Thursday, September 28, 2006

Kalau boleh...



Pagi tadi bersahur dengan 2 ketul pegedil daging,segelas air ribena suam dan beberapa butir kurma. Alhamdulillah

Petang ni kalau boleh nak berbuka ala kadar saja barulah menepati salah satu matlamat puasa iaitu untuk merasakan keperitan mereka yang terpaksa berlapar kerana tidak mampu hatta untuk membeli makanan mengalas perut. Kalau masa berbuka bermewah-mewah dengan berjenis-jenis juadah yang lazat dan menggoda selera, kuranglah nikmat puasa jadinya. Insyaallah

Singgah Pasar Ramadhan kalau boleh nak beli seketul dua kuih je, seekor ikan panggang dan sayur cukuplah tu. Kalau rajin, balik nanti goring ikan selar garing-garing, masak sayur kobis lemak campur udang dan sambal belacan, sedap juga. Air suam dan buah kurma. Cukuplah tu.

Bulan puasa ni bukan makanan yang penting tapi melipatgandakan ibadah, menjaga percakapan dan perlakuan itu yang lebih utama. Tapi taklah dibulan ni saja kan!

2 comments:

Noushy Syah said...

Salam Kak NOOr..ye betul,tu ada kelebihan berpuasa kat sini tau, sbb sibulan puasa ni kita beriftar dan masak adalah seperti biasa aje, takde berlebih2 dan mmg xde pun kalau nak beli mcm Pasar Ramadhan tuh..tp kalau nak macak cendiri bole arr...but tgk gambar2 makanan dipasar Ramadhan tu mmg aiyooo terlior nyaaa..hikss, BTW akak kat Ipoh sebelah mana yea?cewah nak siasat nih..tehhehee

noorlara said...

noush,

Dah entu kat tempat noush takde Pasar Ramadhan kan?
kat Ipoh kat Ipohlah hadek ooi kat Pengkalan on d way 2 Batu Gajah n about 10 km 2 Toll Simpang Pulai tau ke tak tau tu