Thursday, October 12, 2006

Seni dan kreativiti



Ada sesuatu yang menarik tentang gambar di atas. Pasti orang yang merekabentuk landskap ini ada sebab tertentu kenapa arca seorang wanita yang sedang berbaring diciptakan. Mungkin untuk didedikasikan kepada seorang wanita yang dia cintai atau itu adalah luahan hatinya sendiri. Hati yang penuh walang dan rawan. Sendirian tak keruan atau mungkin dalam penantian yang tiada berkesudahan. Mungkin, mungkin dan mungkin...


Namun apapun yang lebih bererti dari itu bila dia berani mencipta sesuatu yang lain dari kebiasaan, keluar dari kotak fikiran, berani mencuba dan sanggup menerima risiko. Dia telah menggunakan keupayaan otaknya secara maksima kerana dia tahu otak kurniaan Allah S.W.T itu terlalu hebat jika digunakan sepenuhnya. Rata-rata kita tidak sedar bahawa kita mampu perbuat apapun lebih dari apa yang kita fikirkan. Seringkali kita yang tidak suka menjadi pak turut dan hanya meniru adalah merupakan seorang pemula, model, punya keyakinan diri yang tinggi dan seorang pemimpin yang hebat.

2 comments:

kemat said...

hebat ukiran ini, kat maner yek..tapi kalau malam2 mau takut nengok nie

noorlara said...

kemat,

salam kenal. nampaknya anda punya citarasa yg hebat tapi takkan mende cenggitupun nak takut hadek ooi tak macho ahhh anak jantan mak!