Thursday, February 09, 2006
Kerja Oh kerja
Sejak dua menjak ni beban kerja di pejabat makin bertambah, awal tahun katakan biasalah mana nak siapkan Laporan Nilaian Prestasi kakitangan, mana nak siapakan Anggaran belanjaan Tahun 2007, mana nak bereskan kerja-kerja rutin.
Justeru kerja-kerja itu satu amanah dan masa terluang semakin menipis lalu terpaksalah dilupakan sebentar sahabat handai adik-adik di laman blogger ni, petang ni banyak sasaran kerja dah dicapai jadi sempatlah menjengah sekejap ke sini untuk memberitahu bahawa aku masih hidup dan masih bersemangat untuk meneruskan aktiviti di blog ni bila saja perkara yang wajib tidak menuntut untuk didahulu.
Nampaknya untuk tempoh seminggu lagi aku akan terus terpenjara di bilik ini meneruskan kerja-kerja itu. Lalu selama itu aku harus menelan rindu bercanda mesra dengan semua yang tersayang di sini.
Selamat bertemu lagi.....tungguuuuuuuuuuu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam kak noor..
bz ek?siannye..nah ni ada bekal nasik dgn air sirap utk setahun,sile2lah makan bile ada masa tau! ;)
erm, sabau je le ngan dak masy ni, ni hakak dok menom dan makan dalam bilik je, memang kesiennnnn
keja knoor terus keja hehehe sama ler ngan saya..weekend pun ada keja..mari terus bekeja :)
Jed1.
Kerja kerja gak tapi kesihatan nak le jugak jaga kan kan kan
Post a Comment