Monday, November 27, 2006

Masakan nenek


Teringat masa kecilku dulu rasa rindu membuak-buak. Rindu pada jerit pekik nenek setiap petang dia nak menanak nasi maka akulah yang kena mencari antah dan bahan terbuang dalam beras. Kalau nak masak sambal tumis atau asam pedas, akulah yang kena menggiling cili dengan batu penggiling yang besar dan berat tu, lepas tu habis hangat pijar kedua-dua tangan ni. Paling aku tak suka kalau nenek teragak nak masak gulai lemak, tentu aku yang kena parut kelapa, dengan muka masam mencuka, kelapa tu ku parut dengan kasar, tau-tau jari dah terluka kena gigi pemarut yang tajam tu. Malangnya, nenek tak akan memujuk sebaliknya menambah bengangku dengan kata-kata " tulah buat kerja tak ikhlas kan tuhan dah balas" .

Betapa senangnya anak-anak sekarang sebab beras terus dicuci bila nak masak, cili boh berlambak di pasaraya atau di mana-mana kedai runcit begitu juga dengan kepala parut malah santanpun dah ada terjual. Alangkah mudahnya!. Namun mereka tidak akan merasai pengalaman yang amat berguna itu, pengalaman yang menjadikan aku lebih teliti dan agak cerewet dalam hal menyediakan makanan keluarga, aku lebih mengutamakan yang asli dan buatan sendiri kerana kebersihan dan kemurniannya terjamin. Biarlah penat sedikit tapi berbaloi, macam masakan arwah nenek sedap dan menyelerakan.

5 comments:

Noushy Syah said...

yumm yumm yumm!!!Sedapnya masakan tuh..tu chicken curry kan kak Noor? yeh yeh..nshy pandai macak chicken curry!! My mom used to say, pandai anak mak ni buat chicken curry!! ngehhh...

emmm..batu giling? camne tu kak noor??

noorlara said...

noush,

macam tak caye jek pandei masak kari, takpe nanti bebila akak nak "cuba, try dan test the taste of ur chicken curry".

batu giling tu alh-alah tenggiling le, ahaks (nanti kalu jumpa akak akan emailkan gambo dia ye)

Masy said...

batu giling tu alh-alah tenggiling le<-- statement kejam! hahahahhahaha

kat umah org ade lg batu giling. masa zaman takde blender dulu, mmg kene giling cili. paling tensen bila nk raya..adeeehhh bergilir2 dgn abg2 menggiling cili bawang sekelian.

*cepat sket, terhegeh2 - kata abg ehehhehe

noorlara said...

masy,

saja akak nak pekenakan dak noush tu, anyway kalu ade gamba batu giling pas ke akak yeee.

Bleh buat menantu dak masy ni pandei menggiling, kwang kwang kwang
ye le tuuuuu

Noushy Syah said...

kak Noor...nak tgk batu tenggiling tuh...seriously nshy xtau..uaaaa!! And seriously tau, nshy dulu biasa tgk mommy macak and that's wahy kita pandai macak..ngehhh..xcaya tanya arr my Syahyang..lalallalala..