Thursday, January 25, 2007

The gossip


A woman repeated a bit of gossip about a neighbour. Within a few days the whole community knew the story. The person it concerned was deeply hurt and offended. Later the woman responsible for spreading the rumor learned that it was completely untrue. She was very sorry and went to a wise old sage to find out what she could do to repair the damage.
"Go to the marketplace," he said, "and purchase a chicken, and have it killed. Then on your way home, pluck its feathers and drop them one by one along the road."
Although surprised by this advice, the woman did what she was told. The next day the wise man said, "Now go and collect all those feathers you dropped yesterday and bring them back to me."
The woman followed the same road, but to her dismay, the wind had blown the feathers all away. After searching for hours, she returned with only three in her hand.
"You see," said the old sage, "it's easy to drop them, but it's impossible to get them back.
So it is with gossip. It doesn't take much to spread a rumor, but once you do, you can never completely undo the wrong."

Ihsan dari Group Belalang Yahoo

Makanya sekiranya tiada apa yang hendak diperkatakan lebih baik berdiam diri dari memperkatakan perkara yang mendatangkan dosa dan tidak perlu.

Wednesday, January 24, 2007

Tak kuasa..


Kekadang tu aku rasa hairan bin ajaib macam tak percaya je macamana manusia , perempuan pulak tu mengaku berugama Islam, berpakaian elok menutup aurat dengan kerudung labuh sampai kelutut tanpa sebarang alat solek terpalit diwajah tapi bila saja membuka mulut yang keluar adalah kata-kata yang menyakitkan hati, tak habis-habis mencari kesalahan orang lain. Memanglah semua orang kat pejabat ni dah tau perangai mereka begitu tapi geramle juga walau yang diumpatkeji tu bukannya aku.

Alangkah eloknya kalau semua kita berkasihsayang dengan ikhlas, yang salah sesama diperbetulkan, yang kurang ditambahi, yang susah ditolongi tanpa sebarang prasangka buruk. Barulah kehidupan akan sejahtera dan berkat.


Seringkali bila kita menghamburkan kata-kata kesat dan tidak elok wajah kita akan menjadi buruk. Walau secantik manapun wajah kita, keburukan nurani akan mencacatkannya. Dan ia akan jelas terpancar dimuka sehinggakan orang yang pertama kali bertemu dengan kita pun akan dapat meneka bahawa kita ini bukanlah manusia yang berhati mulia.

Apa salahnya sentiasa bersenyum dan cuba menyenangkan semua orang yang kita temui kerana selain senyum itu adalah sedekah, membuat orang lain senang adalah antara laluan yang akan mempermudahkan meniti jembatan kehidupan ini.

Sunday, January 21, 2007

Jendela



Aku masih di sini
mengintai dibalik jendela
menghantar langkahmu
meredah senja
mengusung jenazah cinta

perlahan . . .
ku tutup jendela itu
membenam kenangan di dada malam
penuh rahsia

terkadang
kubuka jendela itu
menghirup pahit bayu rindu
satu persatu

anihnya
aku masih di sini
mengintaimu....

Thursday, January 18, 2007

Selamat Jalan Tahun Hijrah 1427


Kita sudah berada dipenghujung tahun Hijrah 1427. Beberapa jam lagi ia akan meninggalkan kita dengan membawa bersama coretan-coretan cerita kehidupan suka duka, gagal, berjaya, menang, tewas dan sebagainya. Akhiran cerita yang bergantung kepada apa yang telah kita rancang dan usaha pelaksanaan beserta doa kepadaNYA.
Kalau kembara di belantara itu penuh onak duri yang membuatkan kita terluka dan lewat atau gagal sampai ke destinasi yang diimpikan, maka kembara di tahun baru ini sudah tentu kita akan lebih bersedia justeru pengalaman lalu mematangkan pemikiran. Kita jadi lebih tabah dan berhati-hati.

Sudah disenaraikankah azam untuk menyambut Tahun Hijriah 1428, apa khabar pada azam tahun ini? Perlukan azam yang berjela sedangkan realitinya hanya cantik dibaca, macam bintang di langit tidak mungkin tercapai tangan atau masih terkial-kial untuk meneruskan azam tahun ini yang belum selesai.

Apa kata macam tahun-tahun terdahulu kita terus berazam dan berdoa agar tahun baru yang mendatang ini akan memberi kekuatan luar biasa kepada kita untuk mendirikan solah dengan lebih sempurna tanpa terlalu berkira waktu dan tenaga. Biar natijahnya lebih cemerlang, ah bukankah kecemerlangan itu satu proses yang berterusan. Disamping terus menjadikan amalan membaca Kitab Suci Al Quran sebagai rutin hidup, bukan saja terus mempelajari kaedah pembacaan yang betul dari segi tajwid dan lagunya tapi memahami maksud yang tersirat dalam kitab yang penuh mukjizat tu. Biarlah sehari sehelai dua memadailah, buat sikit-sikit lebih baik dari lansung tak buat, bukankah begitu. Semoga tahun mendatang kesihatan kita sentiasa ditahap terbaik dan berjaya dalam segala segi sosial, ekonomi, kerjaya dan mental. Dijauhkan dari segala bencana, maksiat dan kemudharatan. Azam yang lain sendiri kita tekadkan "Plan the Work - Work the Plan." Dengan matlamat yang jelas dan realistik sesuai dengan keupayaan diri. Insyaallah azam kita bisa dicapai.

Jom sama-sama kita hantar kepergian tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kita sambut tahun baru dengan harapan dan doa.
Mudah-mudahan Tahun Hijrah 1428 tahun yang lebih baik untuk kita semua. Insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1428 !

***************************************************************

DOA AKHIR & AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

DOA AKHIR TAHUN


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


DOA AWAL TAHUN


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Dengan Ihsan dan disediakan
Oleh Bahagian Perkhidmatan ICT,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)