Wednesday, October 22, 2008

Telefon oh telefon



Ini adalah telefon bimbitku yang terdahulu, model Nokia 6280 aku beli 3 1/2 tahun lepas. sayang sangat kedia, kalau boleh nak guna sampai dia rosak sendiri, malangnya 4 bulan lepas aku terduduk atasnya, LCD retak jadi aku ganti LCD kena RM180.00. Lepas 2 bulan guna LCD buat hal le pulak, kamera tak berfungsi dan aku tak dapat lihat apapun kecuali terima panggilan masuk. Tension betul terasa duniaku kecil tiba-tiba. Gerammmmmmmmmmm! Justeru nak beli "handphone" bulan macam beli coklat aku pujuk hati supaya sabar bebanyak sehingga berjumpa model phone yang menepati ciri-ciri yang aku cari. Akhirnya darjah kesabaranku cair, semua sms raya dari sahabat handai taulan tak dapatku baca apalagi nak membalasnya.




Nah! ini dia handphone aku yang baru model Sony Ericsson C902, aku beli pada 10 oktober lepas, sebab kad ingatan (memory card) lama tak boleh guna dalam phone ni dan semua nama dan nombor telefon aku simpan dalam phone lama bukan dalan "simcard" for nothing aku kena baiki gak LCD phone lama tu, kena lagi RM150.00 sabar je le.

Jadinya aku kenalah jaga telefon tangan ni sebaik mungkin kalau tak mahu buang duit lagi beli benda yang sama dan fungsi yang lebih kurang sama gak. Mudah-mudahan aku sempat menggunakannya selama mungkin.

3 comments:

Masy said...

aiyohhh terduduk atas hpon sampai rusak henpon. wonder sama ada hp tu yg sensitip sgt ataupon kak noor yg berat sgt hahaahhaah

tp mmg dah ketentuanNya laa tu.. dah sampai ajal hp tu hehehe

noorlara said...

masy,

mestilah hakak yg berat sesangat banding ngan hp, tu yg sedeh ni luak le duit bonus sebulan yang bagik Allah melalui kejaan Pakatan Rakyat tu!

divahantu said...

diva pakai hanfon yg harga RM130.00 je. utk call, terima call, hantar sms dan terima sms... itu je pun yg diva tahu....