Sunday, November 27, 2005

Black Monday


Entah kenapa hari ni serba tak kena. Pagi tadi masa nak pergi minum baru perasan duit dalam purse cuma ada RM1.65 je jadi aku ajaklah ketua Kerani tu temankan aku ke bank dan cadangnye lepas tu aku nak belanja dia makan. Sampai kat Mesin ATM kat Kompleks membeli belah Greentown Mall tu, mesin tu laks "Out of service" jadi aku bergegas ke Maybank Greentown Ipoh tu tapi alangkah hampanya aku kerana semasa nak mengeluarkan Kad ATM baru aku sedar rupa-rupanya aku tertinggal beg duit atas meja. Nasib baik Ketua kerani tu pun keluarkan duitnya jadi penyudahnya dia yang belanja aku ish ish malunya.

Balik ke pejabat nak mula buat kerja aku tercari-cari kunci laci meja ermmm urut dada je le sebab kunci-kunci tu dah tertinggal kat rumahle pulak. Buka begtangan nak ambil gincu untuk touch up bibir ni nampak gaya gincu tu tak ikut aku gi kerja hari ni, jadiii kenalah sabau lagi.

Petang ni aku nak gi beriadah sat tapi malangnye lagi hari ni sebab aku dah tertinggal seluar senaman kat rumah. Agaknya inilah yang dinamakan Black monday atau Isnin yang hitam.

Apapun semuanya terjadi sebenarnya kerana aku terkocoh-kocoh dan kelamkabut masa nak ke pejabat tadi sebab dah terlewat bukan sebab terlewat bangun tapi sebab terlalai masa menyiram pokok bunga-bungaan tu, tau-tau je jam dah 7.40 pagi apa lagi tetiba je aku bertukar jadi lipas kudung yang merayap tak tentu hala.

Maka tak bolehlah aku menyalahkan hari Isnin ni melainkan menyalahkan diri sendiri le juga adanya serta beringat supaya berhati-hati dan merancang sesuatu kerja agar masa tidak terbuang begitu saja.

9 comments:

kuchaiz^iman said...

hmm..akak sihat?iman alhamdulillah sihat..iman pn sekarang ni jasad ada ada tp pkran ni xtahu ke mana..ada aja benda yang tertinggal..bawa keta pun pikiran kat lain..mungkin terlalu banyak yang xdapat diungkapkan.. :) akak take care ya..muahhh!! windu akak..

jed1 said...

black monday ye knoor? hehehe tapi bila dikenangkan balik sure rasa kelakar...boleh jadi modal story bila berborak2 :D

noorlara said...

ish ish iman bahaya tu, memandu tapi fikiran merayau ke mana mana,len kali abishkan berfk baru memandu, ahaks. Windu kat iman gaks

noorlara said...

ye betul jed1, nenek hakak pernah bising satu umah cari towel lap muka dia sedangkan mende tu elok jek tersangkut kat bahu, hahahha, elok gaks borak cita cam ni dari mengumpat dan memfitnah betultak?

Masy said...

ulooooh..lenkali nk siram pokok munge,siram laa seawal 6 pagi..adekah pokok2 kak noor meliputi kawasan landskap kediaman kak noor?klu cenggitu, bgn awl lagi ekk..eehehhehe..

Wirawan Terulung said...

ni musti gara tertelan semut hitam...pasal tu bleh terlupe.

tapi yang bestnya ada owang belanja. Kalo cam tu Wirawan pun nak buat jugak lar....

wahahahah~*gelak guling2 sampai pengsan~*

noorlara said...

Masy,
takpelah len kali hakak mintak masy jek siramkan pokok-pokok tu ye

noorlara said...

ello encik hadek wirawan, pehalle plak susah nak masuk shoutbox hawak tu, anyway hakak masih di sini

noorlara said...

wirawan,

bukan masalah tertelan semut itam tu lah ni sebab dah pelan tua, tu kenyataannye ahaks, apapun tua petanda bertambah kematangan dalam berfikitr dan bertindak tak gitu hero kartun ooi