Showing posts with label Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Istimewa. Show all posts

Thursday, October 23, 2008

Pokok


Aku terpesona dengan pokok ini sejak pandangan pertama. Dalam usia melewati lebih seratus tahun dan ketinggiannya sayup menungkat langit, pokok ini mengingatkan aku betapa indah dan hebatnya ciptaa Allah S.W.T.




Hakikat yang lebih penting, walaupun ia hanya sebatang pokok namun fungsinya amat besar kerana berdekad lamanya, di dahannya yang sasa dan rimbun daun yang hijau mesra, di sinilah beratus mergastua menumpang teduh di siang hari dan juga sebagai ranjang malam untuk merehatkan badan.



Lokasi - Kelab Golf Diraja Perak
Kamera - Handphone Sony Ericsson C902
Tarikh - 19/10/2008 (Sabtu)

Thursday, November 30, 2006

Thursday, October 12, 2006

Seni dan kreativiti



Ada sesuatu yang menarik tentang gambar di atas. Pasti orang yang merekabentuk landskap ini ada sebab tertentu kenapa arca seorang wanita yang sedang berbaring diciptakan. Mungkin untuk didedikasikan kepada seorang wanita yang dia cintai atau itu adalah luahan hatinya sendiri. Hati yang penuh walang dan rawan. Sendirian tak keruan atau mungkin dalam penantian yang tiada berkesudahan. Mungkin, mungkin dan mungkin...


Namun apapun yang lebih bererti dari itu bila dia berani mencipta sesuatu yang lain dari kebiasaan, keluar dari kotak fikiran, berani mencuba dan sanggup menerima risiko. Dia telah menggunakan keupayaan otaknya secara maksima kerana dia tahu otak kurniaan Allah S.W.T itu terlalu hebat jika digunakan sepenuhnya. Rata-rata kita tidak sedar bahawa kita mampu perbuat apapun lebih dari apa yang kita fikirkan. Seringkali kita yang tidak suka menjadi pak turut dan hanya meniru adalah merupakan seorang pemula, model, punya keyakinan diri yang tinggi dan seorang pemimpin yang hebat.