee tu family artis malaysia yg baru bercerai kali berdua, semoga mereka menemui kebahagian yg dicari.

hahahhaa takpe belajar bahasa melalui blog ni pasti pandai, bila tak tau lah yg pasti sikt-sikit lama-lama banyak!

noorlara said...

betul tu abang long,
ada banyak perkara banyak untuk dicontohi tapi yg heran benda yg tak elok juga yg dikejar orang

noorlara said...

naz,
yg jadi masalah bila kita mudah jatuh cinta banyak-banyak kali maka janji setia yg dulu dah hangus terbakar oleh nafsu dan sumpah setia baru digubah dan dihambur, kecantikan dan keindahan akan luntur namun keutuhancinta itu yg utama

noorlara said...

Al,
memang jodoh ketentuan Allah namun kalau kita sentiasa berusaha dan berdoa, hati takkan mati dan sentiasa kan serasi

dn0-Ira said...

Salam. hidup=mati,jodoh pertemuan dan rezeki adalah ketentuan Allah s.w.t sejak azali lagi. Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan yang menentukan adalah Ilahi. Tetapi setiap yang berlaku itu ada hikmahnya diantara takdir atau kecuaian kita.

Sebagai contohnya, seorang pemandu kereta tidak mengikuti peraturan jalanraya dan suka memotong kenderaan lain serta memandu laju. Apabila berlaku kemalangan maka ianya dikatakan TAKDIR ATAU KECUAIAN ???? Fikir2kanlah.