Wednesday, December 03, 2008

Monolog


13 hari tinggalkan pejabat bukanlah jangka masa yang pendek dan aku menjangkakan bebankerja yang tertunggak akan berlonggok di atas meja bila kembali bekerja, malangnya keadaan masih seperti biasa, tiada sebarang untuk dibereskan. Justeru terpaksalah aku melenguh depan pc dan akhirnya menerjah masuk ke blog sendiri berbuat apa yang patut. Kalau lelama cenggini boleh dungu jadinya aku, otak tidak dipergunakan secara maksima akan mengundang banyak masalah, mengantuk. bosan dan rasa macam orang bodoh. Harap-harap permohonanku untuk bertukar ke pejabat baru akan diluluskan selewat-lewatnya Januari tahun depan.




Tanpa diundang SG datang kepadaku mengadu rasa tak puas hati dan marah kepada R. Pendek kata dah macam naga yang kuar api menyala-nyala dari mulut. Mengenangkan dia datang untuk melepaskan rasa benci plus meluat sesangat tu jadi aku biarkan dia bercakap sepuas-puasnya.
Lepas tu aku renung lelama kedasar hatinya melalui mata yang merah tu sambil senyum. Dia tanya napa aku senyum aku kata sebab dia dah buat apa yang patut tapi lain kali aku nasihatkan dia supaya meluahkan rasa amarah tu ke pokok atau busut je sebabnya aku tak mau lagik bersubahat mendengar dia mengaja dan memaki hamun begitu.
Apapun aku puji dia sebab tak terajang atau sepak si R.

4 comments:

chekdenoor said...

kekadang bila kita marah...... kena gak kawal tingkah laku.....kang ada orang lain yang melihat kita dari jauh dan tersenyum dengan sikapkita yang tak terkawal.......

Chekdee pernah melihat seorang hamba allah ni...marah-marah kat seorang temannyer yang mungkir janji........

Disebabkan tindakkan marahnyer yang tak terkawal...... kedengaran suaranyer yang terjerit-jerit dan kekasaran bahasa......

Orang keliling yang melihat ...mula tersenyum-senyum dan kedengaran juga ada yang buat komen...hmmm...marah-marah ni mengundang pelbagai penyakit......tutup kang strok....heheheheh...mereka ketawa......

Malukan.......

Lee said...

Hello Noorlara, just dropped by to wish you and family selamat hari raya and all best wishes.

I like your 2 pics, ha ha, for a moment I was wondering about that girl.
You have a great week, and keep well, Lee.

noorlara said...

chekdenoor,

benar tu kata org kalau nak lihat sikap sebenar seseorang ialah masa dia marah! Hilang semua kontrol anggun, bersepai...

noorlara said...

U. Lee
terima kasih atas ucapan, apapun saya terjatuh demam jadi taklah beraya sangat.

i wonder if d girl remaind u to someone close to yuu.....those days! hahahaha