Thursday, October 30, 2008

"Maulud Al Rasul SAW


Meh kita ulangkaji sejarah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW , agar bertambah kasih dan cinta kita kepada baginda.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.


USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Terimaan dari farhan sekalung budi sejambak terima kasih

Amazing Science Fact



Did you know that there are 206 bones in the adult human body and there are 300 in children (as they grow some of the bones fuse together).

Flea's can jump 130 times higher than their own height. In human terms this is equal to a 6ft. person jumping 780 ft. into the air.

The most dangerous animal in the world is the common housefly. Because of their habits of visiting animal waste, they transmit more diseases than any other animal.
Snakes are true carnivorous because they eat nothing but other animals. They do not eat any type of plant material.

The world's largest amphibian is the giant salamander. It can grow up to 5 ft. in length.

100 years ago: The first virus was found in both plants and animals.

90 years ago: The Grand Canyon became a national monument &Cellophane is invented.

80 years ago: The food mixer and the domestic refrigerator were invented.

70 years ago: The teletype and PVC (polyvinyl-chloride ) were invented.

60 years ago: Otto Hahn discovered nuclear fission by splitting uranium, Teflon was invented.

50 years ago: Velcro was invented.

40 years ago: An all-female population of lizards was discovered in Armenia.

30 years ago: The computer mouse was invented.

20 years ago: First test-tube baby born in England, Pluto's moon, Charon, discovered.

10 years ago: First patent for a genetically- engineered mouse was issued to Harvard Medical School.

5 years ago: The first successful cloning of human embryo

Wednesday, October 29, 2008

Selamat jalan Syawal



Sebulan lamanya kita didakap Syawal yang mulia. terasa kemeriahannya hingga disaat terakhir ini. sebaik saja tirai senja dijatuhkan, syawal pergi buat kesekian kali dan pasti datang bila tiba masanya nanti. Persoalannya adakah kita masih ada kesempatan untuk meraikannya lagi? Justeru marilah kita mengisi hari-hari yang tersisa dengan sebaik-baik amalan. Teruskan semangat Syawal bulan memaaf dan menjalin hubungan agar tiada lagi sengketa dan bertambah erat tali persaudaraan sesama kita.

Monday, October 27, 2008

Tidur




Tiada saat paling seronok melainkan ketika berada di tempat pembaringan untuk tidur, tidak kisahlah sama ada ianya katil bertilam empuk, selimut tebal, bantal yang selesa dan suasana bilik yang nyaman dengan pendingin hawa serta haruman menenangkan jiwa atau sekadar beralaskan tikar mengkuang, bantal kusam selimut nipis maupun berbantalkan lengan berlangitkan bintang-bintang di celah awan. Tidur saat yang dinantikan setelah berpenatlelah sepanjang hari. Berbekalkan beberapa potong doa kita tidak sedar bila saatnya kita terlena, dalam tidur kita meninggalkan sebentar realiti kehidupan dan melangkah ke alam mimpi.

Mimpi indah membuat kita terpesoana dan mahu kekal bersamanya, bila terjaga kita terkilan seraya berkata alangkah baiknya sekiranya itu bukan sekadar mimpi! . Namun mimpi ngeri memaksa kita mencari jalan agar segera terjaga kerana alam nyata lebih bermakna. Sebaik terjaga segera kita beristigfar dan berbisik cemas "Syukurlah itu hanya sepotong mimpi". Apapun selagi ada malam dan siang, mimpi tetap datang tanpa diundang.

Mereka yang bahagia tidurnya lena walau di mana sekalipun tapi yang rawan dan gundah gulana tentu sukar menikmati nikmatnya tidur, kasihan...

Thursday, October 23, 2008

Pokok


Aku terpesona dengan pokok ini sejak pandangan pertama. Dalam usia melewati lebih seratus tahun dan ketinggiannya sayup menungkat langit, pokok ini mengingatkan aku betapa indah dan hebatnya ciptaa Allah S.W.T.




Hakikat yang lebih penting, walaupun ia hanya sebatang pokok namun fungsinya amat besar kerana berdekad lamanya, di dahannya yang sasa dan rimbun daun yang hijau mesra, di sinilah beratus mergastua menumpang teduh di siang hari dan juga sebagai ranjang malam untuk merehatkan badan.



Lokasi - Kelab Golf Diraja Perak
Kamera - Handphone Sony Ericsson C902
Tarikh - 19/10/2008 (Sabtu)

Harga sebuah senyuman



Kekadang tu aku hairan kenapa kebanyakan kita hanya akan senyum kepada mereka yang kita kenal saja. Hari-hari aku bertembung dengan ramai orang sama ada dalam perjalanan dari parkir ke pejabat maupun di dalam lif. Jarang sekali dari mereka yang memberi salam ataupun senyum terlebih dahulu, agak pelik dan menjengkilkan. Apapun aku tak kisah, aku akan senyum dan sentiasa memberi salam sesama islam atau ucapan sejahtera kepada bangsa lain selain cuba bertanya itu ini tanpa batasan tempat dan masa. Ada juga yang hairan bin ajaib dengan keramahanku, aku buat derk je yang penting kawanku bertambah dan aku dapat memulakan hariku dengan suasana yang ceria.

Dan kini keadaan berubah kerana kebanyakan mereka itu akan terus tersenyum bila kami terserempak, itulah harga sebuah senyum pertama yang ku lemparkan telah terbalas dengan senyuman-senyuman manis di awal pagi yang murni dan tika sore menjemput pulang!

Justeru senyumlah kerana senyuman kita pasti sedikit sebanyak membuatkan orang lain bahagia. Senyumlah selalu kerana ia indah, senyumlah kerana ia percuma dan senyumlah kerana senyum itu sedekah! Tapi ingat jangan sebarang senyum nanti ............

Wednesday, October 22, 2008

Telefon oh telefon



Ini adalah telefon bimbitku yang terdahulu, model Nokia 6280 aku beli 3 1/2 tahun lepas. sayang sangat kedia, kalau boleh nak guna sampai dia rosak sendiri, malangnya 4 bulan lepas aku terduduk atasnya, LCD retak jadi aku ganti LCD kena RM180.00. Lepas 2 bulan guna LCD buat hal le pulak, kamera tak berfungsi dan aku tak dapat lihat apapun kecuali terima panggilan masuk. Tension betul terasa duniaku kecil tiba-tiba. Gerammmmmmmmmmm! Justeru nak beli "handphone" bulan macam beli coklat aku pujuk hati supaya sabar bebanyak sehingga berjumpa model phone yang menepati ciri-ciri yang aku cari. Akhirnya darjah kesabaranku cair, semua sms raya dari sahabat handai taulan tak dapatku baca apalagi nak membalasnya.




Nah! ini dia handphone aku yang baru model Sony Ericsson C902, aku beli pada 10 oktober lepas, sebab kad ingatan (memory card) lama tak boleh guna dalam phone ni dan semua nama dan nombor telefon aku simpan dalam phone lama bukan dalan "simcard" for nothing aku kena baiki gak LCD phone lama tu, kena lagi RM150.00 sabar je le.

Jadinya aku kenalah jaga telefon tangan ni sebaik mungkin kalau tak mahu buang duit lagi beli benda yang sama dan fungsi yang lebih kurang sama gak. Mudah-mudahan aku sempat menggunakannya selama mungkin.

Hariraya - Rayakan hari


Sudah 23 hari Eidul Fitr kita rayakan. Ramai yang telah selesai berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal yang penuh rahmat ni. Ramai juga kalangan kita kaum wanita beres menqada' puasa. Bahang aura Syawal masih terasa, sana sini masih kedengaran jamuan raya diadakan, menjemput dan dijemput, alangkan indahnya berhariraya. Hargailah Syawal ini dan berdoalah agar kita akan berjumpa Ramadhan tahun depan dan merayakan Syawal seperti ini. Mengisi sebulan Syawal dengan membina jembatan silaturrahim, yang jauh didekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan, buang yang keruh kekalkan kejernihan. Bersyukurlah kita!