Wednesday, January 24, 2007

Tak kuasa..


Kekadang tu aku rasa hairan bin ajaib macam tak percaya je macamana manusia , perempuan pulak tu mengaku berugama Islam, berpakaian elok menutup aurat dengan kerudung labuh sampai kelutut tanpa sebarang alat solek terpalit diwajah tapi bila saja membuka mulut yang keluar adalah kata-kata yang menyakitkan hati, tak habis-habis mencari kesalahan orang lain. Memanglah semua orang kat pejabat ni dah tau perangai mereka begitu tapi geramle juga walau yang diumpatkeji tu bukannya aku.

Alangkah eloknya kalau semua kita berkasihsayang dengan ikhlas, yang salah sesama diperbetulkan, yang kurang ditambahi, yang susah ditolongi tanpa sebarang prasangka buruk. Barulah kehidupan akan sejahtera dan berkat.


Seringkali bila kita menghamburkan kata-kata kesat dan tidak elok wajah kita akan menjadi buruk. Walau secantik manapun wajah kita, keburukan nurani akan mencacatkannya. Dan ia akan jelas terpancar dimuka sehinggakan orang yang pertama kali bertemu dengan kita pun akan dapat meneka bahawa kita ini bukanlah manusia yang berhati mulia.

Apa salahnya sentiasa bersenyum dan cuba menyenangkan semua orang yang kita temui kerana selain senyum itu adalah sedekah, membuat orang lain senang adalah antara laluan yang akan mempermudahkan meniti jembatan kehidupan ini.

5 comments:

Masy said...

org cengginilah yg selalu menyebabkan wanita lain yg btudung dipandang serong huhuuhuh

noorlara said...

masy

tu paseinye bila tudung kepala dan tutup aurat tapi tak tutup pangai yg buruk tu

jed1 said...

mmg ada org camtu...sayang kan knoor, penampilan diri bagus- tapi perangai buruk

noorlara said...

Jed1,

so berhati hati dalam pergaulan, ala macam pepatah inggeris "Don't judge the book by it's cover". Akak pernah jumpa bodak lelaki rock rambut meremang pakaian menakutkan tapi bila masuk waktu solat segera ke surau dalam Kompleks membeli belah kat situ..

Noushy Syah said...

Kka Noor..tu mulut xde insurans!!At times ditambah pulak dengan hipocrasy...itulah jadinya bila bertudung sekadar ikut edaran fesyen terkini rather than bertudung kerana Allah!!..