Sunday, December 14, 2008

Musim cinta



Cuti sekolah telah bermula dan musim perkahwinan atau musim cinta telah tiba. Sebagaimana lebatnya hujan dihujung tahun begitulah juga banyaknya kad jemputan yang diterima. Nampaknya menghadiri majlis walimatulurus telah menjadi kemestian pada setiap Sabtu dan Ahad tak kira siang atau malam, di rumah atau di dewan.





Mudah-mudahan pasangan pengantin akan berbahagia hingga ke helaan nafas terakhir, mudah-mudahan kasihsayang dan kesetiaan akan terus hangat. Hidup saling bertolak ansur saling memahami. Kerapkali kena menjadi buta, pekak dan bisu. Tak semudah yang dijangka, bukan seperti mengembala seekor lembu yang taat mengikut ke mana arah tali ditarik. Itupun sebab tali didicucuk kehidung, kalau tidak harus juga dah lama gembala kena terajang ngan lembu tu hahahhaha

8 comments:

Mak Su said...

mmg byk pengorbanan, kan akak :)

chekdenoor said...

dis ....musim cinta

okt...musim bersalin lah pulak..... hehehehehehhehe

Uncle Lee said...

Hi Noorlara, cuti sekolah sekarang?
Saya bacha your intersting post as well sauka that sunset scene, really beautiful.
Oh ya, your previous posting, re the baby not yours?
Ooops, thought yours, ha ha.
Back to your present posting.....
Night is longer for those who dream. And day is longer for those who make their dreams come true.
And taking joy in living is a woman's best cosmetic.

You stay easy, keep well and hold that smile Noorlara. Best regards, Lee.

naz ilyn said...

Salam...

menjadi buta, pekak dan bisu kerana ikatan yang tulus bukan seperti lembu dicucuk hidung keterpaksaan yang menambat tidak seiring dengan apa yang dikehendak jadilah macam lembu naik minyak tu yang kena sepak terajang...

p/s: mengalah bukan bererti kalah.

noorlara said...

maksu ooi jgn diri terkorban udahle, apa-apapun biar berpada-pada

noorlara said...

hahahha cekdenoor ni buat aya gelak besi le plak, tapi betui le tu kalau rezeki murah pasangan yg nikah bulan ni akan menimang anak oktober tahun depan!

noorlara said...

betul tu u.le, dunia ini indah bagi yang bijak memanfaatkannya

noorlara said...

setuju ngan naz, mengalah bukan bererti kalah tapi dendiam mengatur strategi baru sebelum bangun menyerang semula kah kah kah.
apapun alangkah bahagia kalau suamisteri sesama berusaha mengujudkan surga dunia dalam kehidupan mereka