Thursday, December 01, 2011

Hijrah


Masih tak terlalu lewat kan untuk mengucap selamat menyambut Tahun Hijrah 1433 yang baru 5 hari bersama kita. Syukurlah sekarang ini masyarakat sudah lebih peka dan cerdik, menyambut kedatangan tahun hijrah bukan sekadar dengan ucap selamat tetapi mengambil iktibar disebalik asal usulnya. Pengorbanan dan dukalara serta cabaran yang dihadapi oleh Baginda Rasulullah S.A.W pantas mengundang rasa simpati yang amat sangat.

Ketabahan baginda dalam menangani setiap masalah, kehebatan baginda menangkis semua cabaran dengan doa dan keyakinan kepada Allah tanpa rasa ragu dan putus asa. Inilah antara ciri-ciri kekuatan peribadi baginda yang mesti kita contohi tapi jarang dipeduli. Seringkali bila kita mengambil keputusan untuk berhijrah samada dalam kerjaya atau cara hidup, kekadang kita masih teragak-agak dengan keputusan yang diambil, melakar kemungkinan yang bukan-bukan tidak percaya bahawa apa yang kita buat sebenarnya datangnya dari ketentuan Allah. Justeru bersenanghatilah, jangan berdukacita, kalau sudah nekad melangkah ke destinasi baru teruskan dengan ilmu, istiqamah dan doa tanpa rasa jemu. InsyaAllah, DIA sentiasa bersama kita!