Monday, February 05, 2007

Merajuk


Bila memperkatakan soal merajuk, teringat aku semasa kecil dulu, bab merajuk ni memang aku yang pakar maklumlah tinggal dengan nenek maka susah tentulah mengada-ngada aku pun lebih sikit dari cucu-cucunya yang lain. Ada satu hari tu aku merajuk tak nak ke sekolah sebab baju yang aku nak pakai tak digosok lagi, harap-harap nenek akan memujukku malangnya aku kena kejar dengan rotan keliling rumah, huhuhu akhirnya aku tetap ke sekolah dengan mata yang bengkak, malu-malu.

Di hari yang lain aku merajuk di meja makan sebab nenek terlupa menyenduk sup ayam kemangkuk ku, aku terus angkat kaki masuk bilik. Tungu punya tunggu nenek databg tak pujukpun, namun aku keraskan hati mendiamkan diri hingga tertidur. Menjelang tengah malam perutku berkerongcong, aku bangkit ke dapur menjengah bawah saji mengharapkan sup ayam, last-last aku meraung sebab tiada apa kat situ, tetiba nenek menjelma dari belakang dan menempelakku "lain kali jangan nak tunjuk lagak! nasib baik sup ayamku nenek masih simpan.

Akhir sekali yang ku ingat aku merajuk sebab tak bagi aku keluar ikut kawan-kawan pergi main di kampung sebelah, aku tarik muka 14 belas ngan muncung bleh dibuat perahu, malam tu lepas ulangkaji
dan bereskan kerja umah aku pura-pura tertidur, protes le tu tak mahu masuk bilik tidur. Penyudahnya sedar-sedar jam 3 pagi aku masih terlentuk dimeja study ditemani sang nyamuk yang over the peramah, sedih-sedih.

Itulah arwah nenekku, penuh kasihsayang tapi bertempat tapi tak pernah memberiku peluang untuk mengada-ngada hingga memijak kepala. Dia tegas dalam soal perangai dan tingkahlaku namun amat pemurah dalam bab makanan dan pakaian. Sesekali kerinduanku kepadanya membuak-buak macam kasih ibu hangatnya amat terasa syahdu sesejuk salju murni bagai embun pagi.

Kini kala usia semakin memanjat tinggi jarang sekali aku merajuk tapi yang letihnya selalu le pulak kena memujuk...... Bila difikirkan tiada sangatlah faedahnya merajuk. Merajuk lebih menonjolkan kelemahan diri, tak tahan dengan ujian kehidupan dan kurang keyakinan diri. Sesekali merajuk mungkin akan dimaafkan tapi kalau selalu sangat bimbang pula yang sayang menjadi benci yang dekat semakin jauh. Jadi berpada-padalah bila nak merajuk jangan sampai orang tak peduli kita pula jadi jeruk, kan susah!

5 comments:

Noushy Syah said...

ngehhh...majuk majuk jugak, tapi cam kak noor takap tu arr, biar berpada2..silap2 majuk tak kena tempat hah diri sendiri yang rugi kan Kak noor? hikss..tu cebab Noushy jarang majuk, tehehehhe..kalau majuk pada yang sayang pun at times dia jadi geram muahahahha...

noorlara said...

noush,

Rasanya noush n mesti kaki merajuk kan kan kan tapke kalau Mr Right tu pandai memujuk, sesekali kena buli diorg tu ahaks!

Noushy Syah said...

Kak Noor, noushy xde arr kuat majuk, cuma bertempat lah..but it hppnd one day aisey, noushy n dia sama2 majuk then masing2 mengharapkan dipujuk..aiyoo, camne?Dia igt noushy nak pujuk then nshy plak tunggu dia yg pujuk..disaster I told you !! But then I've learned a lesson....that's the good part of it.

Masy said...

dah lama tak merajuk :)

Deanz said...

noor,
dah besau panjang..jgn merajuk...buruk nau..