
Tanpa disedari aku tersebut mengenai keenakan menjamu selera dengan Sayur Turi Masak Lemak Keledek. Bila dak Noush anak Melayu made in London tu bertanya semula apakah dia sayur turi tu, aku terfikir bahawa mungkin bukan Noush saja yang tak mengenal Turi atau Geti tu malah entah-entah ramai lagi anak melayu yang lahir dan membesar di bumi Malaysia ni tak juga mengenalnya.

Bukan masalah besar sebenarnya kalau tak kenal rupa dan rasa sayuran apalagi pokok-pokok herba warisan nenek moyang tu justeru kita susah terlalu memanjakan tekak dengan hidangan sayuran luar negara yang kunun dianggap berstatus tinggi kerana ia makanan orang putih, hahahaha. Hakikatnya ada banyak sungguh sayuran yang tumbuh di dunia sebelah sini yang enak dan berkhasiat dimasak apatah lagi dimakan begitu saja.

Noush, untuk menambah pengetahuan sayur turi tu diambil dari pokoknya yg agak tinggi, daunnya macam daun kari dengan bau yang agak kuat, biasanya diambil daun yang masih lembut, dipisahkan dari tangkainya atau disimpul supaya mudah dimakan. Nampaknya tiada gambarnya yang jelas kecuali gambar di atas yang pertama tu.
Rata-rata sayur turi dimasak lemak keledek dengan udang kering atau ikan bilis. Ada juga yang masak asam rebus, bubuh air asam jawa, cili kering, ikan bilis dan garam secukup rasa. Rasanya yang sedikit pahit kekadang tidak disenangi tapi kalau selalu dicuba yang pahit tulah yang menambah selera. Turi juga dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan tradisional. Pokok turi semakin sukar ditemui walaupun kita pergi ke pedalaman namun sesekali masih boleh dibeli di Pasar tani. Ok Noush kalau tak puas hati kenalah balik Malaysia!