Tuesday, December 30, 2008

Selamat datang tahun 2009


Walaupun sebagai orang Islam kedatangan Tahun Masihi tidaklah sepatutnya disambut sepertimana munculnya tahun baru Hijrah, namun tidak salah mengalukannya asalkan tidak menjadikan ia alasan untuk berpesta-pestaan yang sudah tentu membawa kepada perbuatan maksiat. Setiap kali menjelmanya tahun baru sepatutnya menoleh sebentarlah untuk melihat sejauh mana pencapaian kita pada tahun yang telah ditinggalkan. Apakah telah tercapai cita-cita yang diwarwarkan atau masih tinggal cita-cita. Apakah azam yang diucapkan telah terlaksana dengan tindakan yang bijak dan konsistan. Kalau masih tergantung maka pastikan kedatangan tahun baru tidak disiasiakan sebagaimana kita telah membuang masa selama bertahun-tahun sebelum ini.

Bagi yang telah menjalani tahun terdahulu dengan begitu bergaya dan berjaya diucapan tahniah. Sebenarnya setiap kali masa berlalu seharusnya merasa sedih dan lebih waspada kerana bukan saja usia bertambah akan tetapi fikirkan juga sebanyak manakah persediaan yang telah kita ada untuk menghadapi hari esok. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam dan esok selayaknyalah lebih baik dari hari ini kerana pertambahan usia membuatkan kita semakin matang!

Monday, December 29, 2008

Ngomel

Santai memandu di tengah tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Nampaknya ramai warga KL yang meninggalkan kota yang sesak ni sempena sambutan Hari Natal dan menghabiskan cuti menjelang hujung tahun. Inilah waktu terbaik untuk mendatangi kota yang tidak pernah tidur ini.
Lebuhraya menuju ke Ampang yang lengang.

Nabilah yang gembira mendapat barangan kesukaannya di TESCO, Pengkalan, Ipoh. Walaupun banyak keperluan yang berharga agak murah tapi tak kurang juga yang lebih mahal jika dibandingkan dengan premis lain. Berbelanjalah dengan bijak.




Seronok melihat kreativiti insan lain yang bijak menggunakan bahan yang ada dan mengolah menjadikan ia karya seni yang indah. Walaupun merak ini diperbuat dari helaian selendang dan rotan namun kelihatannya ia seperti bersedia untuk terbang. Inilah hasil menggunakan keupayaan otak lebih dari orang lain. Usaha yang luar biasa akan memberi impak yang hebat!

Friday, December 26, 2008

Mengenangkan hal


rasa-rasanya inilah antara pokok X'mas buatan yang terbesar di dunia. Berdiri megah di tengah-tengah Suria KLCC


dan ini antara dekorasi yang bergantungan sepanjang laluan sempena sambutan hari Natal tahun ni, rasa macam berada kat London le pulak.

Teringin nak melihat dekorasi hebat seperti ini bila semasa sambutan Eidul Fitr....


Apakah kamar yang indah dan mewah dapat menjamin mimpi yang indah!


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1430


Berdoalah kita agar tahun 1430 adalah tahun yang lebih baik
untuk
diri sendiri
keluarga
negara Malaysia tercinta dan
Umat Islam sedunia

Tuesday, December 23, 2008

Kasih sayang


kasihsayang terlalu indah untuk dikenang
selamanya tak pernah kau buang
kasihsayang tiada pernah kenal usia
tua muda akan menikmatinya

namun jangan engkau lupa
akan akibat masa nanti
engkau dapat menderita
kerana terlena rasa cinta

kasihsayang
terlalu indah dan mengasyikkan
yang membuat remaja
patah hati ooooh yeeee

Lagu nyanyian : D'llyod

Monday, December 22, 2008

Perjalanan



Semalam Ahad tanggal 21 Disember 2003 pepagi kami dah bertolak ke Lapangan Terbang bayan Lepas Pulau Pinang untuk menyambut balik Nabilah sayang dari medan tapi sebelum tu sempat pekena susu lembu segar panas ngan sekeping capati. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan kiri kanan hijau dan subur sejuk mata memandang. Kalaulah perjalanan hidup ini seindah dan selancar memandu di lebuhraya
alangkah...... alangkah....


melalui jembatan Pulau Pinang yang indah gagah tersergam, terasa diri kecil. Sayangnya hadangan di tengah-tengah laluan menghalang pandangan ke Bandar Georgetown
Siksanya kalau pandangan terbatas dan keindahan yang tidak dapat dinikmati


kaum keluarga yang sibuk menunggu ketibaan insan tersayang dari berbagai destinasi.Pemergian ke merata pelusuk dunia walau berhari, minggu atau tahun sampai masanya akan balik juga. Akan tetapi kalau perginya menyambut panggilan ajal betapa sedihnya......... bila penantian tiada akhirnya!

Sunday, December 21, 2008

Bibir



Sanggupkah anda menjalani kesakitan ini?
hanya untuk mendapatkan bibir seseksi ini?













Aku tetap berpuashati ngan apa yang keterima sejak azali lagi kerana itulah yang tercantik dicipta Allah buatku. Biarpun tak seseksi bibir Angelina Jolie namun nak menyeksa diri tak kuasa.... Bibir cantik macamnapun kalau perkataan yang sering keluar menyakitkan hati dan sukar nak senyum tak ade gunanya

************************************************************************************



apa merayap di tengah sawah
anak kepiting di celah batu
apa diharap kepada saya
sudahlah miskin yatim piatu

Friday, December 19, 2008

Jodoh



ke mana perginya janji dan sumpah
sudah pudarkah cinta
sudah usangkah rindu
inikah akhir sebuah citra
terasing jua kau dan aku





Bidukku lilin layarku kertas
namun lautan api sanggup ku harungi
demi cinta kasih nan suci
tuhan!
berkatilah kami hingga akhir nanti

Wednesday, December 17, 2008

Kacang oh kacang


Subject: DIABETES TREATMENT

Please note that another name for Lady's Finger (Bhindi ) is " OKRA ".
Last month in one of TV program I learnt of a treatment of Sugar (Diabetes).
Since I am diabetic, I tried it and it was very useful and my Sugar level is in control now. In fact I have already reduced my medicine.

Take two pieces of Lady Finger (Bhindi) and remove/cut both ends of each piece.
Also put a small cut in the middle and put these two pieces in a glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during night. Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady finger (bhindi) from the glass and drink that water. Keep doing it on daily basis. Within two weeks, you will see remarkable results in reductio n o f your SUGAR.

My sister has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few years, but after taking the lady fingers every morning for a few months, she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers every day.
But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds the water and drinks it all up the next morning.

Please. try it as it will not do you any harm even if it does not do much good to you, but you have to keep taking it for a few months before you see results, as most cases might be chronic.

Nota : Ihsan dari email Group Belalang, pohon war-warkan mudah-mudahan memberi manfaat kepada yang berkenaan







kacang bukan sebarang kacang
kacang melilit di ranting kayu
datang bukan sebarang datang
datang untuk melepaskan rindu

Duniaku tanpa warna


Sesekali aku terfikir bagaimana nantinya kalau dunia ini tanpa warna kecuali hitam dan putih. Alangkah suram dan tidak bermaya,hambar dan tiada seri. Akan hilang segala yang indah, cantiklawa dan mempersona. Kalaulah tuhan menarik nikmat warna bayangkanlah betapa sedihnya......

Monday, December 15, 2008

Taman Herba Perak Darul Ridzuan


Lawatan sambil belajar setengah hari ahli-ahli PUSPANITA ke Taman Herba Negeri Perak yang terletak di Batu 1, Jalan Simpang Pulai - batu gajah, Kampung Kepayang, Gopeng
hari ini telah membuka mata perserta betapa selama ini kami tidak menyedari bahawa selama ini kita memang dikelilingi oleh tumbuhan herba. Dinamakan herba apabila dari akar hingga ke pucuk sesuatu tumbuhan bolehsaja boleh dimakan tetapi juga digunakan untuk tujuan kosmetik, perubatan dan lain-lain.

Taman seluas kurang lebih 54 hekta terdiri dari Laman Perubatan, Laman Aromaterapi, Laman Kosmetik, Laman Rempahratus, Laman Ulaman, Laman Warisan 1 dan Laman Warisan 2
memelihara melebihi dari 580 species tumbuhan herba serba guna. Tumbuhan-tumbuhan itu pula dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

Herba Permata seperti Mas Cotek, Jerangau, Rempah Padang, Kacip Fatimah, Serai Wangi, Legundi dll,
Herba Ajaib iaitu Tongkat Ali, Henpedu Bumi. Temu, Mengkudu dan Misai Kucing,
Haruman Segar pula Nilam, Kayu Manis, Melur, Kenanga, Melur dan Cempaka dan
Sesedap Rasa terdiri dari Pegaga, Kemangi, Lemgkuas, Cekur, Serai, Kantan, Pudina dan All Spice

Penerangan yang diterima menceritakan hakikat bahawasanya tiada satupun jenis tumbuhan samada yang menjulang ke langit, melilit pokok lain, melata di bumi hatta di dalam air sekalipun yang tidak berguna. Sehinggakan lalang yang menjadi kebencian kitapun rupa-rupanya mempunyai kasiat perubatan kerana hanya dengan mengambil secekak kemudian direbus dengan 2 ke 5 cawan air, bila diminum insyaallah akan membantu mengubati batuk dan demam.

Tumbuhan ini adalah "Haba Neraka" peserta yang sedang hamil dilarang melintasinya kerana ditakuti akan mengakibatkan keguguran. Tidak digalakkan ditanam di rumah kerana dengan melintasinya setiap hari akan menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid. Anak dara dilarang mendekatinya kerana boleh menyebabkan sukar mengandung. Percaya atau tidak terpulang yang jelas ia yang memberi amaran adalah oleh pegawai taman berkenaan bukannya dukun kampungan.

p/s. sempat nyambar pokok Salam, Dada Lipan dan Harum Sundal Malam sebelum balik.

Sunday, December 14, 2008

Musim cinta



Cuti sekolah telah bermula dan musim perkahwinan atau musim cinta telah tiba. Sebagaimana lebatnya hujan dihujung tahun begitulah juga banyaknya kad jemputan yang diterima. Nampaknya menghadiri majlis walimatulurus telah menjadi kemestian pada setiap Sabtu dan Ahad tak kira siang atau malam, di rumah atau di dewan.





Mudah-mudahan pasangan pengantin akan berbahagia hingga ke helaan nafas terakhir, mudah-mudahan kasihsayang dan kesetiaan akan terus hangat. Hidup saling bertolak ansur saling memahami. Kerapkali kena menjadi buta, pekak dan bisu. Tak semudah yang dijangka, bukan seperti mengembala seekor lembu yang taat mengikut ke mana arah tali ditarik. Itupun sebab tali didicucuk kehidung, kalau tidak harus juga dah lama gembala kena terajang ngan lembu tu hahahhaha

Thursday, December 11, 2008

Anak dunia

(Fatima dari Morocco).

alahai sikecil yang mungil
apakah yang tersirat pada renung mata bundarmu
apakah yang terperangkap dibibir nan bisu
kalau bisa ku rungkai
duhai anak dunia!





maka gugurlah dedaun duka
diterjah angin dingin
musim luruh




kalau bidukmu berlayar kertas lautan api jangan nak rentas

kalau berpandukan bintang yang satu arah manakah akan kau tuju

Wednesday, December 10, 2008

Hakikat kejadian



Kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa meninggalkan kesan yang impak yang pelbagai. Mereka yang diduga sedemikian rupa dengan kehilangan harta benda dan ahli keluarga dalam sekelip mata tentulah amat bersedih. Manakan tidak rumah yang dibina dengan hasil titik peluh bertahun-tahun, direka sedemian indah tersergam nilai berjuta dengan peralatan yang bukan sedikit dan mahal-mahal, kenderaan dan paling menyayat hati perginya insan tersayang buat selamanya. Mungkin setengah dari kita akan berkata "ah biarkan orang kaya esok lusa boleh buat rumah lebih besar dan hebat" namun hakikatnya membina yang baru tidak sama dengan yang hilang, mahligai yang menyimpan bersama sejarah sukaduka kehidupan mereka sekeluarga. Kalau kita tidak perlu membantu dari segi material sekurang-kurangnya berilah sokongan moral dan doa agar mereka yang terlibat akan segera beroleh keselesaan dan pulih dari trauma yang menakutkan itu.

Bencana yang diturunkan adalah sebagai peringatan bahawa suatu hari bernama kiamat segala yang kita kasih, cinta dan sayang, kepunyaan kita yang indah menawan, mempersona dan seringkali melekakan akan hancur lebur dan ranap sama skali. Itulah ketentuan dan perancangan Allah SWT yang penuh misteri yang wajib diimani malah kejadian bencana alam di serata dunia jelas memberitahu kita bahawa kiamat itu adalah benar dan akan berlaku cuma masanya saja kita tak akan tahu. Apa saja harta kepunyaan kita, tanah, rumah, emas berlian, suami, isteri anak-anak dan kaum keluarga, pangkat, gelaran dan kedudukan semuanya adalah pinjaman semata-mata. Adat meminjam maka kenalah memulangkannya semula bila sampai waktu. Maka alasan apakah yang ada untuk kita mendabik dada berlaku sombong, riak dan takbur sesama insan. Kita bukan siapa-siapa melainkan hamba Allah SWT yang dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar berlandaskan Alquran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Dari Allah kita datang kepadanya jugalah kita kembali.....

Pengorbanan



Aku tidak menyambut kedatangan Eidul Adha sepertimana tahun-tahun lepas sebab tak semena-mena demam sehari sebelumnya dan melarat hingga saat ini. Jadi aku hanya terperap di rumah tapi tetap menediakan rendang dan sambal ayam dengan nasi impit kesukaan A dan ML.

Terkenang aku cerita seorang nenek yang tidak punya apa-apa tetapi hampir setiap tahun melakukan korban walupun satu dari tujuh bahagian seekor lembu demi menyahut tuntutan agama. Beliau menyimpan setiap hari seringgit sehingga genap RM300.00 atau lebih sedikit (Mengikut harga seekor lembu dibahagi kepada tujuh) memastikan bahawa beliau dapat melakukan ibadah korban tahun demi tahun. Terharunya aku, sedangkan kita yang punya segala dengan rezeki yang melimpahruah masih teragak-agak untuk mengeluarkan sekelumit dari pendapatan untuk tujuan tersebut. Ditahap manakah iman kita berbanding dengan nenek itu.

Jom! sehari seringgit nanti Eidul Adha tahun depan kita korban satu bahagian lembu, Insyaallah! Kalau lebih atau seekor lagi hebat dan berkat. Memang bukan mudah nak berkorban tapi tiada alasan untuk berkata tidak kalau iman menjadi sandaran, tak gitu...

Wednesday, December 03, 2008

Monolog


13 hari tinggalkan pejabat bukanlah jangka masa yang pendek dan aku menjangkakan bebankerja yang tertunggak akan berlonggok di atas meja bila kembali bekerja, malangnya keadaan masih seperti biasa, tiada sebarang untuk dibereskan. Justeru terpaksalah aku melenguh depan pc dan akhirnya menerjah masuk ke blog sendiri berbuat apa yang patut. Kalau lelama cenggini boleh dungu jadinya aku, otak tidak dipergunakan secara maksima akan mengundang banyak masalah, mengantuk. bosan dan rasa macam orang bodoh. Harap-harap permohonanku untuk bertukar ke pejabat baru akan diluluskan selewat-lewatnya Januari tahun depan.




Tanpa diundang SG datang kepadaku mengadu rasa tak puas hati dan marah kepada R. Pendek kata dah macam naga yang kuar api menyala-nyala dari mulut. Mengenangkan dia datang untuk melepaskan rasa benci plus meluat sesangat tu jadi aku biarkan dia bercakap sepuas-puasnya.
Lepas tu aku renung lelama kedasar hatinya melalui mata yang merah tu sambil senyum. Dia tanya napa aku senyum aku kata sebab dia dah buat apa yang patut tapi lain kali aku nasihatkan dia supaya meluahkan rasa amarah tu ke pokok atau busut je sebabnya aku tak mau lagik bersubahat mendengar dia mengaja dan memaki hamun begitu.
Apapun aku puji dia sebab tak terajang atau sepak si R.

Tuesday, December 02, 2008

Selesai sebuah kisah atau mulanya suatu masaalah



Jumaat lalu aku terima sms dari kawan yang aku ceritakan sebelum ini, beliau menyatakan bahawa talak tidak dapat dijatuhkan kerana hakim yang menendalikan kes itu meninggaldunia, lalu aku membalas dengan meminta dia bersabar dengan ujian getir yang dilaluinya itu. Sebagai seorang wanita aku dapat merasakan beban yang tergalas dibahunya namun aku hanya bisa menasihati dan berdoa tidak lebih dari itu.

Apapun beberapa hari selepas itu sms berbau ceria darinya menyatakan bahawa talak satu telah dijatuhkan, aku tahu dia bagaikan telah terlepas dari cengkaman penderitaan yang amat pedih tapi tetap bersedih kerana pada pendapatnya suami yang dicintai sepenuh jiwa raga itu masih tercari-cari cinta sebenar.

Justeru ini merupakan hal peribadi dan rumahtangga maka aku lebih suka berdiri di tengah-tengah tanpa perlu menghukum atau menyebelahi sesiapa. Aku percaya lambat laun sisuami akan menyedari bahawa berlian yang didambarkan selama telah lama dimiliki berada di depan mata dan tidak mudah tersilau oleh kilauan kaca yang penuh pesona. Mudah-mudahan pasangan itu akan menemukan kebahagian dan kekal bersama sehingga ke akhir hayat.