Monday, October 16, 2006

Jerubu datang lagi



Nampaknya jerubu atau kabut asap istilah orang Indonesia kembali lagi. Sejak beberapa minggu ni jangkauan pandangan mata terbatas dan terasa tidak puas menikmati keindahan alam. Masalah jerubu sudah menjadi masalah tahunan yang datang, pergi dan pasti datang lagi. Entah bila agaknya musibah ini akan berakhir, bukanlah marah tapi kalau kita terpaksa menanggung risiko akibat sekelompok manusia koporat yang keparat nak menjimatkan kos pembersihan serta pembajaan hutan mereka, patutke itu?

Mudah-mudahan jerubu ini akan berkurangan menjelang Eidul Fitri, agar kemeriahannya tidak terjejas. Dibimbangi jerubu yang pekat sarat akan menyumbang kepada meningkatnya bilangan kemalangan jalanraya. Bersamalah berdoa demi kesejahteraan semua justeru itu sahaja yang mampu kita lakukan.

2 comments:

Deanz said...

Salam..
Nampak gayanya tahun ni kita beraya dalam jerebu ek...aduh! sadis tu.

Selamat hari raya..maaf zahir batin...tahun ni beraya kat pakistan pulak ke?

jed1 said...

selagi negara jiran tu biarkan hutan terbakar, mmg acara jerebu ni kena masuk dlm kalendar pelancongan malaysia knoor
:D

Selamat hari raya